nak ikut.....

Friday, March 4, 2011

Kemalangan pelik kereta api…

Kalau anda semua membaca akhbar Kosmo hari ini, anda akan terbaca satu berita mengenai sebuah kemalangan kereta api….Yang aku peliknya…kenapa tajuk berita itu kemalangan pelik kereta api?? Apa yang peliknya???

Aku baca berita itu, tiada apa-apa yang pelik….mungkin yang di katakan pelik sebab kira-kira tujuh buah gerabak yang membawa GANDUM terbabas di atas landasan yang sudah tidak digunakan sejak 25 TAHUN lalu kot…

Tapi bagi aku pula…

Yang PELIK nya ialah….

Tak nampak pun dalam gambar, orang ramai kutip GANDUM hahahah

Thursday, March 3, 2011

Rebutlah peluang terakhir ini…

Mana ada negara lain, selain Malaysia yang memberi diskaun kepada pesalah trafik…50 peratus lagi… Siap kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempohnya lagi…sampai 10 mac ini… Ini lah yang di katakan rakyat di dahulukan....aku tak tahulah sama ada ungkapan ini, memihak pada kerajaan atau memerangkap kerajaan sendiri heheheh

Dan tetiba baru hari ini aku terfikir, hendak semak sama ada aku ini bebas daripada saman atau tak…mana la tahu tetiba ada saman ekor ke…tetapi kalau dapat terus surat saman atau surat cinta daripada polis…aku belum pernah lagi….yela, aku memandu laluan paling kiri je…kira beratur ikut belakang lori je….perlahan je kan aku memandu??? Hehehe… sekarang kan kes lori terbalik…hari tu beras tumpah atas jalan raya….mana lah tahu lepas ini, ada benda lain tumpah ke….jadi kalau aku ikut belakang lori…senang aku berhentikan kereta dan kumpulkan benda yang tumpah tu hahahha….tapi aku tak kan sesekali ikut lori ni….LORI SAMPAH….=)

Berbalik kepada saman tadi, aku cuba semak secara online (myeg)…tetapi HARAM nak dapat…aku cuba semak secara SMS….sampai sekarang tidak berbalas lagi…jadi macam mana hendak aku semak status saman aku lagi???

p/s: Aku bangga menjadi rakyat malaysia
p/s/s: Masa aku belajar kat U, setiap semester aku kena saman dengan pengawal keselamatan..

Saturday, February 5, 2011

Nasib baik tidak buat isyarat lain

Alkisah berlaku di sebuah hospital di Kent, Britain….

Seorang ibu yang sarat mengandung bimbang mengenai kesihatan bayi di dalam kandungannya…

Telah pergi membuat imbasan perutnya…

Apa yang memeranjatkan si ibu…

Si anaknya itu membuat isyarat bagus…. Yang seolah-olah menunjukkannya berada dalam keadaan baik…

Kerunsingan si ibu bertukar menjadi tawa melihat gelagat si anak…

Tapi cuba bayangkan jika si anak itu membuat isyarat tangan lain seperti:-

a)Isyarat tidak bagus

kita orang buat isyarat ni kerana tidak puas hati dengan restoran ini...

b)Isyarat “amboi-amboi “…masih ok lagi kot
c)Isyarat lambang syaitan

Apakah perasaan si ibu itu??

Friday, February 4, 2011

Adik aku tidak suka iklan tuala wanita

APABILA aku menonton sesuatu siaran di TV bersama-sama dengan adik perempuan aku….aku selalu perhatikan apabila ada iklan tuala wanita saja di TV….adik aku akan cepat-cepat tekan remote control ke siaran lain….dan bila agak-agak iklan tu dah habis…dia akan tekan balik ke siaran cerita tadi semula….

DAN kebetulan, ada satu hari…aku tengok drama bersama dengan adik perempuan aku tu….Kebetulan iklan tuala wanita Libresse yang Adibah Noor lakonkan tu keluar…dan pada waktu itu…remote control ada ditangan aku…aku tidak tekan ke siaran TV lain…aku tengok iklan tu sampai habis dan aku tersenyum keseorangan…. Adik perempuan aku tu, tengok gelagat aku…..Dan sebab itulah adik aku tidak suka iklan tuala wanita mahupun iklan tegangkan payu dara yang kendur di TV…. Dia taknak abang dia ni jadi orang gila tergelak keseorangan…Terima kasih adik ku hahaha

Iklan sekarang memang agak terbuka….tidak kira di TV mahupun di radio…termasuk la dalam rancangan di TV seperti Raja Lawak….mesti ayat ada “double meaning”….

Aku tidak berpeluang menjadi bintang Carefree….

Aku sangat kecewa…

Aku tidak berpeluang menjadi bintang Carefree…awal-awal lagi permohonan aku akan ditolak HAHAA

Teringin sangat berjumpa si Scha Alyahya tu…

Aku yakin permohonan aku akan ditolak kerana aku tidak memenuhi syarat utama yang telah ditetapkan…

Syarat UTAMAnya ialah anda MESTI wanita muda…HAHA…Anda akan berpeluang berlakon bersama-sama Scha Alyahya dalam siri drama TV baru yang akan disiarkan pada bulan Jun tahun ini di Astro… Wah lepas ni jadi glamor lah…

Jika anda berminat dan memenuhi syarat utama itu….anda bolehlah menyertai sesi uji bakat yang akan diadakan diseluruh negara bermula akhir Februari ini….tetapi sebelum itu, anda mestilah juga berusia antara 18 hingga 35 tahun….

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan dan uji bakat boleh di dapati di www.facebook.com/mycarefree.

p/s: Adik aku amat tidak suka iklan pasal tuala wanita…kalau hendak tahu sebabnya…nantikan next entri

Thursday, February 3, 2011

Thaipusam ada…..Chinese New Year tiada….

Mesti peningkan baca tajuk entri aku kali ni…

NI bukan teka-teki lah…tak perlu peningkan kepala korang fikir apa jawapannya…

Masa Thaipusam ia ada….tapi bila masa Chinese New Year ia tiada….Apakah ia?? HEHEH

Ini adalah pasal mesej ucapan yang aku terima…

Masa Sambutan Hari Thaipusam bulan lepas…

Aku terima banyak juga mesej daripada kawan-kawan aku yang mengucapkan Selamat menyambut Thaipusam…. Aku hanya tersenyum ketika terima mesej-mesej itu dulu….Yelah kita kan 1 Malaysia… semua perayaan kita meraikannya bersama dalam suasana harmoni dan aman damai…

Tapi bila hari ini, Sambutan Chinese New Year….aku tidak terima sebarang mesej pun yang membuat ucapan… walaupun satu mesej…Oww baru aku sedar….mesej-mesej yang dulu tu memerli aku HUH… Mentang-mentang la warna kulit aku tak berapa nak cerah…

p/s: Sekarang aku kerap pula nyanyi lagu ni “Hitam manis…ow hitam manis…pandang tak jemu… pandang tak jemu”

p/s/s: Selamat tahun baru cina bagi yang menyambutnya...Aku nak limau dan ang paw!!!

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

“berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,
bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian”

Wah klasik betul...mulakan entri dengan pantun heheh.... Mungkin pantun ini tepat menggambarkan kisah hidup seorang jurujual dari Britain, Kim Perez. Dia sanggup melakukan apa sahaja bagi menggoda seorang jutawan untuk dijadikan suaminya…dan akhirnya dia berjaya…

inilah lelaki jutawan yang bertuah itu =)

Apa yang dia buat???

a)Dia meluangkan masa beberapa bulan untuk menukar penampilan dirinya agar kelihatan lebih kemas dan anggun….First impression itu penting bagi orang menilai kita… Tapi emak aku pantang tengok aku pakai smart sikit kat rumah….mesti emak aku akan tanya…”Nak keluar pergi mana ni??”…. Sabar jelah…mentang-mentang aku selalu selekeh kat rumah HEHEH

b)Dia membayar £600 (RM2,959) bagi mempelajari pertuturan bahasa Inggeris yang lebih baik berbanding loghat bahasa pasar yang sering digunakannya ketika berbual….Asalkan anda tahu la sikit-sikit perkataan inggeris…..broken english pun tak apa….nampak gempak sikit daripada anda cakap slang negeri anda (slang utara,selatanbarat atau timur)

c)Mendapatkan maklumat mengenai lokasi restoran yang menjadi tumpuan orang kaya dengan membaca majalah….Oww mungkin bukan sahaja restoran tapi mungkin kelab malam sekali rasanya….Yelah aku sering baca dalam blog-blog lain….anak orang kaya ni suka pergi ke sana… Betul ke???

d)Meminjam buku dari perpustakaan untuk membaca mengenai etika semasa makan dan peradaban diri…Rasanya ini hanya boleh dipraktikkan jika anda hendak menggoda orang kaya Mat Salleh je kot….Sebab aku tak pasti orang kaya Malaysia ni pentingkan adab atau tak???

Jika anda sanggup melakukannya seperti apa yang Perez lakukan…anda layak mendapat seorang jutawan…heheh

“biar kita tidak berpelajaran tinggi tetapi bercita-cita tinggi”

p/s: Baru aku tahu kenapa bila saja aku pergi shopping complex, jurujual wanita yang sexy malas layan aku….pandang aku sebelah mata aje…yang biasa layan aku di shopping complex…makcik-makcik yang sudah agak berusia…Oww aku sedar…aku hanya jutawan fakir saja..

p/s/s: Tidak ada pula salah satu petua Perez tu mengatakan yang dia perlu menggadai maruahnya dan terlalu bersosial….semuanya kearah positif…

Monday, January 24, 2011

Rahsia kekal cantik

Nak tahu rahsia aku kekal cantik???

Eh-eh silap pula…bukan aku la….tapi rahsia dewi persik, penyanyi Indonesia yang popular dengan “Goyang Gergaji” tu…

Aku mana lah cantik…Ensem adalah hahahah…Terperasan kejap!!!

Anda hendak tubuh yang seksi dan sentiasa kelihatan cantik???

TAPI anda kena sanggup untuk meminum jamu tradisional (yang kebiasaannya pahit) secara rutin dua hingga tiga kali seminggu…

Salah satu daripada ramuan jamunya ialah kulit manggis yang dijemur, daun sirih, kunyit dan mahkota dewa (yang ini aku tak faham maksudnya….yang aku faham…mahkota= benda yang berharga….. dan dewa = lelaki……ish tak kan benda tu kot…HEHEHE)….. Semuanya direbus menjadi satu..

Bak kata orang, nak cantik kenalah tahan sakit dan kesusahan….

p/s: Hidup kita biarlah seperti kulit manggis, walaupun dirinya tidak cantik tapi ia berfungsi untuk mencantikkan orang lain =)

Sunday, January 23, 2011

Kesan telefon bimbit terhadap buaya….

Kesian!!!!

Seekor buaya berusia 14 tahun mengalami trauma….

sumber gambar: kosmo

Kerana mendapat telefon bimbit tanpa disangka-sangka….

Ia telah tertelan telefon bimbit….

Ini semua angkara seorang wanita…

Yang telah menjatuhkan telefon bimbit semasa merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya…..

Akibatnya, buaya itu enggan makan sebarang makanan…sudah empat minggu lamanya….

Kesian!!!!

Ia mengalami gangguan psikologi….kemurungan melampau dan sakit….

Kelakuannya buaya jantan tersebut berubah….

Ia kini bergerak amat perlahan….dan kurang berenang berbanding sebelum ini…

Ini sebab buaya itu sedang memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya…hehehe

Cuba bayangkan jika ia berenang menyertai rakan-rakannya….dan tetiba telefon bimbit itu bordering lagu “poco-poco”…pasti ia akan di gelakkan…macam mana ia tidak trauma??

p/s: Telefon bimbit pun memberi kesan yang buruk kepada haiwan, inikan pula manusia…=)

p/s/s:Buaya darat amat menyukai telefon bimbit….pasti ada lebih daripada 1 nombor supaya mudah untuk menipu… aku ada dua nombor….tapi aku bukan buaya darat eh hehehe

Tuesday, January 18, 2011

Seekor tikus di pejabat PM Britain, 30 ekor dirumah aku

Kecoh bila ada seekor tikus di pejabat PM Britain…

Tapi kat rumah aku ada 30 ekor….

Tapi bukan tikus la…tapi hamster hehe…

Ni semua berpunca daripada kawan aku, ehan….dia bagi aku 2 ekor hamster betina yang berwarna hitam dan coklat kat aku masa aku study kat university dulu….

Aku pun belalah dua ekor hamster itu…dalam sangkar…tapi aku kesian…hamster aku tu seperti kegersangan….bila aku pegang je…terlalu manja…tengok aku pun dengan penuh ghairah….

Maka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku….aku nekad….membeli seekor hamster jantan yang sungguh kacak…. Jadi 2 ekor hamster betina aku itu sah menjadi madu….yang hidup aman damai di dalam satu sangkar….

Hamster aku sungguh produktif seperti tuannya….setiap bulan sentiasa memberi aku anak hamster yang sungguh comel….aku tak tahu sama ada aku perlu gembira atau sedih….belanja makan hamster semakin naik…bulan berganti bulan….tahun berganti tahun….keluarga hamster aku sudah berkembang sehingga generasi ke berapa ntah…aku pun dah tak ingat…sekarang ini aku sudah ada 30 ekor hamster….Gila?? ntah lah…aku tak sampai hati hendak buang atau jual……aku lagi suka tengok hamster aku mati kerana penyakit tua….walaupun orang kata jangka hayat hamster sekejap je….tapi generasi pertama hamster aku baru je mati setelah aku membela 2 tahun…. Mungkin bila kita buat baik pada haiwan, tuhan akan membuka lebih banyak rezeki pada kita…. Tapi serius, bila aku layan hamster-hamster tu main….pasti akan hilang tekanan…..

p/s: aku selalu dengar orang kata….”kalau hendak tahu kedai makan tu sedap atau tidak, tengok pada saiz tikus di kedai makan itu”…betul ke??? Hendak tahu lebih lagi petua mencari kedai makan yang sedap…sila baca ini..

p/s/s: hamster aku pun bermadu....tercabar aku!!! hahaha

Monday, January 17, 2011

Nak pergi salun Fasha Sandha la…

Aku dengar cerita yang Fasha Sandha hendak buka sebuah salun

Dekat Wangsa Walk…

Nama salunnya mungkin Chinta Salon….

Wah dekat la dengan rumah aku….

Aku mesti pergi ni…

Jadi pelanggan pertama dia…

Best apa kalau rambut aku ni di gunting oleh tangan Fasha Sandha yang halus tu hahahha…

Bye-bye Pakcik Azis…yang selama ini potong rambut aku..

Dari aku sekolah rendah sehinggalah aku sudah meninggalkan zaman sekolah ni…hehehe

Nanti aku nak potong rambut ala-ala gaya Jejai la hahahah

Friday, January 7, 2011

MURNI, Maafkan abang….

MURNI….

Abang ada buat salah ke???

Kenapa tiba-tiba murni menghilangkan diri???

Tanpa sebarang khabar berita….

Membuatkan dunia abang terus menjadi sunyi…

Abang cuba cari murni….di tempat-tempat yang kita selalu pergi…

Carefour, Giant , Tesco, Jusco mahupun Wangsa Walk…

Tapi abang tidak jumpa murni juga…

Ini semua silap abang…

Bila murni ada disamping abang….abang buat tak kisah je…

Kini bila murni tiada….rasa sunyi teramat sangat…Baru abang sedar, bertapa pentingnya diri murni buat abang… Maafkan abang…

Pulanglah Murni…Kalau korang semua jumpa murni, bagi tahu aku eh....

p/s: Kalau murni degil tak nak pulang juga…Abang cari Alif HAHAHHAA….

Tuah manusia, hanya Tuhan yang tahu….

Ketika aku leka menonton Buletin Utama semalam…Tetiba disiarkan satu berita…Berkaitan Suara Emas seorang pengemis….Memang memukau sungguh suaranya…. Kira layak menjadi pembaca berita atau DJ radio la… SUPERB!!

Dari seorang pengemis yang tidak berumah,Kini beliau bakal menjadi jutawan…Itulah tuah Ted Williams.

Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah. Kini dia telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun.

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Friday, December 31, 2010

TOP TEN ENTRI: Tahun 2010

Pejam celik, pejam celik…….

Kita dah sampai ke hujung tahun 2010….

Banyak pengalaman pahit manis yang aku lalui sepanjang tahun 2010 ini…

Semuanya akan aku simpan rapi dalam ingatan aku….

Esok aku akan buka buku baru….termasuklah buka buku hutang baru HEHEHE

Dan tidak aku sangka, dalam tahun 2010 ini….aku berjaya menghasilkan 117 entri, termasuk entri ini… aku dah kira sebagai blogger tegar ke?? =)

Dalam banyak-banyak entri aku ini….ada yang dapat menarik perhatian ramai pembaca dan ada juga yang hanya dijelling sebelah mata aje hehehe… Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada anda kerana sudi singgah dan baca di blog picisan ini….

Berikut, aku senaraikan TOP TEN entri aku yang mencatatkan bilangan pembaca yang ramai :-

1)Lelaki kena rogol sengsara??
2)Pengkid pergi solat jumaat…
3)Aku Jumpa Cinta Ku di Cameron Highland…
4)Jersi kuning tak bawa tuah….
5)Bila Hari Jumaat…
6)Untungnya jika aku seorang VIP…
7)Blog aku, blog Sampah??
8)Aku telah jatuh cinta?
9)Emak kau mesti kerja kerajaan kan???
10)Haid senjata terakhir…

p/s: Aku akan berehat seketika daripada dunia blogging ini, dan jumpa lagi sekali tahun depan (esok je) hehehe

Thursday, December 30, 2010

Apa kenderaannya??

Nombor pendaftarannya cantik……”MCA 1”

Harganya pun cantik RM 300,100…..

Yang telah berjaya dibida oleh syarikat Asset Nusa Sdn Bhd dari Johor Bahru

Mencatatkan sejarah Negara untuk nilai bidaan tertinggi..

Syarikat itu juga berjaya membida nombor pendaftaran “MCA 2” dengan nilai RM 101,000

Korang rasakan….apakah jenis kenderaan yang akan di letakkan dengan nombor pendaftaran yang mahal ini??

Aku yakin harga kenderaan itu mesti tidak kurang daripada harga nombor pendaftaran itu =)

Info extra:
a)MCA 3 - Khoo Chong Kok (RM50,000)
b)MCA 4 - Norainai Abd Ghapor (RM14,444)
c)MCA 5 - Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo, (RM28,600)
d)MCA 1010 - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (RM550)

p/s: Nantikan entri esok, TOP 10 entri sepanjang tahun 2010 untuk blog picisan ini =)

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia

Sebelum ini aku dah bangga menjadi rakyat Malaysia…

Tapi hari ini aku terlebih bangga pula…nak pergi jumpa semua orang Indonesia yang aku kenal dekat dengan rumah aku ini….Makcik-makcik Indonesia yang baik dengan aku kat kedai makan itu…supaya ucap tahniah kat aku HAHAHAA…. Aku kan rakyat Malaysia, dengan jeritan aku…memberi sikit semangat kat pemain Malaysia…Walaupun aku jerit depan TV je hahaha

Tahniah Malaysia!!!

Tahniah Datuk K. Rajagobal…=) hehhe Tak lama lagi dapat Datuk la tu…Artis yang suam-suam kuku yang tak bagi sumbangan apa-apa kat Negara pun dapat Datuk, tak kan lah K. Rajagobal yang telah mengharumkan nama Negara ini tak dapat apa-apa kot!!

p/s: Kenalan Indonesia aku, bersiap sedia la hari ini…. HAHAHA

p/s/s: Nampaknya aku bukan SUTUN….aku tidak dapat ramal mata semalam dengan tepat…Aku ramal Malaysia akan menang 5-1 (untuk balas dendam kembali) tapi dapat 4-2….Apa-apa pun Malaysia menang…Horrey…

p/s/s/s: Kepada pembaca blog aku dari Indonesia (kalau ada), jangan lah rasa tertekan membaca entri ini dan cuba untuk hack blog aku ini…ini hanya lah perasaan aku terlebih bangga je… Kita kan serumpun!!

Monday, December 27, 2010

Air kencing bukan air oren….

Sanggup kah anda minum air kencing sendiri??

Atau air kencing kawan anda???

Air kencing manusia tau bukan air oren mahupun air kencing syaitan (arak)

Kalau aku, tak sanggup…rasa hendak muntah…apa tah lagi tengok orang kencing bersepah-sepah HAHAHA

Tapi tidak bagi Singoi Jaya yang kini berusia 96 tahun dari Kuching…menganggapnya perkara biasa minum air kencingnya sendiri…yang dianggap sebagai ubat….dan mungkin juga petua panjang umur kot HEHEHE…

Kaedah yang dianggap pelik dan meloyakan tekak bagi kebanyakan orang itu mula dilakukan Singoi kira-kira 50 tahun lalu selepas dia terjatuh dari atas pokok langsat. Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan, dia nekad meminum air kencingnya sendiri dengan harapan boleh sembuh. ..Mujur lah secara kebetulan atau tidak, dia sembuh…

Kali kedua dia mencuba kaedah itu ialah selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan kakinya tercedera.

Singoi berkata, dia tidak gemar mengambil ubatan moden sekiranya diserang demam dan selsema, sebaliknya mengamalkan aktiviti ringan yang boleh mengeluarkan peluh seperti berkebun dan bersenam. Jika malas badan tidak akan berpeluh dan badan kita akan menjadi lemah serta mudah diserang penyakit.

p/s: Aku biasanya ikut petua keduanya, aku ni jenis yang tidak suka makan ubat…jadi kalau demam, aku pergi bersenam biar keluarkan peluh….Tapi kalau petua pertamanya, aku sama sekali tidak akan buat =)

p/s/s: Berhati-hati jangan selalu kena kencing (tipu)

sumber berita: Metro (tetapi telah diolah)

Indonesia Jaguh Kampung???

Adakah Indonesia jaguh kampung??

Aku No Komen….Kitakan Serumpun =)

Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menang 3-0 ke atas pasukan Indonesia semalam dalam aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil…. Rasanya cukup kot bekalan yang di bawa tu untuk beraksi di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini….Kira best la perlawanan semalam walaupun aku tengok kat TV je… Bersorak berterusan untuk 3 gol tu…

Tahniah Pasukan Malaysia!!!

Teruskan Ngauman di Indonesia!!!

p/s: Baru aku sedar, banyak pula entri aku pasal Piala Suzuki AFF 2010 ni

a) Mampukah Malaysia menjadi juara???
b) Jom sokong Malaysia…

Friday, December 24, 2010

Anda cuma ada 3 minit…30 minit….dan 3 jam…

Entri ini bukan lah untuk mengulas satu rancangan di Astro itu…tetapi:-

3 minit!!!

Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka atau tidak. Wah cepatnya!!!

Menurut kajian itu, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu.

Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita. Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit dan tidak mempunyai persamaan dengan mereka. Kajian tersebut membuat penemuan bahawa ramai wanita mempercayai rasa hati mereka.

30 minit!!!

Menurut kajian aku pula, wanita selalu bagi tempoh 30 minit kalau hendak bersiap…mungkin untuk ber “make-up” kot…Bila aku mesej kawan perempuan aku untuk ajak keluar, mesti dia akan kata…”bagi I setengah jam eh”…

Kecantikan muka mudah diperolehi dengan make-up, kecantikan hati..???

3 jam!!!

Ini pun menurut kajian dan kebiasaan yang aku alami…Aku paling tidak suka kalau pergi shopping dengan perempuan…Mesti ambil masa yang lama…hampir 3 jam juga…tapi barang yang dibeli tak ada banyak mana pun…tapi dia hendak masuk hampir semua kedai…tak tahu lah apa yang dicari…

p/s: Kadang-kadang sukar untuk memahami perempuan kan…

Haid senjata terakhir…

Macam-macam alat telah dibawa bagi melindungi diri…

Payung, penyembur mata dan sebagainya…

Aku ingat lagi cerita emak aku…

Emak aku akan pastikan yang dia akan membawa duri pokok limau bersamanya jika menaiki pengangkutan awam…bagi melindungi dirinya..

Jika ada lelaki yang ambil kesempatan atau terlalu dekat, emak aku akan cucuk lelaki itu dengan duri itu…HAHAH

Tapi kalau lelaki itu sudah terlalu dikuasai oleh nafsu…senjata-senjata itu pasti tidak berguna…

Hanya senjata terakhir saja yang dapat menyelamatkan wanita itu daripada dirogol…iaitu Haid

Dah dua kali aku baca dalam akhbar, wanita terselamat dari diperkosa kerana Haid

Yang terbaru, seorang wanita terselamat daripada dirogol seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan disebabkan datang bulan,Pemandu teksi itu memberhentikan kenderaannya di lorong belakang sebuah bangunan dan cuba merogol mangsa. Pemandu itu tidak akan mengenakan caj sekiranya mangsa bersetuju melayaninya, Mangsa yang terkejut mempertahankan diri menyebabkan suspek lebih agresif dan cuba menanggalkan pakaian mangsa. Tetapi lelaki itu mula hilang selera apabila dia mendapati mangsa datang bulan. Namun, bagi melepaskan geramnya, suspek mencabul mangsa.

Itu kalau perempuan….Bagaimana kalau lelaki yang kena rogol??...Kesian!! (Baca sini)

p/s: Aku memang benci dengan pemandu teksi….dah lah cekik darah, perangai pula tidak senonoh…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...