nak ikut.....

Monday, February 20, 2012

Pupusnya Katak Pokok Rabbs’ fringe-limb

Kalau sebut katak? Apa yang terbayang dalam minda anda? Seekor haiwan hijau yang kelihatan lembik dan berlendir kan??… Kalau ada katak masuk rumah aku, akan terdengar lah suara adik aku terjerit-jerit ketakutan mungkin…ataupun kegelian heheh….

Tapi kalau kita tahu ada spesis katak ini yang hampir pupus dan hanya tinggal seekor di dunia ini, apa yang kita akan buat? Cepat-cepat cium katak itu?? Yelah mana tahu, katak itu akan menjadi putera raja ke?? Hahah


Di zoo Atlanta, sebelum ini ada memelihara sepasang katak yang dikenali sebagai katak pokok Rabbs’ fringe-limb dan kelmarin beberapa pegawai Zoo Atlanta memberitahu, seekor daripada katak itu terpaksa dihapuskan kerana telah jatuh sakit bagi mengelakkan ia terus menderita selain mengekalkan bahan genetik amfibia berkenaan bagi tujuan penyelidikan.Saintis-saintis percaya perkembangan tersebut menyebabkan kini terdapat cuma seekor katak berkenaan di dunia. Dan aku yakin, tidak lama lagi katak yang seekor lagi itu pun akan turut mati dan maka pupus lah Katak Pokok Rabbs’ fringe-limb itu… Biasalah kalau sudah tinggal seekor, pasti tidak dapat membiak dan mati kerinduan pada pasangannya hehe….Mungkin para saintis sekarang ini, tengah bertungkus-lumus untuk cuba mengklonkan atau membiakkannya…

p/s(i): Lepas ini tidak boleh salahkan katak kalau hujan turun, sebab katak sudah pupus…tetapi salahkan diri sendiri kerana menyanyi dalam bilik air heheheh


p/s(ii): Kita hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukannya…


p/s(iii): Kalau katak jatuh sakit, ia dihapuskan….tetapi jangan pula apabila orang tua kamu jatuh sakit, kamu minta tulis wasiat!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...