Wahhhhh!!!!
Sempena musim perayaan ini, Pos Malaysia hanya mengenakan
kadar 50 sen bagi mengepos semua kad ucapan perayaan yang tidak melebihi 50
gram ke semua destinasi dalam Negara. Tawaran ini bermula hari ini… Jadi apa
tunggu lagi?? Jomlah hantar kad raya….tapi aku rasa, dengan teknologi yang
canggih sekarang ini.. kad raya semakin dilupakan…. Sekarang ni, ramai yang
lebih suka hantar SMS atau ucapan di facebook…lebih cepat…. Tetapi aku tidak!!!
Aku tetap hantar kad raya setiap tahun kerana bagi aku kad raya itu ada
nilainya tersendiri…
Menurut pihak pos juga, bagi memastikan kad ucapan
Aidilfitri yang dihantar tiba ke destinasi sebelum sambutan syawal, kad
tersebut perlu dihantar sebelum 13 Ogos. Okay ada masa lagi untuk aku membeli
kad raya dan pos kepada rakan-rakan ku….
p/s (i): Aku pernah hantar kad raya size A3 kepada kawan
baik aku…hantar by hand hahahha
p/s(ii):Ofis aku sudah lekat notis, supaya mohon cuti raya
sebelum 10 Ogos ini….. nak cuti lama la, sebab kena raya kat KL tahun ni =(
3 comments:
nak kad raya jugakkkkkk ! :)
sila tinggalkan alamat heheh =)
jom bertukar2 kad raya... kita hidupkan semula amalan ni
Post a Comment