(Semalam.…Jam 12.30 pm…. Di pejabat….Waktu rehat)
Kring! Kring!
Telefon bimbit aku berbunyi…Aku perhatikan pada skrin telefon aku… nombor pemanggil dari KL
“Ish ni mesti orang nak jual insurans call lagi ni”, bisik hati aku… Aku saja je angkat panggilan itu lambat-lambat.
“Hello!!”
“Hello, KJ ke??”. Kedengaran suara perempuan di hujung panggilan..
“Yup, bercakap. Siapa ni??”
“Kawan lama, tak kan tak kenal kot??”..
Aku paling lemah kena teka-teka ni… pasti tak tepat!!! aku pun mula cuba teka berdasarkan klue yang ada…. Perempuan, kawan lama, nombor KL, panggil aku KJ (hanya kawan Universiti, kawan facebook dan kawan ofis aku je panggil aku dengan nama KJ) , … Satu per satu nama kawan perempuan aku sebut…
“Bukan lah….ish banyaknya skandal”, balas si pemanggil setiap kali aku sebut nama kawan perempuan aku… Tensen aku nak main teka-teka ni…aku pun mengalah je..
“Entah, tak tahu lah”
“Tak pe lah kalau tak tahu…dah tak ingat la tu.. camtu bye la”….Aku paling pantang kalau girl dah merajuk… dan lagi aku pantang, aku tak tahu siapa yang call hahha
“Eh kejap-kejap, sudah ingat!!!”, aku cepat-cepat jawab supaya dia tidak letak telefon…sedangkan memang aku tidak tahu siapa yang memanggil.. Hahah
“Hah…siapa??”.
Aku diam saja…cuba mengamati lenggok suara si pemanggil itu dengan betul-betul…
“Cepat lah…. Siapa??”
“Kejap lah…nama tu dah nak datang tadi dalam kepala ni…sekarang dah lari balik”
“Ish lambat la…. Kak Ila la…”
Aku memang fail dalam bab teka-teka dan ingat-ingat ini…
p/s: Takutnya hendak bercinta…nanti kena ingat tarikh mula berkenalan, apa perkara yang diborak mula-mula, tempat pertemuan, lagu tema percintaan, warna baju dan kasut masa first date… Hahah.. Pasti aku gagal!!!! Tapi perempuan mesti ingat perkara-perkara ini kan?? Kenapa ye??
5 comments:
tak romantik lah nie..haha
sebab perempuan concern dengan semua benda. hehe.
aku,ko ingat lagi tak?hihi
sbb pompuan concern p0sal bnde2 mcm tuh:)
normi nieza: ish sy romantik la...hari2 panggil syg...sedangkan tak ingat nama hahah
miewa biewa: betul2...kadang2 lelaki rimas juga =)
lea isnawi: Mesti lah ingat kamu hehehe
aten: yup setuju
Post a Comment