nak ikut.....

Saturday, April 9, 2011

Rupa seluar dalam 1930….

Kenal Robbert Pattinson??

Pasti la kaum hawa amat mengenalinya kan??? Pelakon kacak filem twilight itu mengaku bahawa dia kini gemar memakai seluar dalam dengan rekaan 1930-an pada setiap hari.


Kenapa?? Pakai seluar dalam pun hendak kecoh ke?? hehe


Tindakannya memakai seluar dalam itu sebenarnya adalah sebagai persediaan untuk berlakon dalam sebuah filem yang berlatarkan era tersebut berjudul Water for Elephant yang menggandingkan dirinya dengan pemenang Oscar, Reese Witherspoon.


Apa yang dilakukannya itu membuatkan Pattinson berasa lebih dekat dan berupaya membayangkan situasi sebenar pada era tersebut…Kira untuk menghayati watak la…


Tapi bagaimana rupanya seluar dalam tahun 1930-an itu?? Aku pun hendak tahu rupanya macam mana, jadi aku tanya la pakcik aku, pakcik Google… dan aku pun dapat la…. p/s: Tahukah anda, kaum wanita terlebih dahulu memakai pakaian dalam berbanding lelaki??sebab aku cuba cari rupa pakaian dalam lelaki zaman 1920-an kebelakang, aku hanya jumpa gambar pakaian dalam wanita je…lelakinya tiada!!


p/s/s: Kalau anda mencari di internet, anda akan melihat evolusi seluar dalam daripada dulu sehingga sekarang….yang ketara aku perhatikan….dulu seluar dalam bersaiz besar, sekarang makin kecil dan seperti tidak pakai apa-apa…hanya tali je hahahah


p/s/s/s: Jika Robbert Pattinson memakai seluar dalam fesyen 1930 bagi menghayati watak, bagaimana pula jika hendak menghayati watak pelacur, pemabuk dan sebagainya….aku biasa dengar juga, artis kita menggunakan ayat “menghayati watak” bagi menghalalkan lakonan mereka… “Saya terpaksa berpelukan dengan pelakon B tu bagi menghayati watak suami isteri…”

2 comments:

saya_arief said...

smart giler seluar macam tu.
haha..retro.
:D

kidblogger said...

cute la seluar macam tu. hahaha cari satu kat laki

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...