Aku memang suka kanak-kanak….Jadi aku tidak hairan kalau ada
rakan sekerja aku membawa anak mereka ke tempat kerja….Tapi mungkin ada yang
tidak suka…bagi mereka kanak-kanak ini mengganggu kerana berlari sana sini dan
membuat bising….
Alkisahnya, pada musim cuti sekolah yang lepas…. Cuti sekolah
2 minggu yang lalu…ramai juga rakan sekerja aku membawa anak mereka ke ofis….ada
yang masih bayi…ada juga yang sudah bersekolah…..tetapi yang aku pasti, tiada
sesiapa pun yang membawa anak ikan ke ofis hehehe….
Ada seorang anak staff ni, suka berlari-lari di kawasan meja
aku….belum sempat aku tegur, dia telah tersepak wayar laptop aku….terus
terpadam….maklumlah laptop aku tidak ada bateri….. nak marah pula, dia anak
orang lagipun masih kecil lagi…rasanya dalam 6 tahun… jadi aku bersabar je lah….hidupkan
semula laptop aku…budak itu kembali lari ke meja emaknya…
Selang beberapa minit, budak itu datang kembali ke tempat
aku…aku sergah dia, dia pun lari….. Kemudian dia datang kembali, dan aku terus
sergahnya…dia lari ke arah mak dia semula…. begitulah seterusnya…
Apabila aku hendak balik ke rumah, tiba-tiba aku terdengar
emak budak itu menjerit memanggil nama aku…..
“Khairul, mari ke sini!!!”
“Kenapa kak???” Tanya aku
“Cuba Khairul tengok apa anak akak buat tu ”, sambil
menunjuk ke arah papan putih
Aku melihat dan tersenyum..
4 comments:
hehehehehehe..comel2..dalam geram ada manisnya kan3333:))
hahaha.. budak2. nasib baik tak marah masa mula2 tu. silap haribulan dilukis tanduk pulak.
hehe...comel jek budak tu... :)
msti ank kak suzi..hahaahhaa
Post a Comment