Ada seorang budak perempuan cina ni…namanya Abby….dia budak perakaunan,
kiranya aku tidak pernah mengajar dia…tapi dia kalau jumpa aku…walaupun aku berada
jauh daripadanya, dan dia ternampak aku….dia mesti akan jerit
“Good morning, Sir”
Kerana aku selalu terjumpa dengan dia pada waktu pagi….Jadi
aku selalu berlumba-lumba dengan dia, siapa yang ucap “Good Morning” terlebih
dahulu…..dan selalunya aku kalah…tahu-tahu je dia sudah berada di sebelah aku
dan ucap good morning…ahahha
Dan pada satu hari itu, aku terdengar suara dia daripada
jauh walaupun aku tidak nampak bayang-bayangnya lagi… Suara dia semakin kuat….ini
bermakna dia semakin menghampiri tempat aku berada….aku bersedia untuk memberi ucapan selamat padanya….apabila dia sudah berada dekat dengan aku, dan dia
tidak sedar kehadiran aku…aku pun ucap..
“Good Morning”
Dia memang terkejut dengan ucapan aku tu…bukan sebab aku
ucap lebih awal daripadanya tetapi sebab aku ucap Good Morning pada pukul 2
petang hahahah…aku mula tersedar apabila dia buat muka pelik… ini lah akibatnya
apabila selalu jumpa dia je mesti nak ucap Good Morning hahhah… Dan minggu ini,
adalah minggu terakhir dia belajar di sini…..Dia ada mesej aku minggu lepas untuk berjumpa…tetapi
pada waktu itu aku keluar stesen…dia kata nak bagi aku sekeping kertas A4…aku
kata letak saja diatas meja aku…nanti aku ambil….tetapi dia taknak….dan hari
ini dia datang jumpa aku, dan membawa sekeping kertas….dia kata khas untuk aku…aku
pun mengambilnya….aku lihat kertas A4 tu tertera nama PENUH aku…hasil kreativiti tulisannya…. Walaupun hanya
sekeping kertas A4…tetapi ia sangat bermakna!!! Terima kasih Abby dan
rakan-rakan SPP yang lain….Semoga anda semua terus sukses dalam bidang yang
anda ceburi selepas ini
p/s: Budak-budak ini biasanya kalau hendak habis belajar
baru menjadi baik dan rapat dengan pensyarahnya hahaha
1 comment:
so sweet.....bestnyer..(:
Post a Comment