nak ikut.....

Tuesday, February 21, 2012

Sejam akan ada 6 bayi baru!!!

Bayi….

Comelnya kalau tengok keletah mereka…. Aku suka cubit pipi bayi…bagi aku, kalau kita layan bayi pasti dapat menghilangkan tekanan…Kalau tidak percaya, cubalah!!! Dengan rupa yang tidak bersalah yang tidak tahu apa benda pun…eiii geramnya!!! Hahah

Tapi tahukah anda?? Purata enam bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara ini bagi setiap sejam hasil perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun mulai 2008…Ini menunjukkan seramai 152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar….Ini yang daftar!! Belum campur dengan yang tidak daftar dan kena buang maka tidak sempat merasa kehidupan di dunia ini…

Maka hendak salahkan siapa?? Ibubapa?? Masyarakat?? Anak luar nikah itu??? Kerajaan?? Agama?? Atau pun diri sendiri??. Memang mudah untuk mencari kesalahan orang lain!!!

p/s(i): Jangan lupa juga lihat rupa ibu bapa anda ketika mereka tidur….selalunya anak-anak pasti tidak sempat untuk melihat rupa ibu bapa mereka tengah tidur sebab ibu bapa pasti akan bangun awal sebelum anak-anak bangun dan tidur paling lewat selepas anak-anak tidur…Selepas ibu bapa pastikan semuanya selamat baru mereka tidur… ketika itulah muka ibu bapa yang paling tenang…. Yang akan dapat menenangkan anak-anak yang melihat.

p/s(ii): Anak luar nikah tidak bersalah sama sekali dan tidak akan menanggung kesalahan yang dibuat oleh ibubapa mereka. Jadi usah lah pandang rendah mahupun mencemuh mereka.

p/s(iii): Jika sudah terlanjur itu, bertaubatlah…usah diulangi dosa itu mahupun membuat dosa yang kedua dengan menggugurkan kandungan itu atau membuang bayi itu.

1 comment:

udacun said...

jaga diri hiasi peribadi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...