nak ikut.....

Thursday, December 29, 2011

Azam tahun baru..

Lagi 2 hari, tahun 2011 akan melabuhkan tirainya…dan tahun 2012 akan muncul pula…. Pelbagai dugaan dan cabaran telah aku lalui sepanjang tahun ini…yang pasti akan menjadi lipatan sejarah dalam hidup aku….. dengan aku asyik tukar pelbagai kerja…merantau banyak negeri dan akhirnya Johor juga menjadi destinasi aku bertapak…mungkin belum rezeki aku lagi untuk bekerja di Kuala Lumpur…harap aku akan kekal lama di sini, kerana aku seronok dengan kerja aku ini walaupun ada kawan ajak aku pindah…


Dan biasanya apabila tahun baru muncul, pasti kebanyakan orang termasuk aku akan sibuk membuat dua benda ini…. Pertama mencari diari….dan kedua membuat azam baru dan tulis di dalam diari hahaha… Dan kebiasaannya bagi aku, ia hanya bertahan dalam tempoh sebulan saja…itu pun sudah agak lama hahah…. Kali ini, aku malas hendak membeli diari dan membuat azam baru….kerana kata kawan aku, aku ni bukan jenis orang yang merancang….kalau aku merancang je mesti tidak jadi hahah… jadi aku cuma harap, hari ini akan lebih baik daripada semalam je… kalau semalam aku tidak mengemaskini blog ini, jadi hari ini aku kena tulis entri la hahahh….


p/s: Untuk membuat sesuatu perjalanan yang jauh, tetap dimulakan dengan langkah pertama. Tiada gunanya membuat azam yang tinggi tanpa tindakan…Azam itu akan hanya menjadi angan-angan..


p/s: Azam aku hendak kahwin…jadi aku kena ikut langkah-langkah yang diberikan oleh ustaz azhar ni =)


2 comments:

Anonymous said...

chewahh azam tahun baru nak kawin yer :))) alhamdulillah...smg azam ini akan termakbul pada tahun depan :))

Anonymous said...

ha sebut pasal diari, jgn lupa amik diari kat admin kklj ye :)) siap kalendar kuda g..hehe..nanti boleh buat catatan kat diari tu..day by day :)) have a nice day ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...