nak ikut.....

Tuesday, February 28, 2012

Jika polis bagi bunga…..

Cuba bayangkan….sedang anda memandu di jalan raya….tetiba anda terlihat sepasukan polis berada di hadapan, cuba menahan kereta anda… Apa yang anda akan buat?? Aku pertama sekali, mesti aku tarik apa yang patut…biasanya aku tarik seat belt dan pastikan semua penumpang aku memakai seat belt hahaha…..Sayangnya kalau kena saman…RM 300 terbang begitu saja…lebih baik aku belanja kawan-kawan aku dengan duit itu….

Dan kereta anda menghampiri kawasan polis itu, memperlahankan kereta dan turun kan cermin…. Dalam fikiran anda mesti fikir,

“Lepas ke aku ni, atau kena saman?? Takut polis tu baru nampak aku tarik seat belt tadi…”

Jantung berdegup kencang….berdebar… dengan melihat polis bermisai tebal…makin dekat, makin kencang, bagai hendak gugur…Si polis menundukkan kepalanya ke paras cermin kereta, untuk melihat apa yang ada dalam kereta… kemudian ia mengukir senyuman dan memberi sekuntum bunga… Aku boleh pengsan la kalau betul berlaku di Malaysia hahah…Selalu tiadanya dapat bunga, hanya surat cinta bertanda tangan si polis hahaha….

Polis beri bunga kepada pengguna jalan raya hanya berlaku di Bali. Ia sebagai tanda bahawa keamanan telah pulih selepas pihak berkuasa Indonesia Berjaya mengawal semula penjara Kerobokan selepas berlakunya rusuhan.

p/s: Sudah lama aku tidak memberi bunga kepada orang lain…

1 comment:

mamaairis said...

bagila kat aku bunga..kata nak ngurat anaknye..ahahahahahah...ahhh tak sanggup!!! hihihih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...