nak ikut.....

Sunday, June 28, 2009

Mampukah Filem berdakwah??

Rasa kelakar apabila ada pengarah atau penerbit filem mahu bikin filem yang ada unsur2 dakwah.. Betul ke mereka serius hendak berdakwah atau nak kaut keuntungan semata-mata?? Aku rasa dah terlalu banyak drama dakwah kat TV yang boleh ditonton secara percuma tetapi masalah sosial x pula berkurangan malah bertambah pula…ini sape nak jawab?? Yang terbaru Pengarah Raja Azmi gigih hendak membuat filem pasal hubungan terlarang – GAY yg aku pun tak tahu judul tetapnya lagi (asyik tukar2 je. haha)…

Dari plot penceritaannya memang akan menarik orng untuk menonton filem ini, tetapi perkara utamanya mampukah ia berdakwah dlm masa lebih kurang 2 jam tayangan?? Sedangkan penonton yang hendak didakwahnya telah berlajar ilmu agama bertahun-tahun pun tidak mampu berubah inikan pula dalam masa 2 jam… Aku bukan anti mana-mana pihak yang berusaha melakukan sesuatu untuk tujuan berdakwah, tetapi biar lah realistik sikit… aku harap filem ini akan lebih dakwah nya daripada perkara lain.. means 15 minit pertama just tunjuk hbungan gay dan yang baki tayangan menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung akibat hubungan terlarang ini… Habis lah aku kalau Raja Azmi baca entri ni..mahu dia kata…”Wahai En. KJ, Ko buatlah filem ko sendiri!!”.. hahah..

Bagaimana pemilihan pelakonnya? Aku dengar ramai pelakon2 hebat yang disenaraikan seperti Zizan Nin, Kefli (AF3), Ryzal, Norman Hakim, Tony Eusoff, Fauzi Nawawi dan lain-lain… Owhh kita biasa TERbaca diakhbar (ayat standard pelakon..), jika nak menjiwai sesuatu watak itu, mereka perlu mengkaji watak itu terlebih dahulu…jadi jangan lah terkejut eh jika Melodi terjah ke kelab Gay ternampak kelibat mereka…itulah yang dinamakan.. MENJIWAI WATAK….haha

(kredit: murai.com.my)

p/s: harap x dengar berlakunya cinta lokasi di antara pasangan dalam filem tersebut…seram!!

5 comments:

ehan Comei said...

uitt..cite ape tuu???

nak tgk nak tgk..hehehe...
aku ade tgk yg triller nyer cite CEMOLOT..
cube ko search kat Youtube..
tgk ler cite tu ..CEMOLOT.. betape seramnyer aku tgk..huhuhu..cam la pompuan kat dunia ni da pupus... huhuhu

naqiubex said...

Boleh...
Tapi masalahnya..
Cerita cerita kat Malaysia ni banyak yang mengarut.. jalan cerita yang tidak menarik..
lakonan yang teruk.. Dialog yang terhapa hapa ntah..

Cuma segelintir sahaja yang seronok ditonton yang mempunyai jalan cerita yang memuatkan nilai moral dan berfalsafah.. Segelintir itu pun amatlah sedikit.. Upin da Ipin jelah sekarang yang saya minat.. hahaha
kalau nak dibandingkan dengan cerita cerita dakwah seperti di Iran.. memang jauh berbeza...

Anonymous said...

kahkahkah.. menjiwai watak la sgt...hihihi

Fiq said...

ko niminat citer yang der awek cun ker...mmmm... aku pun samer ler... jgn gtau orang lain tau.. ni rahsia aku dgn ko jer

Anonymous said...

KALAU DAH PERGAULAN BEBAS LAKI POMPUAN BERSENTUH LAKI POMPUAN AURAT TAK TUTUP....NAK DAKWAH APABENDANYA IBARAT CUCI NAJIS DENGAN NAJIS ....ARTIS BUAT MAKSIAT DEPAN MATA SEMUA SUKA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...