nak ikut.....

Thursday, January 9, 2014

Kenapa Pelakon?

Aku masih ingat lagi, ketika aku zaman kanak-kanak…yakni ketika aku masih lagi di bangku sekolah rendah….Cikgu sering bertanya

“Apakah cita-cita anda apabila besar nanti?”

“Tentera”

Itulah jawapan yang aku sering berikan….dari darjah satu hingga darjah enam…tidak berubah… Biasanya jawapan yang popular ketika itu adalah polis, cikgu dan doctor.  Kebiasanya jawapan itu dipengaruhi dengan pekerjaan ibubapa mereka…. Mereka melihat apa yang ibubapa mereka jadi.. Aku pun sama lah… Tidak pernah terfikir untuk menjadi jurutera, penulis blog mahupun Perdana Menteri heheh

Namun begitu, menurut kaji selidik oleh Adecco Malaysia baru-baru ini, 12 peratus kanak-kanak  berusia tujuh hingga 14 tahun di Malaysia mahu menjadi pelakon apabila dewasa nanti. Ini kerana mereka ingin mencipta nama dan mendapat pendapatan yang tinggi. Tetapi yang aku peliknya, kenapa Pelakon?

Sudah terang lagi bersuluh, menunjukkan kanak-kanak zaman sekarang lebih terdedah kepada pengaruh media massa seperti televisyen berbanding pengaruh ibubapanya sendiri.  Mereka melihat kehidupan sebagai seorang pelakon adalah glamour, kaya, mewah, popular dan sebagainya. Adakah ia benar? Aku tidak tahu, cubalah tanya artis-artis di Malaysia ini

Dulu, aku pernah bertanya kepada ibu aku…

“Boleh tak angah hendak menjadi seorang penyanyi atau pelakon?”

“Boleh..dengan syarat angah sehebat Siti Nurhaliza”

“Tidak jadilah”

“Kenapa?”

“Angah sayang Siti Nurhaliza….Kalau angah sudah sehebat Siti Nurhaliza, nanti orang ramai tidak mahu mendengar suara Siti Nurhaliza lagi”

sumber gambar: dari dompet Pakcik Google :)

Nota kaki kanan: adakah kehidupan artis itu memang sangat indah atau hanya sekadar indah khabar daripada rupa?


Nota kaki kiri: Terlalu ramai artis di Malaysia ini, dari yang popular sehinggalah yang suam-suam kuku.. Dari yang aku kenal, sehinggalah yang aku tidak sedar kehadirannya….

Nota kaki kanan kawan: Siapa presiden Seniman sekarang ye?? Aku hanya ingat Zed Zaidi je...

Wednesday, January 1, 2014

Biasakan diri

Selamat tahun baru!!!

Azam baru, semangat baru dan kejayaan baru!!! InsyaALLAH!!!

Hari ini aku bekerja, sebab negeri Johor tidak mengambil cuti untuk tahun baru. Disebabkan aku tinggal di Melaka, dan bekerja di johor….Jadi jiran-jiran aku pelik aku kacak bergaya pada pagi tadi…Mereka ingat aku bermimpi apabila aku bersiap-siap hendak pergi kerja pagi tadi… Sampai ada jiran sebelah rumah aku tegur

“Hai angah, hari ini kan tahun baru…mana kerja…”

“Angah kerja kat Johor la makcik, johor tidak ambil cuti tahun baru”

Mereka rasa pelik saja….Dan mungkin mereka akan terus rasa pelik apabila aku bangun pagi kacak-kacak pada pagi ahad lepas ini….Selalunya mereka akan lihat muka aku pada tengah hari, hari ahad heheh Lepas ni, pagi-pagi ahad lagi aku sudah siap mandi…

Maklumlah, Tahun ini…Johor bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu…Jadi Hari Ahad akan bekerjalah… Itu yang seronoknya tinggal di sempadan Melaka-Johor hehe….. Aku tengah cuba membiasakan diri untuk bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu…. Aku tiada apa-apa masalah dengan pertukaran cuti ini…bagi aku sama sahaja apabila bekerja di Kolej Komuniti…..Hari cuti pun biasanya perlu bekerja… Sama ada mengajar kursus pendek ataupun terlibat dengan aktiviti komuniti setempat… I love my Job!!!

Dan pagi tadi ketika aku masuk ke dalam kelas, ada pelajar bertanya kepada aku..

“Encik sambut tahun baru kat mana malam tadi??”

“Saya di lindungilah daripada perkara-perkara yang melalaikan….saya tertidur awal semalam”, balas aku selamba

Kelihatan muka pelajar aku bengang dengan jawapan aku….heheh


 Nota kaki kanan: Aku sudah senaraikan 12 azam untuk aku capai pada tahun ini….salah satunya kahwin heheh 

Tuesday, December 31, 2013

Entri Sepanjang tahun 2013

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2013, kiranya kalau kamu masuk tandas pada jam 11.59 malam ini, insyaallah kamu akan keluar dari tandas pada tahun hadapan heheh

Hari ini, kalau kita baca akhbar….kita akan perhatikan ada sorotan berita yang berlaku sepanjang tahun 2013…

Kalau kita mendengar radio pula, pasti akan ada carta lagu hits sepanjang tahun 2013…

Kalau menonton TV pula, pasti ada senarai berita terhangat tahun 2013…

Jadi tidak sahlah kalau blog aku ini pun tidak menyenaraikan 10 entri terbaik aku sepanjang tahun ini iaitu tahun 2013… walaupun pada tahun 2013 ini lah, aku paling malas menulis entri….atau yang sebenarnya aku agak sibuk heheh

Tempat ke-10: Entri Erti Persahabatan

Wujud lagikah rakan sejati pada zaman ini?? Lebih-lebih lagi generasi-Y yang sudah kurang bersosial secara realiti tetapi sentiasa menghabiskan masa dengan teknologi seperti game…. Ini adalah kisah yang aku lihat dengan mata aku sendiri….Bacalah entri ini untuk mengetahui kisah selanjutnya

Tempat ke-9: Entri akibat suka menunjuk!!!

Entri ini mengisahkan balasan yang aku terima akibat daripada sikap aku yang suka menunjuk-nunjuk… Aku sudah insaf… Jadi jika anda ingin mengetahu apakah balasan yang aku terima…bacalah selanjutnya di entri ini…

Tempat ke-8: Entri Jangan kahwin

Entri ini mengisahkan mengenai jika kita tidak mendapat restu daripada ibubapa, lebih baik kita jangan kahwin…Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bacalah entri ini

Tempat ke-7: Entri Demam Gwiyomi

Kecoh sebentar satu Malaysia mengenai gwiyomi…. dan aku pun turut kena demamnya… adakah aku pun mempunyai video gwiyomi sendiri? Baca entri ini untuk mengetahuinya


Entri ini mengisahkan bagaimana aku sendiri mengalaminya apabila aku berdoa kepada Allah…Ingin mengetahui lebih lanjut…Bacalah hehe


 Entri ini menyenaraikan beberapa alasan mengapa aku tidak menonton filem Malaysia di Panggung Wayang…Bukan kerana aku poyo atau aku anak mat salleh….tetapi aku rasa korang semua pun tahu apa sebabnya….Kalau hendak mengetahuinya…bacalah entri ini…


Entri ini mengisahkan cara yang digunakan oleh orang asli Pahang bagi melupakan seseorang… Kita biasanya apabila putus cinta, kita mesti jadi tidak keruan…asyik teringat kepada bekas kekasih kita… dan yang paling teruk, ada yang cuba membunuh diri…. Apa kata anda cuba ikut tips daripada orang asli ini dengan membaca entri ini dengan lebih lanjut….Mungkin berguna!


Entri ini mengisahkan tips untuk mendapatkan duit raya yang banyak….ia sesuai dilakukan oleh kanak-kanak…Jika anda seorang bapa kepada kanak-kanak, maka anda boleh membacanya untuk diamalkan oleh anak anda heheh…Apakah tipsnya?? Baca selanjutnya di entri ini…

Tempat ke-2: Entri Bukan Kondom Aku!!!

Entri ini mengisahkan mengenai aku, ketua jabatan dan kondom terpakai…. Ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bacalah entri ini

JUARA CARTA: Entri kisah di pam minyak

Sudah banyak kali perkara ini terjadi kepada aku di stesen minyak… Ingin mengetahui apa yang terjadi kepada aku?Baca entri ini

Nota kaki kanan: Selamat tahun baru!!! Semoga tahun baru ini membawa lebih kejayaan dan keceriaan kepada kita semua…

Nota kaki kiri: Mungkin ada hikmahnya, esok aku kena kerja…..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...