“Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya”
“Menjeling menjeling kubertentang
Siapa diakah namanya”
“Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Oww nampaknya lirik lagu “pandang-pandang jelling-jeling” nyanyian Siti Nurhaliza & Datuk S M Salim ini tidak boleh dipraktikan… apabila seorang lelaki telah di belasah oleh dua orang samseng….hanya kerana lelaki itu memberikan jelingan yang paling tajam sehingga menusuk kalbu samseng-samseng itu…
Alkisahnya, pada malam kejadian, lelaki itu yang sedang berjalan seorang diri telah didatangi dua orang lelaki yang mendakwa tidak berpuas hati dengannya kerana menjeling mereka yang membuat bising sehari sebelum kejadian….seorang daripada samseng itu telah menumbuk mangsa….DUSH!!!....mangsa yang tidak mempunyai kepakaran mengelak seperti yang terdapat pada hero-hero tamil telah terjatuh….Ketika itu, mangsa hanya mampu mempertahankan diri sambil menjerit meminta pertolongan manakala kedua-dua suspek terus membelasahnya.
Selepas dibelasah hampir 30 minit, mangsa meloloskan diri sebelum bersembunyi di dalam rumahnya….samseng-samseng itu pada mulanya cuba mengejar mangsa namun gagal selepas dia berlindung di dalam rumahnya… (teringat aku masa zaman kanak-kanak….kalau bergaduh je, mesti ada yang lari balik rumah sorok dalam rumah… jadi tak dapat tangkap la….heheheh)….Ok berbalik kepada kisah samseng tadi….Disebabkan tidak berpuas hati, mereka membakar motosikal mangsa yang diletakkan di tempat letak kenderaan berdekatan rumah mangsa…tak dapat orang, motor pun jadi lah….janji puas hati kan???… hahaha kelakar pulak aku baca kisah samseng ni….macam budak-budak pun ada…..aku rasa, sebenarnya diorang frust yang jelling mereka adalah lelaki….cuba kalau perempuan yang jeling kat mereka….apa jadi eh?????
p/s: aku biasanya menjeling jawapan member masa exam je =)
2 comments:
dah report polis lum??
dah settle pun rasanya heheh
Post a Comment