Aku tak faham la….
Bila dah kena cekup berkhalwat oleh pihak berkuasa baru mereka teringat sesuatu…..
Kalau anda baca akhbar hari ini, ada diceritakan 2 pasangan di tangkap berkhalwat… satu pasangan remaja (klik sini untuk baca) dan satu lagi pasangan warga emas (klik sini untuk baca)…bukan di cekup di tempat yang sama…mahupun tiada pertalian darah antara satu sama lain OKAY!!!
Cuma yang aku hairan…
Sebaik saja kena cekup, boleh pula TIBA-TIBA mereka ingat Tuhan..dah insaf, ingat keluarga, ingat diri itu ada pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya….Kenapa sebelum perkara itu berlaku, tidak pernah terlintas semua itu…??? Itulah kehebatan dan janji syaitan untuk menyesatkan umat manusia sehingga akhir zaman….
p/s: Bila satu pasangan itu berdua-dua an, pasti ada orang ketiga…
p/s/s: Tetiba aku hendak nyanyi lagu “kalau berpacaran”….
p/s/s/s: Kita hanya lah manusia biasa yang kadang-kadang terlalai menyimpang daripada jalan-Nya… Maka kita haruslah saling ingat-mengingati antara satu sama lain….tolong ingatkan aku!!! Gaya aku bagi nasihat macam ustaz amirul pula heheheh
p/s/s/s/s: Cuba bayangkan kalau mereka tidak kena tangkap????Mungkin pasangan remaja itu akan melahirkan orang ketiga (baby)….tetapi pasangan warga emas itu aku tidak pasti hehehhe
1 comment:
Dearest khairul.... Bila dah tertangkap, syaitan pun lari meninggalkan kita, masa itu barulah kita tersedar . Perkara tidak luar biasa.
Post a Comment