Aku sangat setuju kalau denda dilaksanakan kepada mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih atau gagal mengundi…. Itu kan satu tanggung jawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia… Aku ni awal-awal lagi sudah mendaftar…tidak sabar-sabar untuk mengundi ini…. Tetapi, aku masih tiada peluang untuk mengundi lagi, mungkin pilihan raya umum ke-13 ini menjadi pengalaman pertama aku…Gementarnya!!!...Aku terlepas mengundi masa pilihan raya umum ke-12 hari itu kerana tidak cukup umur lagi….dalam tempoh itu pula, YB tempat aku sihat je…jadi tidak merasa untuk mengundi dalam pilihan raya kecil Heheheh…. Sepatutnya, mewajibkan YB menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu sebelum layak menjadi calon… Baru dapat jimat duit daripada membuat pilihan raya kecil nanti hehhehe
Dan sekarang, desas-desus ada mengatakan kononnya Parlimen akan dibubar minggu depan, tetapi Perdana Menteri kita telah menafikannya… bagus lah jika ia tidak benar sebab aku baru je hendak balik hujung minggu ini… tak kan hendak balik lagi nanti.. lagipun aku masih tidak kenal YB tempat aku….ni yang nak balik rumah tengok apa perubahan yang telah dilakukan… Kalau sama je tanpa ada perubahan, aku hendak pangkah orang lain pula Heheh
Aku sekarang tinggal di Melaka, tetapi aku terpaksa pulang untuk mengundi di KL….kira aku ni pengundi hantu ke?? Eh rasanya tak lah…sebab aku baru je tinggal di Melaka…aku lebih lama membesar di KL….Kalau sudah lama aku tinggal di Melaka nanti, baru aku tukar alamat mengundi aku….hehhe
p/s(i): Masih sempat lagi untuk mendaftar….Jom pergi ke pejabat pos!!
p/s(ii): Kalau mengundi anda dapat duit, kalau tidak mengundi anda kena denda!!! Hahaha
No comments:
Post a Comment