nak ikut.....

Tuesday, April 19, 2011

Untungnya menjadi perempuan cantik….

Aku bukan lah seorang perempuan…Aku hanya lah seorang lelaki yang biasa-biasa saja yang kadang-kadang terjeling juga melihat pada perempuan cantik….sungguh indah ya ciptaan tuhan..syukur!!


Tapi memang beruntungkan menjadi perempuan cantik!!! Aku bukan dengki mahupun tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk menjadi perempuan…tidak akan sama sekali memotong &*%^ aku dan simpan dalam botol hahaha


Aku hanya terfikir beruntungnya menjadi perempuan cantik…. Alkisahnya, aku bersama kawan makan di kedai makan…yang berkonsepkan….bayar rm25 seorang dan makan serta sumbat selagi anda mampu… di danau kota hahah… Jadi ketika hendak pergi mengambil makanan, di hadapan aku adalah seorang gadis muda….yang boleh di kira cantik….tapi bukan jenis yang aku suka (Ohhhh demand aku!!!) haha….Aku perhatikan pelayan di situ pandang-pandang aku…eh silap!! Pandang gadis tu….dan datang menghampirinya, bertanya khabar dan pelbagai soalan…. Seperti “datang dengan siapa??”, “berapa umur??”, “belajar lagi ke??” dan macam-macam lagi…sungguh peramah dan ambil berat pelayan itu…mungkin konsep kedai ni kot… pelayan kena mesra dengan pelanggan…..Aku bukan sengaja dengar perbualan mereka…tidak baik tau mendengar perbualan orang lain!!! Hahaah… Aku tunggu juga, kalau-kalau ada pelayan nak tegur aku…tapi HARAM seorang pun tiada!!!


Nak di jadikan cerita, perempuan cantik itu bersama keluarganya duduk makan di sebelah meja aku… oww cubaan nak ngorat aku la tu hahahha….Kami makan lah dengan gelojohnya…tapi aku ni jenis yang tidak kuat makan walaupun badan aku besar….makan sikit je, sudah kenyang….macam mana tu??? Dan aku perhatikan perempuan cantik disebelah meja aku ni amatlah kuat makan…. Tapi disebabkan dia cantik, maka di maafkan…dan aku beranggapan mungkin dari pagi tadi dia tidak makan…jadi lapar..Tapi cuba bayangkan, kalau perempuan yang kurang cantik??? Mesti orang akan mengatakan?? Oww ini lah dunia, penuh diskriminasi…..


Bila hendak balik, maka pelayan tadi pun datang kira….aku dengan kawan aku kena rm 50 (rm 25 seorang) dan aku terdengar si ibu kepada gadis cantik itu yang duduk disebelah meja kami berkata,


“Eh kenapa kita hanya kena rm 50 je, sedangkan kita 3 orang??”


Pelayan lelaki itu hanya senyum….Untungnya menjadi perempuan cantik…


p/s: aku bukan sengaja pasang telinga ok hahaha


p/s/s: aku suka tengok lisa surihani dan syarifah amani…cantik sangat!!!


1 comment:

Unknown said...

hahaha... untung2...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...