Aku sudah kerja banyak tempat, tidak sampai setahun aku lompat dari satu kerja ke kerja yang lain… banyak faktor yang menyebabkan aku lompat kerja.
Dulu masa aku lepas habis saja jawab kertas akhir ijazah aku, aku hantar saja seberapa banyak resume ke mana saja yang aku nampak peluang kerja…jadi yang mana tawar aku kerja, aku pergi saja…as long as… dalam fikiran aku masa tu….tak nak konvo tanpa ada kerja, malu dengan kawan-kawan….
Lepas dapat kerja pertama, aku lompat kerja kedua….kononnya kerja pertama tak ada kaitan dengan bidang yang aku belajar….oh cantiknya alasan aku….lepas tu aku lompat lagi kerja, kononnya aku ada degree tidak sesuai dengan gaji yang ditawarkan tu okay….biasalah masa tu baru lepas konvo, berkumpul dengan kawan-kawan, tanya range gaji diorang…. Lepas tu lompat lagi kerja.. kononnya, result aku lagi hebat dari member aku tu…tak kan la gaji aku lebih rendah dari dia…. Maka lompat la aku sekali lagi… Kemudian, aku lompat lagi tempat kerja kerana aku rasa tidak sesuai dengan jiwa aku…. Kerja dalam tekanan dan pengurusan syarikat yang tidak baik…. Senang cerita, masa awal-awal aku dalam bidang pekerjaan….dalam fikiran aku hanya satu…..DUIT….aku hanya hendak gaji yang tinggi…
Tetapi akhirnya aku jumpa kerja aku yang terakhir, walaupun gajinya tak sehebat gaji-gaji aku yang dulu tetapi aku suka kerja ini…. Betul lah orang kata, carilah kerja yang anda suka…pasti anda seronok membuat kerja….akan datang ke tempat kerja awal, dan pulang dari tempat kerja lewat dengan kerelaan hati tanpa dipaksa…. Jadi gejala lompat kerja boleh diatasi jika seseorang pekerja dapat menanam fikiran positif terhadap kerjanya.
Bersyukurlah dengan kerja yang kita perolehi, kerana masih ada ramai orang yang menganggur di luar sana yang sanggup menggantikan tempat kita.
3 comments:
ko keje apa KJ Kun?? hehee...ejas utk aku satu sbb aku pn sedang lompat keje..hehe
Adakah 'menantu' makcik ni dh jatuh chenta ngan desa?? wohoho bagus bro, aku dibelakang menolak ko :p
lompat si katak lompat....last2 lompat kat gunung ledang...hihihihih
Post a Comment