nak ikut.....

Sunday, December 19, 2010

Bercinta bertahun-tahun, kahwin hanya seminggu…

Kenapa??

Masa bercinta boleh tahan lama…Tapi bila sudah berkahwin, hendak tahan setahun pun susah..

Sedangkan, berkahwin dengan pasangan pilihan hati..orang yang dicintai…suka sama suka..

Tapi kenapa tidak mampu bertahan lama??

Duit hutang majlis perkahwinan pun belum habis bayar….inai di jari pun masih merah…

Mesti akan terdengar alasan klise…sudah tiada jodoh…

Tapi aku rasa, betul kata emak aku..Masa bercinta, semua orang menjadi perlakon terbaik…kira layak menang anugerah Oscar la…semua perkara buruk yang ada dalam diri dapat disorokkan... kira masa tu, dialah calon terbaik untuk menjadi teman hidup kita…tapi bila sudah berkahwin???

p/s: Aku takut bercinta..

Yang Halal depan mata, Yang Haram juga dicari…

Betul ke menjadi kekasih sulit lebih beruntung???

Ini kerana menurut satu kajian yang dijalankan oleh agensi Ashley Madison, lelaki didapati sanggup berbelanja secara mewah (2 kali ganda) untuk wanita simpanan atau kekasih sulit mereka pada musim cuti berbanding untuk isteri..

“Lelaki penipu membelanjakan AS$60 (RM188) untuk isteri berbanding AS$125 (RM391) bagi wanita simpanan mereka,” lapor kajian itu yang disiarkan akhbar New York Times.

Laporan itu menyatakan hadiah yang paling biasa diberikan suami kepada isteri ialah wangian, produk mandian dan badan, selain kad ucapan tetapi kekasih biasanya menerima hadiah lebih baik, termasuk barang kemas, pakaian dalam dan rawatan spa.

kekasih gelap

Walaupun kajian dilakukan di negara luar…TAPI aku rasa Malaysia juga tidak terkecuali… betul tak??? Kenapa ia berlaku sedangkan yang halal berada di depan mata, tetapi tetap juga mencari yang haram??

Hanis Zalikha kalahkan Datuk Siti Nurhaliza???

Hanis Zalikha!!!

Siapa yang tidak kenal Hanis Zalikha??

Rasanya semua blogger kenal dengan dia…Giler tidak kenal….Blogger hebat tu….kalau tidak kenal, sila pergi ke blognya inibelogsaya.blogspot.com… Aku suka baca diblognya… macam-macam ada…Macam Astro =)

Baru-baru ini, nama Hanis Zalikha tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia yang mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin…Kira kalau masuk Anugerah Bintang Popular,….Kira Hanis Zalikha menang la…=)… Tahniah Hanis Zalikha…

Berikut adalah senarai 10 carian Google di Malaysia;-

1.Maher Zain
2.Justin Bieber
3.Luna Maya
4.Din Beramboi
5.Lady Gaga
6.Hanis Zalikha
7.Lee Min Ho
8.Adam Lambert
9.Siti Nurhaliza
10.Paul Tan

Saturday, December 18, 2010

Tiga Juta tu……

3,000, 000!!!!

Tiga juta tu….

Kalau ada duit tiga juta.. bak kata kawan aku…tak payah pergi kerja dah…duduk rumah goyang kaki je menikmati duit itu…sampai mati pun tak habis guna…

Tapi bagaimana kalau tiga juta rakyat Malaysia mengalami gangguan mental???

Ramainya….

PASTI, aku akan sentiasa duduk di rumah juga…

TAKUT tiba-tiba nanti diserang pula oleh orang yang mengalami gangguan mental…

Tapi kenapa ramai sangat???

Ini mesti sebab tiada kemahiran untuk mengenal pasti dan menangani tekanan pada diri…

p/s: Sekarang aku mengalami gangguan mental…aku sering ternampak dan terfikir si dia sahaja… adakah aku sudah “gila”?? =)

p/s/s: Cara terbaik untuk menangani tekanan yang dihadapi pada diri adalah dengan sentiasa mengingati-Nya…

sumber gambar: google

Jom sokong Malaysia…

Malam ini….

Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam bakal menjadi saksi sama ada pasukan bola sepak Malaysia berjaya atau tidak melayakkan diri ke pentas akhir Piala AFF Suzuki 2010

Seterusnya menamatkan badi separuh akhir selepas 14 tahun

Di stadium tersebut malam ini, skuad negara akan berdepan Vietnam untuk meneruskan aksi separuh akhir kedua setelah Malaysia menang 2-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Jom sokong skuad negara…sesiapa yang ada duit lebih…sila tempah tiket kapal terbang ke Hanoi sekarang =)….Semoga skuad negara berjaya melangkah ke final dan terus menjulang trofi itu…. Dan keesokkannya pasti dapat cuti umum kan?? HAHAA

bola itu bulat....macam-macam boleh jadi sehingga wisel penamat

p/s: Adakah pasukan malaysia akan memakai jersi biru lagi malam ini??? Jersi kuning kan tidak bawa tuah…klik sini

Kenapa anak gadis zaman sekarang ini suka lari dari rumah???

Suatu malam….Aku dengan ibubapa aku sedang leka menonton berita Buletin Utama…

Tiba-tiba, ada dipaparkan satu berita…

Dimana seorang ibu merayu anak gadisnya yang lari dari rumah supaya pulang….

Si ibu menangis, merayu kerana merasa terlalu rindu pada si anak….

Dan apabila emak aku mendengar berita itu…

Terus emak aku berceramah…

Aku hanya mendengar saja….aku kan anak yang baik HAHAHA

Emak aku selalu mempersoalkan…kenapa anak gadis zaman sekarang ini suka lari daripada rumah??…

Dan membandingkan dengan anak gadis zamannya….di mana jika ibubapa zaman dahulu melempar baju keluar rumah… si anak gadis akan kutip dan masuk balik ke dalam rumah….lebih rela dipukul daripada lari daripada rumah…

Betul juga….Aku perhatikan anak gadis zaman sekarang memang suka lari daripada rumah…

Tapi kenapa eh???

Mungkin:-
a) Sebab ada ramai kenalan dan teman lelaki….jadi boleh tinggal di rumah mereka
b) Kurang didikan agama….maka tidak kisah menyakiti hati ibubapa
c) Sudah pandai berdikari…jadi tidak kisah jika dihalau
d) Seorang atlet…..yang suka lari ke mana saja heheh

Korang rasa apa sebab eh anak gadis zaman sekarang suka lari dari rumah??

Friday, December 17, 2010

Berapakah nilai blog aku??

Sebut saja kjkun.blogspot.com

PASTI ramai yang tidak pernah dengar dan tahu hehehe

Inikan pula hendak dibandingkan dengan Facebook dan Twitter…

Amat lah jauh….

Bagai langit dan bumi…

Yela…. Facebook pun bernilai RM 141.1 bilion dan Twitter pula bernilai Rm 11.6 bilion…

Dan blog aku ini bernilai berapa??

Aku rasa kurang daripada RM 50 kot…

Yela nak cash out RM 50 dari nuffnang pun terkemut-kemut HAHAHAH

Walaupun blog ini pernah dikatakan blog sampah… (klik sini)

Aku tidak kisah…kerana nama blog ini pun…INI KISAH AKU...

VS

VS

p/s: Semoga pihak nuffnang terbaca entri ini, dan bagi aku banyak-banyak buffered earning (BE) hahaha

Adakah dia suami terbaik???

Alkisah…

Dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri yang hidup aman damai…

Kegembiraan dan keharmonian hidup mereka diuji…

Si isteri secara tiba-tiba diserang satu penyakit misteri

Yang tidak mampu diubati….sama ada melalui rawatan moden mahupun tradisional…

Hari silih berganti…

Keadaan kesihatan si isteri semakin teruk…

Si isteri hanya mampu terbaring dirumah menanggung kesakitan itu… sungguh sakit!!

Si suami menderita….

Tidak sanggup melihat si isteri, kekasih hatinya menanggung kesakitan itu…

Maka telah mengupah seseorang untuk membunuh isterinya….

Dengan syarat….

Isterinya sudah tidur terlebih dahulu…

Supaya isterinya tidak merasa sakit….

Adakah dia suami terbaik??? Jika anda berada di tempat si suami, apa yang anda buat???

Aku minta milo!!!

Aku paling pantang sekali…

Kalau aku makan kat kedai makan…

Aku order Milo…

Yang datang bukan Milo…Tapi yang lain asalkan warna dia sama macam Milo…

Seperti Vi*o ke….Oval**** ke…

Aku tak tahu lah kenapa kedai makan suka tipu pelanggan macam ni???

Adakah sebab harga Vi*o dan Oval**** lebih murah daripada Milo???

Dan kemudian aku kena bayar harga Milo juga….

Sabar je la…

Menipu dalam perniagaan tidak berkat….

P/s: Minum Milo anda jadi sihat dan kuat….

Thursday, December 16, 2010

Ada apa dengan Planet Nibiru??

Kecoh!!!

Ramai yang memperkatakan mengenai kewujudan Planet Nibiru kebelakangan ini…

Mereka merasa risau apabila ada ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012..

Kenapa perlu risau??

Bukankah umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat??? Semua itu kan ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.

Cuba bayangkan, kalau benar planet itu akan melanggar bumi pada 2012…apa akan kita buat?? Berhenti kerja dan sentiasa duduk di atas tikar sembahyang??? Sentiasa duduk di masjid???

Dan jika sebaliknya, planet itu tidak akan melanggar bumi pada 2012….apa akan kita buat??? Terus lalai dan leka???…tinggalkan sembahyang??? Singgah masjid setahun sekali itupun masa hari raya??

Kan lebih bagus jika setiap masa melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya….maka tidak lah perlu risau bila kiamat akan berlaku kan???

p/s: Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran jadi beramal ibadah lah seperti akan mati esok dan bekerjalah seperti akan hidup 1000 tahun lagi

p/s/s: Walaupun kiamat mungkin masih jauh, tapi kematian bila-bila masa boleh berlaku…sudah kah kita bersedia??

Jepun dilabel negara tua…Kita pula negara meningkat remaja…

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Pengajian dan Kehidupan Hakuhodoitu, jika negara Jepun adalah manusia….ia mungkin kini telah berusia kira-kira 52 tahun…. Satu peringkat umur yang dikategorikan sebagai warga emas…

Kenapa Negara Jepun dilabel sebagai tua??

Kebanyakan responden berkata, mereka merasakan Jepun telah hilang arah dan semangat dengan kejayaan kini hanya tinggal kenangan

Dan bagi aku pula….

Negara kita Malaysia, mungkin boleh dilabel sebagai Negara meningkat remaja….iaitu dalam umur 20-an…

Kenapa???

Kerana Negara kita terlalu terikut-ikut budaya Negara luar….suka tiru budaya luar…contohnya rancangan television, fashion, hiburan, dan sebagainya…bukan ke zaman remaja adalah zaman di mana mudah di pengaruhi???

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Pengajian dan Kehidupan Hakuhodoitu itu juga:-

a) Amerika Syarikat – 47.3 tahun
b) Sweden – 45.8 tahun
c) Itali - 44.6 tahun
d) India – 32.7 tahun
e) Singapura – 32.5 tahun
f) China – 31.5 tahun

p/s: Aku tertengok iklan kat astro ceria yang doraemon pun telah menyambut ulang tahunnya yang ke 40 tahun ini….dah tua rupanya doraemon tu…

Dia paling seksi….aku paling seksa…

Anda kenal wanita di dalam gambar ini??

Klue nya ialah….dia seorang pelakon terkenal Bollywood

Anda tidak kenal??

Jika anda tidak kenal, dan anda seorang lelaki….anda kena semak status seksualiti anda…masakan seorang lelaki tidak mengenali wanita yang seksi dan cantik?? Hehehe

Jika anda tidak kenal, dan anda seorang perempuan….anda sebenarnya seorang yang cemburu!!! hahah

Beliau ialah Katrina Kaif..Baru-baru ini, telah dinamakan sebagai 'Wanita Paling Seksi di Dunia' oleh akhbar Eastern Eye buat tahun ketiga sekali gus mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu Priyanka Chopra yang berada di tempat kedua, Bipasha Basu, Freida Pinto dan Lara Dutta..

Oh Katrina Kaif!!!

p/s: Senangnya aku naik kan berat badan… hanya dengan ikut petua ini…Tapi seksanya hendak turunkan berat badan…tidak jumpa lagi cara yang berkesan….Kalau dah payah sangat…langkah terakhir ambil Jus Mate 5 je hahaha…Tengok iklan kat surat khabar..macam berkesan je.....ke auta juga?? =)

Wednesday, December 15, 2010

Jersi kuning tak bawa tuah….

Jersi biru atau jersi kuning???

Warna jersi mempengaruhi ke corak permainan pasukan Malaysia???

Suratan atau kebetulan???

Pada dua aksi Kumpulan A sebelum ini, Malaysia menggunakan jersi kedua berwarna biru dan berjaya mengikat Thailand 0-0 dan membelasah Laos 5-1. Ketika mereka menggunakan jersi kuning pada aksi pertama menentang Indonesia, skuad negara dibelasah 5-1.

Maka, untuk menentang pasukan Vietnam pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini,pasukan Bola sepak Malaysia akan menggunakan jersi berwarna biru.. Harap warna biru membawa tuah kepada pasukan Negara lah….

Namun kata jurulatih Vietnam, Henrique Calisto "Kalau Malaysia pakai jersi biru, biarlah kami pakai jersi kuning."…Tajam sungguh seloroh beliau!!! hahahah

Tapi betul ke warna mempengaruhi seseorang atau pasukan??? Kawan aku yang pernah pergi ke seminar Rahsia Tarikh Lahir, Dr Azizan Osman,(korang kenal tak???) kata tarikh lahir mempengaruhi warna dominan seseorang….Dan hasil daripada kiraan kawan aku tu terhadap tarikh lahir aku, aku sesuai warna biru dan merah… Patut la kebanyakkan baju aku warna biru dan merah…Warna bawa tuah tu hahahha

p/s: Jom sokong pasukan bola sepak Malaysia malam ini…

Pramugari AirAsia X yang paling cantik

Pada 21 Februari 2011 nanti…

Dijangka para penumpang penerbangan AirAsia X Kuala Lumpur – London bakal dilayan oleh seorang pramugari yang sungguh cantik dan seksi.. potongan saiz badannya sungguh mengiurkan….34-34-34 heheheh

Pramugari “cantik” yang dimaksudkan itu adalah tokoh korporat terkenal Richard Branson, pemilik Virgin Atlantic Airways Ltd.

Beliau terpaksa menjadi pramugari sementara AirAsia X nanti kerana telah kalah pertaruhan yang dicadangkannya sendiri….

Sekiranya pasukan Formula Satu 1Malaysia-Lotus (1MF1T-Lotus) yang diterajui Tony Fernandes berada pada kedudukan di belakang pasukan F1nya, Virgin Racing pada musim ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd. itu perlu 'bekerja' dengan Virgin Airways sebagai pramugari dan Fernandes menyambut cadangan itu, dan turut mencadangkan sekiranya pasukan Branson kalah, beliau juga akan menjadi pramugari bagi AirAsia.

Dan semua sudah sedia maklum bahawa Branson sudah kalah….maka dia akan menjadi pramugari yang paling “cantik” yang pernah AirAsia miliki hahahha

Tuesday, December 14, 2010

Sangkaan aku silap…

Nokia 3310…

Pernah pakai handphone ni???

Aku tidak pernah pakai….kawan aku pernah pakai lah…

Dari dulu sampai hari ini…

Aku ingat telefon ini yang paling lasak sekali….

Yelah….aku selalu lihat….kawan aku hempas handphone tu ke dinding kalau gaduh dengan awek dia…pastu boleh je pakai semula….jatuh dari katil atau meja…tidak payah cakap lah…sudah banyak kali.. tapi masih elok….

Kalau handphone lain pasti sudah rosak…kena hantar baiki ke kedai lah jawabnya….

Tapi sekarang ada handphone yang lebih tahan lasak daripada Nokia 3310…Korang boleh baca kat Kosmo

p/s: Sekarang aku jarang jumpa ada orang pakai handphone Nokia 3310 ini lagi….Siapa ada???

Kicap pun ada tiruan

Sebut saja kicap cap kipas udang…pasti semua orang kenal….

Jenama popular tu….

Keluarga aku merupakan penggunanya yang agak tegar sejak dahulu lagi….

Kalau tak ada kicap cap kipas udang tak sah…hidup tidak keruan….

Walaupun makanan itu sudah masin…aku tetap juga bubuh kicap….sebab aku suka makanan aku ada warna-warna hitam sikit….itu yang menaikkan nafsu makan aku hehehe….

Sampai emak aku selalu bagi tahu aku….

“Tulah kuat sangat makan kicap….kan kulit dah sama macam kicap”

HEHEH….aku hitam manis OK, pandang tak jemu!!! heheh…. Tapi dalam akhbar kosmo ada laporan mengatakan kicap cap kipas udang ini sudah ada tiruan… Kicap pun dah ada tiruan… Bahaya ni!!!

Untuk mengetahui sama ada ia tiruan atau asli….Lihat pada penutupnya…Ia tiruan jika penutup plastiknyanya berlubang (gambar sebelah kiri)….

Aku pun cepat-cepat pergi semak botol kicap yang ayah aku sudah beli untuk stok sebulan….nasib baik tidak berlubang!!! Belilah barangan original, lupakan barang tiruan kecuali VCD cetak rompak HAHAHA

p/s: VCD cetak rompak ESTET dah ada dijual…..Ngangkung pula belum ada lagi..huhu…Jom tengok filem Ngangkung kat Wangsa Walk esok…Terlambat pula tengok filem ni, asyik full je… Best sangat ke??

Monday, December 13, 2010

Kucing paling tua di Britain sebaya dengan aku…

Blackie….seekor kucing…

Kini berusia 24 tahun…sebaya dengan aku…

Kalau manusia…umur itu baru dikatakan nak meningkat dewasa…tapi bagi kucing…umur 24 tahun kira dah cukup tua…

Fakta bukan auta: 24 tahun umur kucing bersamaan dengan 118 tahun umur manusia!!

Kucing itu masih kuat…tetapi tidak lagi mampu menangkap tikus dan matanya tidak dapat melihat jika ia berada dalam bilik gelap….

blackie yang whitie

p/s: ramai kawan aku terutamanya perempuan risau umur mereka akan meningkat ke usia 25 tahun depan….. Ada apa pada usia, hanya nombor kan??? heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...