Petang tadi aku teman makcik aku pergi pasar malam…senang cerita aku jadi driver makcik aku la…. Aku sebenarnya malas hendak pergi…sebab mesti hari ini ramai orang…maklum lah, aku kan sekarang ni tinggal kat kampong…hari ini berduyun-duyun orang KL pulang ke kampong sebab cuti sudah mula… mesti tempat-tempat di kampong ini menjadi sesak… tapi disebabkan aku anak sedara yang baik dan makcik aku perlukan aku untuk mengangkat barang-barangnya…aku pun pergi sajalah haha
Setelah aku parking kereta…berdesup makcik aku keluar dari kereta dan hilang dari pandangan aku… Ni mesti tak sabar dan risau barang yang hendak di beli nanti habis.. Makcik aku ni memang macam tu… Aku hanya berjalan perlahan-lahan melalui kaki lima kedai sebelum sampai ke tapak pasar malam itu..
Semasa aku berjalan di kaki lima kedai itu, aku perhatikan ada seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai helmet…tetapi helmet ada di hadapannya.
“Ish berani budak ni tidak pakai helmet…polis dah la banyak”, mengomel aku sendirian.
Yelah, macam mana aku tidak bising…helmet ada je dibawa tetapi letak kat bahagian depan… nak suruh seat tu pakai helmet ke??? Nanti bila sudah kena saman…polis juga disalahkan…Sekarang ni aku rasa kerja polis yang paling payahkan??
Aku lihat budak itu berhenti berhampiran sebuah kedai di kaki lima itu… dia toleh ke kiri dan ke kanan…kemudian dia pakai helmet…
“Eh dia dengar ke aku kutuk dia…tiba-tiba berhenti pakai helmet pula…syukur la..”,
Aku memerhatikan saja gerak-geri budak itu… Aku sangkakan dia akan meneruskan perjalanannya selepas pakai helmet itu.. tetapi sangkaan aku meleset sama sekali… Budak itu turun dari motornya dan masuk ke dalam satu kedai di kaki lima itu sambil memakai helmet… Aku terus kan perjalanan aku sepanjang kaki lima itu sehingga aku betul-betul berdiri di hadapan kedai yang dimasuki oleh budak itu tadi… Aku perhatikan ke dalam kedai itu, aku nampak budak itu…yang aku peliknya, bukan budak itu seorang saja yang memakai helmet…ada lagi tiga ke empat orang lain yang turut memakai helmet di dalam kedai itu…
“Eh ini kedai jual helmet ke??”,
Aku perhatikan pada signboard kedai itu…
“Owww kedai 4D rupanya…”
p/s: Kalau masuk bank anda wajib tanggalkan helmet…kalau tidak orang lain akan pandang anda dan menyangkakan anda seorang perompak…aku pernah mengalaminya huhu
4 comments:
kedai no ekor...
biar saya jawabkan, kedai 4D tu kedai nombor ekor.
ada masa singgah la tengok ni
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-penjenayah-terkemuka-malaysia.html
kenapa kalau masuk kedai 4d kene pakai helmet? haha
ahahahah...pelbagai kegunaan helmet yer?:D
Post a Comment