Kalau di negara seperti Jepun, Kanada dan Australia….kerajaannya ada memberikan “bonus bayi” bagi menggalakkan penduduknya mendapatkan anak… kerana kadar kelahiran di negara tersebut adalah rendah…dikhuatiri sedikit masa lagi, negara tersebut akan dipenuhi dengan warga tua
TETAPI di india adalah sebaliknya, pasangan yang berkahwin akan menerima wang tunai yang dipanggil “bonus bulan madu” untuk menangguhkan permulaan sebuah keluarga dengan memperlahankan pertambahan penduduk dan memperbaiki kesihatan wanita…
Tawaran yang diberikan berupa wang tunai RM 333 jika terus tidak ada anak dalam tempoh dua tahun selepas kahwin… Jika masih mampu bertahan setahun lagi, mereka akan menerima tambahan RM 166.. Skim ini adalah secara sukarela bagi sesiapa yang mampu bertahan HAHHAH
Bagaimana dengan Malaysia???
Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar berita mengenai pembuangan bayi hasil daripada hubungan luar nikah… Adakah bonus akan ditawarkan jika hamil sebelum akad nikah??? Ya ada walaupun bukan bonus tapi ianya kemudahan!!! Kemudahan sekolah murid mengandung di Melaka… Harap sekolah itu mampu memulihkan kembali pelajar-pelajar yang tersesat kembali ke pangkal jalan…bukan sebaliknya… menjadi galakan OK!!!! Oh Malaysia, Tanah Tumpahnya darahku……
p/s: Jauhilah zina!!!
p/s: Jauhilah zina!!!
p/s/s: Bagaimana mereka tergamak membuang bayi yang sungguh comel ini?? Aku kalau tengok muka bayi/ kanak-kanak yang lurus, suci dan tidak tahu apa-apa ini, akan menghilangkan tekanan aku...
P/s/s/s: Jom undi blog ini di SINI
P/s/s/s: Jom undi blog ini di SINI
2 comments:
gambar bawah tu gila kejam. tu betul2 ke edit. kalau betul2, mmg manusia hati binatang wat mcm tu T.T
kalau xnak baby ni, sy sanggup jaga..
Post a Comment