Pejam celik pejam celik… Hari ini sudah hari ke enam kita
berpuasa…. Cepatnya masa berlalu.. Dan pada bulan puasa nilah lebih banyak
dugaan yang kita hadapi..
Begitulah juga, aku menghadapinya…. Bulan puasa ni, pelajar
aku lebih banyak membuat masalah… tidak tahulah apa masalahnya… sama ada ini adalah
salah satu dugaan bulan puasa untuk aku….
Tapi apa yang pasti, apabila aku hendak marah….budak aku
akan cakap
“Encik, sesungguhnya encik sedang berpuasa!!!”
Terus aku tidak jadi hendak marah…bukan sebab aku baru ingat
aku sedang berpuasa….tetapi aku hendak tergelak, mereka tahu aku sedang
berpuasa, tapi masa tulah nak menyakitkan hati aku… alang-alang dah lapar,
terasa nak telan je mereka ini….ishhhh
p/s(i): Aku pernah terdengar satu ceramah mengatakan, tiada
gunanya berpuasa jika tidak bersembahyang…betul ke??
p/s(ii): Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga perlu puasa dari penglihatan, percakapan, perbuatan dan sebagainya
p/s(iii): Semasa menonton semanis kurma, seronok tengok
mualaf yang menutup aurat sempurna… terasa segan pada mereka..
p/s(iv): Tarikh yang ditakuti dan digembar-gemburkan dalam
tahun 2012 dulu-dulu semakin hampir, tetapi kenapa semakin ramai yang lalai?? Sepatutnya
lebih memperbanyakkan amalan!!!! haishhhh
1 comment:
dugaan berpuasa hehehhe
yang pertama tu tak berani nak jawab, kut tersalah pulak, mungkin akan dijawab oleh yg lebih arif dan tentang tarikh tu, hanya Allah yang maha mengetahui
Post a Comment