Aku ada satu seluar slack ni… Pemberian ayah aku ketika aku
mula-mula hendak bekerja dulu… Tak ada jenama, Cuma ada logo “playboy” pada
kocek belakang seluar ini…Korang tahu tak logo playboy tu?? Alah logo yang lambang
arnab tu……Aku suka pakai seluar ini, walaupun aku ada banyak seluar slack lain,
bukan sebab aku playboy….tetapi sebab kain seluar ini lembut dan juga seluar
ini adalah pemberian ayah aku…
Jadi seluar ini selalu menjadi perhatian di kalangan pelajar
aku…. Mesti mereka akan tanya pada aku…. Setakat ini sudah hampir 10 orang tanya
pada aku…
“EEii, encik ni playboy la!!!”, kata budak aku.
“Kenapa kamu kata saya begitu??”, balas aku buat-buat
seperti tidak tahu..
“Tu seluar encik ada logo playboy”, kata dia sambil tunjuk
belakang aku…
“Eh awak tengok saya punya eh”, kata aku dengan kuatnya,
sambil menutup belakang aku….Pelajar lain pun gelak….
“Eh tidak lah encik”, pelajar tadi mula malu….Kawan-kawan
lain mula sakatnya…
Aku pun menyambug semula kelas….HAHAH
p/s(i): Kalau aku playboy pun…apa salahnya?? Tak layak ke?? Heheh
p/s(ii): moral entri ini….jangan nilai seseorang dari
seluarnya HAHAH
2 comments:
haha.. logo playboy ni mula2 bukan milik jenama playboy yang xxx tu. Kira seorang peniaga gaklah. Encik ni peniaga ka? haha..
watch hot video here..http://adf.ly/9wzqt
Post a Comment