nak ikut.....

Saturday, February 11, 2012

Pensyarah Matematik yang tidak pandai matematik

Kecoh!!!

Apabila seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Dia dikatakan menerima rasuah WANG sebanyak Rm 300 tanpa DISKAUN daripada seorang penuntut bagi membolehkan pelajar itu lulus dalam satu tugasan bagi tujuan peperiksaan.Tidak patut!!! Kalau sudah memang pelajar itu gagal, gagalkan sajalah atau memberi kelas intensif kalau hendak sangat jaga nama baik kolej. Ini kerana, demi kebaikan pelajar itu juga apabila dia bekerja kelak.

Aku rasa pensyarah ni mungkin tidak pandai Matematik, kerana jika dibandingkan antara RM 300 dan denda rasuah yang akan dikenakan…dia tidak dapat memastikan yang mana LEBIH BESAR… Jika disabitkan kesalahan, dia akan dimasukkan ke dalam RUANG penjara TIGA DIMENSI dimana ISIPADU sel itu tidak besar dibandingkan dengan rumah. Kebiasaannya, pesalah rasuah akan dikenakan denda penjara dalam tempoh MASA yang PANJANG..

p/s(i): Mesti pembaca yang tidak suka subjek matematik tidak suka atau pening baca entri ini hehehe

p/s(ii): Dengan entri ini, lagi ramai orang takut hendak ambil rasuah atau takut subjek matematik?? Haha

p/s(iii): Aku telah cover semua tajuk matematik sekolah rendah…Jadi kepada pelajar UPSR sila baca entri ini sehari sebelum masuk dewan peperiksaan…Pasti lulus!! HEehee

p/s(iv): Jangan fikir jika terlepas hukuman di dunia, sudah selamat….Sentiasalah ingat bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita.

1 comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...