nak ikut.....

Tuesday, July 17, 2012

Suka main sukan rakyat???

Sebut saja hari rabu….adalah hari untuk kokurikulum…. Hari dimana budak-budak aku diwajibkan menyertai aktiviti berfaedah selain daripada tidur di rumah….hehhe

Untuk semester ini, aku kena pimpin pasukan Kanggaru Berani….bersama rakan sekerja aku, Chef Sam… Dan kalau ikut jadual, minggu ni, kumpulan aku kena buat Sukan Rakyat… Puas aku tanya Pakcik aku, Pakcik Google….apa itu sukan rakyat?? Dan sukan rakyat apa kah yang tak banyak guna barang atau modal?? Hehehhe…

Macam-macam keluar….yang aku tak minta termasuk yang 18SX pun turut keluar…biasalah pakcik aku tu…nak kata terlebih bijak atau nyanyuk kot heheh…. Dan selepas aku meneliti dan mengkaji ke semua sukan rakyat….akhirnya aku memilih 4 jenis sukan… yang aku rasa sesuai untuk dimainkan dalam masa 2 jam…

Pertama adalah isi air dalam botol…hehe…teringat aku zaman kanak-kanak, rasanya last aku main masa aku tadika kot…. Aku masih ingat lagi….aku hampir-hampir je hendak menang pertandingan itu dulu… tapi kalah hehe….

Selepas isi air dalam botol, mungkin aku akan paksa budak-budak aku main boling kelapa…. Tengok siapa yang boleh buat strike hahaha….Selepas habis main, kita minum lah air kelapa tu….boleh pening kot sebab sudah pusing banyak kali hehehe

Kalau ada masa lagi, kita main pula ceper….tengok tangan siapa yang besar boleh timbang dan kaut semua buah ceper tu hahahah…

Dan akhir sekali, mungkin aku akan paksa budak-budak aku main boogle….kena la selit sikit permainan moden dan memberi sedikit ilmu hehehe…apa tu boogle?? Tidak tahu?? Aku benarkan korang tanya pakcik aku tu sekarang…

Dan juara pertandingan sukan rakyat ini akan ditentukan dengan jumlah mata yang dikumpul bagi setiap game tadi….. Anda ingin menyertainya?? Pastikan temujanji anda esok ye…. =)

Monday, July 16, 2012

Sambung belajar setahun lagi??

Kadang-kadang kita tidak sedar…. Percakapan kita yang biasa boleh menyentuh perasaan seseorang… Serius, kawan aku pernah beritahu aku begitu dulu…. Dia kata, dia tersentuh dengan kata-kata aku… apabila aku ada sebut

“Kalau kau ada masalah, kau hubungi je aku….aku mesti tolong kau”

Walaupun aku tidak sedar dengan kata-kata aku itu Hahaha….sampai sekarang kitaorang kawan baik… Dan hari ini, aku tersentuh pula dengan kata-kata budak aku

“Encik Khairul kata hendak sambung study…”, tanya budak aku

“Yup….kawan saya ramai dah sambung master dan PHD”

“Bila tu??”

“Tak tahu lagi la….Kalau boleh secepat mungkin la…nanti dah tua”

“Encik sambunglah selepas satu tahun ni..”

“Kenapa???”

“Tunggulah saya habis belajar dulu”

Hahah aku tersenyum….Walaupun dia bersahaja je berkata….tetapi aku tersentuh dengan kata-katanya…hahah Ke aku terperasan??? Hahaha

p/s(i): Memang terasa hendak sambung belajar lagi!!!! 

p/s(ii): Aku tersentuh apabila orang kata I love U hehehe

Tuesday, July 10, 2012

Genap setahun!!!

Hari ini 10 Julai 2012, genaplah setahun aku jejak kaki di ledang…. Rasa seperti semalam saja aku baru sampai di Ledang…Cepat sungguh masa berlalu…pelbagai kenangan pahit manis aku telah lalui disini… Aku masih ingat dengan jelas, kenangan beberapa hari sebelum aku kena pindah kerja di Ledang ini….

Pada mulanya, memang aku tak nak pindah ke Ledang… sebab aku akan “hilang” semua yang aku ada kat KL…. Dan aku masih ingat lagi, sepatutnya aku kena daftar 8 Julai 2011….hari jumaat…jadi aku mintak tangguh, daftar hari isnin seterusnya…nasib baik dibenarkan aku daftar 11 Julai 2011…. Yelah kalau aku daftar hari jumaat kat Ledang,  sudah tentu esoknya aku akan balik KL…kan sudah rugi duit minyak dan tol disitu hehehh

2 hari yang aku minta tangguh tu….iaitu Hari sabtu dan ahad, aku guna sebaik mungkin….aku keluar dengan hampir semua kawan aku di KL…. Hahah kelakar bila diingati kembali, macam aku hendak pergi jauh pula….sampai seorang kawan baik aku beritahu aku…

“Aku rasa kau mesti kahwin dengan orang Ledang”, kata kawan aku

“Mungkin dengan puteri Gunung Ledang kot”, balas aku…

Aku masih ingat juga…dulu hampir setiap hujung minggu, aku pasti ambil kunci kereta, start kereta dan balik KL hahahah…sampai jiran rumah aku tidak kenal aku pun hahha… Tapi itu dulu, sekarang sampai kawan-kawan aku tanya

“Kau bila nak balik KL ni??”

Haha…rupanya sudah genap setahun aku disini…dan kalau ikut rekod kerja aku…paling lama aku di sesuatu tempat kerja itu hanyalah setahun 2 bulan je… harap aku akan terus bekerja di sini dan terus cemerlang dalam kerjaya aku…Amin!!!

p/s: Dr Mahathir genap 87 tahun hari ini!!! 

Monday, July 9, 2012

Apa kaitan Nagoya dengan Raya??

Pada suatu petang…

Aku sedang khusyuk menonton drama di television di ruang tamu…. Makcik aku pun menghampiri aku, duduk di sofa berdekatan dengan aku….

“Kat Nagoya kain-kain dia murahkan??”, makcik aku memulakan perbualan

“A’ah”, balas aku pendek sambil mata aku masih menonton television…

“Kain kat tangkak mahal-mahal….tak ada beza harga dengan tempat lain”

“A’ah”, aku mengiyakan saja kata-kata makcik aku

“Jiran sebelah kita tu kata kat Nagoya, kainnya cantik-cantik”

“Yup, sebab tu ayah selalu beli kain untuk baju kurung disitu”

“Kalau raya ni….dapat semeter dua ok juga”….Aku dah agak dari awal, makcik aku saja pusing sana sini kata-katanya…tapi yang sebenarnya dia nak ajak aku pergi Nagoya hahaha…. Ini anak sedaranya lah…mesti dah masak sangat dengan perangai makciknya hahahah

“Tapi saya tak tahu Nagoya kat Melaka ni kat mana…..”, saja aku mengusik…tapi memang sebenarnya aku tak tahu…

“Oh yeke???”, makcik aku terus diam selepas itu..

Selepas tengok makcik aku diam seribu bahasa, aku pun bangun dari sofa dan pergi ke laptop aku, dan aku tanya Pakcik Google….Rupanya Nagoya ada kat Melaka sentral… Aku pun kembali ke makcik aku

“Angah dah tahu Nagoya ada kat mana…”

“Ada kat mana??”

“Melaka sentral”

“Kalau macam tu, kita pergi eh Nagoya bila-bila sebelum puasa nanti”

Seronok melihat muka makcik aku yang gembira….hanya kerana dapat beraya dengan kain Nagoya nanti hahhaha

Sunday, July 8, 2012

Kalau sedap bagi tahu kawan….

Pada suatu hari…

Aku dan kawan aku pergilah ke satu kedai makan ni….mestilah matlamat utama kami untuk makan… Sampai sahaja di kedai makan itu, kawan aku pun pergi ke tandas… Dia tu memang selalu macam tu… mesti kosongkan tangki dulu sebelum makan… Aku pun duduklah di salah satu meja yang kosong.. Datanglah seorang pelayan ke meja aku… Dia hendak ambil pesanan

“Selamat datang bang, hendak makan apa??”

“Bagi saya mee rojak, macam best je tengok gambar ni”, kata aku sambil tengok menu

“Minum??”

“Macam biasa…”, balas aku

“Macam biasa??”, tanya pelayan itu kembali

“oh milo ais”, aku lupa pula….ni pertama kali aku datang kedai ni….kalau kedai yang biasa aku pergi mesti tahu aku hantu milo hahaha….lain kali baca la blog ni, baru tahu aku hantu milo hahah

Aku terpaksa pesan makanan awal…sudah sangat lapar…kalau tunggu kawan aku habis melabur, boleh kebulur aku….lagipun mungkin lambat orang kedai ni siapkan makanan aku tu…

Aku memerhati sekeliling kedai itu….aku tertarik dengan papan slogan yang tergantung dalam kedai itu…
“Kalau sedap bagi tahu kawan, kalau tidak sedap bagi tahu kami”. Aku hanya tersenyum keseorangan.

Selang beberapa minit,

“Ni mee rojak dan milo ais abang”

“Eh cepatnya siap”

“Abang nak lambat ke??”

“Eh tak lah”, aku terus makan mee rojak aku tu…Tetapi rasanya seperti kurang sedap lah… Dan pada waktu itu, kawan aku sudah selesai melabur dan duduk dihadapan aku

“Eh macam sedap je mee rojak kau”, kata kawan aku

Aku hanya tersengih je.. Kawan aku pun memanggil pelayan dan memesan mee rojak juga dan kopi…

Sampai je mee rojaknya, dia terus makan

“Eh apsal mee rojak ni tak sedap??”

“Memang pun”, balas aku

“Kenapa kau tidak bagi tahu aku tadi??”

“Tuuuu”, aku muncungkan mulut sambil menunjuk ke arah papan slogan yang tergantung di dalam kedai tu, “Kalau sedap bagi tahu kawan, kalau tidak sedap bagi tahu kami”

“Hampeh!!!”

Saturday, July 7, 2012

Syoknya duduk kampong!!!

Hari ini hari Sabtu…aku tetap bangun awal pagi….walaupun hari ini cuti…mungkin sebab sudah terbiasa bangun pagi kot… Aku terdengar bunyi titisan air pada atap zink di rumah aku ni…maklumlah duduk rumah kampong….

“Oh hujan rupanya”, bisik hatiku

Selalunya kalau hujan, aku malas hendak mandi….maklumlah air terlampau sejuk….boleh menggigil jadinya…. Jadi disebabkan aku sudah terbangun awal, dan tidak tahu hendak buat apa….aku pun online facebook…. Selalunya apabila aku online facebook, makcik aku mesti akan tanya aku…

“Angah ok ke??”

“Kenapa Makteh??

“Yelah, makteh tengok angah selalu tersenyum sorang-sorang kalau tengok computer tu”

Hahaha…. Makcik aku mesti akan buat muka risau kalau tengok aku tersenyum seorang diri dihadapan computer….sampai pernah telefon mak aku di Kuala Lumpur hahaha…

Jam masih menunjukkan awal pagi lagi…tetiba makcik aku menjerit dari dapur

“Angah, cepat mari sini!!!”

“Kenapa makteh??”

“Mari sini!!”, balas makteh aku

“Ala, nak main computer kejap”

“Ada durian ni!!!”

“Tapi angah tak mandi lagi”

“Kalau lambat nanti pakteh kamu habiskan”, jerit Makteh aku

Aku cepat-cepat ke arah dapur….aku lihat pakcik aku tengah makan durian dengan lajunya….Aku apa lagi, cepat-cepat masuk bilik air dan gosok gigi je…. Syoknya makan durian tanpa mandi hahaha… Syoknya makan durian pagi-pagi di kampong!!!
p/s: Dan seperti biasa, lepas makan durian…aku jadi pening… Dulu memang aku hantu durian, sekarang macam tak boleh masuk je dengan tekak ni hahah… 

Fakta nombor Sukan Olimpik London.

Fakta ini aku ambil dari akhbar Metro….Kalau akhbar tu tipu fakta ini…aku pun telah tipu korang la heheh

     a) 9.3 BILION (RM45.9 bilion) dibelanjakan untuk menganjurkan sukan itu. Ia hampir empat kali ganda kos jangkaan untuk menganjurkan sukan itu ketika London membuat bidaan pada 2005. Bajet asal untuk keselamatan dan bagi upacara pembukaan dan penutup digandakan. Kos keselamatan dijangka sejumlah 553 juta (RM2.7 bilion) manakala bajet untuk majlis keraian adalah 81 juta (RM399.7 juta).
     
    b) 1 JUTA PERALATAN SUKAN DIGUNAKAN: Sebanyak 26,400 bola tenis, 600 bola keranjang dan 6,000 sasaran memanah dibeli untuk Olimpik. 

    c) 12,875 KILOMETER LALUAN UNTUK LARIAN OBOR. Obor Olimpik itu dibawa mengelilingi Britain dalam tempoh sepuluh minggu dengan purata larian sejauh 284 kilometer sehari.

     d) 14 JUTA HIDANGAN akan disediakan pada Sukan Olimpik London, menggunakan 25,000 buku roti, 100 tan daging, 75,000 liter susu dan 330 tan buah-buahan dan sayur-sayuran. 
      
     e) 46,000 PEKERJA PEMBINAAN membina Olympic Park dan Perkampungan Olimpik, dan Sukan Olimpik itu sendiri memerlukan tenaga kerja berjumlah 200,000 orang termasuk 100,000 kontraktor dan 70,000 sukarelawan. 
      
      f) 11 JUTA TIKET dijual untuk acara Olimpik dan Paralimpik di mana 75 peratus daripadanya dijual kepada penonton di Britain. Penaja, pegawai dan penyiar boleh membeli 13 peratus tiket manakala baki 12 peratus dijual menerusi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan di negara lain. 

      g) 10,490 ATLET akan bertanding dalam 26 sukan Olimpik dengan jumlah 302 acara yang menawarkan pingat. Mereka tertakluk kepada 50,000 ujian anti doping. Seramai 4,200 atlet Paralimpik akan mengambil bahagian dalam 503 acara yang menawarkan pingat menerusi 20 jenis sukan. 

    h) 70 BIRI-BIRI, 12 KUDA, TIGA LEMBU, DUA KAMBING, 10 AYAM DAN TIGA ANJING GEMBALA akan mengambil bahagian dalam upacara pembukaan dan Stadium Olimpik akan bertukar menjadi perkampungan tradisional Britain. 

    i) DUA JUTA PELAWAT AKAN MENGUNJUNGI LONDON untuk temasya sukan itu menurut Menteri Olimpik,Hugh Robertson. Penonton akan membuat 20 juta perjalanan menggunakan pengangkutan awam London, termasuk tiga juta pada hari sibuk. 

     j) 34 VENUE sekitar Britain termasuk sembilan di dalam Olympic Park di timur London. Stadium Olimpik di tengah-tengah taman itu mengambil masa tiga tahun untuk dibina, menggunakan 10,000 tan keluli. Venue itu juga menyediakan 10,000 tandas sementara ‘yang cukup untuk memenuhi keperluan seluruh negara Malta.

Tuesday, June 26, 2012

Pilihan raya semakin dekat!!!

Aku sedang lepak dengan makcik aku tadi… Tiba-tiba, makcik aku bersuara…

“Mesti pilihanraya semakin dekat kan??”, tanya makcik aku

“A’ah….tapi kenapa tiba-tiba makteh tanya??”, tanya aku yang kelihatan pelik dengan soalan makcik aku tu…

“Yelah, sekarang ni banyak iklan kat TV berdialek Kelantan…”

“Memey la”, aku pun turut serta sekali hahah

p/s(i): Aku akan pastikan kali ini aku mengundi…..pertama kali nak mengundi ni…berdebarnya haha

p/s(ii): Sudah lama aku teringin hendak menjejak kaki di Kelantan…budak aku sudah banyak kali ajak…

Monday, June 25, 2012

Nak minyak lintah?

Tok!! Tok!! Tok!!!

Pintu rumah aku di ketuk.. Ketika itu aku sedang seronok menonton television… Aku cepat-cepat tutup  television dan duduk diam-diam di dalam rumah… Malas aku hendak membuka pintu rumah, mesti bukan kawan aku yang datang….ni mesti tukang jual…..

Tetapi pintu rumah aku masih lagi di ketuk..

Tok!!! Tok!!! Tok!!!!

Aku diam seribu bahasa….. hanya kedengaran bunyi detik jarum jam di rumah aku…. Aku cuba intai dari celah-celah pintu..SAH!!! memang ada seorang penjual berdiri di hadapan rumah aku..ada beg besar lagi..

“Ish apa dia jual tu??”, bisik hatiku…

Tok!!Tok!!!Tok!!!. Pintu rumah aku masih lagi di ketuk… Ini yang aku tabik spring dengan penjual…. mereka sangat sabar dan tidak kuat mengalah hehehe…

“Ish ni mesti dia dengar suara TV tadi, tu yang tahu ada orang ni”, keluh hatiku sambil membuka pintu

“Assalamualaikum bang….saya datang untuk menjual kerepek”, terang penjual tu

“Waalakumussalam…saya sudah kenyang…saya tak nak”, itu je alasan yang ada dalam fikiran aku masa tu hahahha

“Eh saya tak suruh abang makan sekarang, abang boleh beli dan makan nanti-nanti”, balasnya…Aku seperti terkena dengan kata-katanya HAHAHA

“eh takpelah, saya pun duduk seorang je”, balas aku…

“Oh yeke??? Kalau macam tu, mesti abang nak beli ini”, katanya sambil membuat isyarat supaya aku menghampirinya

Aku pun mendekatkan telinga aku ke arahnya.

“Abang nak minyak lintah tak??”, katanya seolah-olah seperti berbisik.

“Ish saya nak wat apa??”, kata aku dengan kuat kerana terkejut..

“Nak wat apa lagi….sapu kat situ lah”, terangnya lagak seperti Doktor Sakit Tuan.

“Ish saya tahu lah sapu kat situ….tapi lepas sapu saya nak watpe??? Saya bujang lagi!!!”

“Oh yeke bang??”, katanya tersipu-sipu malu dan minta diri untuk beredar..

p/s: Okay aku kena mula bersenam dengan lebih gigih lagi…rupa aku dah macam ayah anak seorang rupanya hehehe

Sunday, June 24, 2012

Aku playboy??

Aku ada satu seluar slack ni… Pemberian ayah aku ketika aku mula-mula hendak bekerja dulu… Tak ada jenama, Cuma ada logo “playboy” pada kocek belakang seluar ini…Korang tahu tak logo playboy tu?? Alah logo yang lambang arnab tu……Aku suka pakai seluar ini, walaupun aku ada banyak seluar slack lain, bukan sebab aku playboy….tetapi sebab kain seluar ini lembut dan juga seluar ini adalah pemberian ayah aku…

Jadi seluar ini selalu menjadi perhatian di kalangan pelajar aku…. Mesti mereka akan tanya pada aku…. Setakat ini sudah hampir 10 orang tanya pada aku…

“EEii, encik ni playboy la!!!”, kata budak aku.

“Kenapa kamu kata saya begitu??”, balas aku buat-buat seperti tidak tahu..

“Tu seluar encik ada logo playboy”, kata dia sambil tunjuk belakang aku…

“Eh awak tengok saya punya eh”, kata aku dengan kuatnya, sambil menutup belakang aku….Pelajar lain pun gelak….

“Eh tidak lah encik”, pelajar tadi mula malu….Kawan-kawan lain mula sakatnya…

Aku pun menyambug semula kelas….HAHAH

p/s(i): Kalau aku playboy pun…apa salahnya?? Tak layak ke?? Heheh

p/s(ii): moral entri ini….jangan nilai seseorang dari seluarnya HAHAH

Saturday, June 23, 2012

Macam mana dia berjaga selama 11 malam??

Demi Euro 2012, seorang lelaki, Jiang Xiaoshan telah berjaga secara berterusan selama 11 malam….HEBAT!!! Macam mana dia lakukan?? Namun dia telah mati akibat letih melampau. Dia telah menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung.

Aku dulu pernah berjaga paling lama 3 hari je….itu pun sebab nak siapkan projek akhir semasa belajar kat university dulu…itu pun dah tak dapat nak tahan dah mata ni daripada terlelap…akhirnya ganti dengan tidur sehari suntuk hahaha….

p/s(i): Kalau tengok bola tu berpada-pada lah, janganlah sampai tertidur di tempat kerja!!!!

p/s(ii): Jom sokong pasukan Malaysia hari ini!!!

Wednesday, June 20, 2012

Notification Encik mesti banyak kan??

Petang tadi…

Sedang aku menyelesaikan urusan pindah gambar program  Kem Kaizen baru-baru ini di Perpustakaan… datang seorang budak menghampiri aku…Dia menegur aku dan duduk di tempat computer sebelah aku…. Aku menjeling pada skrin komputernya…. Aku lihat dia membuka facebook nya… Tiba-tiba dia bertanya pada aku…

“Notification facebook encik mesti banyakkan??”

“Kenapa pula??”, aku merasa pelik dengan soalannya itu

“Yela, saya tengok facebook encik…ramai je orang komen…lebih-lebih lagi bila ada gambar program”

“Ala masa baru habis program, mereka excited la nak komen….lama-lama senyap la”, aku memberi alasan

“Saya selalu dapat notification dalam 30 je….”

“eh sama lah dengan saya…”

“tapi tu untuk 3 hari”

“oh yeke..hehe”, aku hanya tersenyum…ingatkan dia nak kata 30 notification dalam masa sejam hehehhe

p/s(i): Topik pagi JOHARA tadi…..peramah di facebook tapi pendiam di dunia reality =)

p/s(ii): bahaya ada orang stalker facebook aku hehehe

p/s(iii): terasa hendak pergi kem lagi

Tuesday, June 19, 2012

Apa anak akak buat??

Aku memang suka kanak-kanak….Jadi aku tidak hairan kalau ada rakan sekerja aku membawa anak mereka ke tempat kerja….Tapi mungkin ada yang tidak suka…bagi mereka kanak-kanak ini mengganggu kerana berlari sana sini dan membuat bising….

Alkisahnya, pada musim cuti sekolah yang lepas…. Cuti sekolah 2 minggu yang lalu…ramai juga rakan sekerja aku membawa anak mereka ke ofis….ada yang masih bayi…ada juga yang sudah bersekolah…..tetapi yang aku pasti, tiada sesiapa pun yang membawa anak ikan ke ofis hehehe….

Ada seorang anak staff ni, suka berlari-lari di kawasan meja aku….belum sempat aku tegur, dia telah tersepak wayar laptop aku….terus terpadam….maklumlah laptop aku tidak ada bateri….. nak marah pula, dia anak orang lagipun masih kecil lagi…rasanya dalam 6 tahun… jadi aku bersabar je lah….hidupkan semula laptop aku…budak itu kembali lari ke meja emaknya…

Selang beberapa minit, budak itu datang kembali ke tempat aku…aku sergah dia, dia pun lari….. Kemudian dia datang kembali, dan aku terus sergahnya…dia lari ke arah mak dia semula…. begitulah seterusnya…

Apabila aku hendak balik ke rumah, tiba-tiba aku terdengar emak budak itu menjerit memanggil nama aku…..

“Khairul, mari ke sini!!!”

“Kenapa kak???” Tanya aku

“Cuba Khairul tengok apa anak akak buat tu ”, sambil menunjuk ke arah papan putih

Aku melihat dan tersenyum..

Monday, June 18, 2012

Kenapa cium aku?

Bangun je pagi tadi…aku terus mengomel seorang diri….

“Kenapa kau cium aku malam tadi?? Kau tahu tak hari ini, hari isnin?? Kalau nak cium pun, cium lah Jumaat malam atau Sabtu malam….ini tidak, Pagi ini aku kena pergi kerja!!! Nanti kawan ofis aku sedar, aku kena cium...” Aku terus mengomel seorang diri sambil melihat cermin…

Besar betul gigitan cinta yang kau berikan tu….gigit kat bibir aku pula tu…habis bengkak…dah macam Angelina Jolie pula aku lihat…

Aku terus menekan kesan bengkak tu….harap sempat hilang…..jadi macam sediakala…. sebelum aku masuk ofis…

Ish bengangnya aku….kenapa lah ada binatang gigit bibir aku semasa tidur semalam…habis bengkak bibir aku.

Monday, June 11, 2012

Sekeping Kertas A4

Ada seorang budak perempuan cina ni…namanya Abby….dia budak perakaunan, kiranya aku tidak pernah mengajar dia…tapi dia kalau jumpa aku…walaupun aku berada jauh daripadanya, dan dia ternampak aku….dia mesti akan jerit

“Good morning, Sir”

Kerana aku selalu terjumpa dengan dia pada waktu pagi….Jadi aku selalu berlumba-lumba dengan dia, siapa yang ucap “Good Morning” terlebih dahulu…..dan selalunya aku kalah…tahu-tahu je dia sudah berada di sebelah aku dan ucap good morning…ahahha

Dan pada satu hari itu, aku terdengar suara dia daripada jauh walaupun aku tidak nampak bayang-bayangnya lagi… Suara dia semakin kuat….ini bermakna dia semakin menghampiri tempat aku berada….aku bersedia untuk memberi ucapan selamat padanya….apabila dia sudah berada dekat dengan aku, dan dia tidak sedar kehadiran aku…aku pun ucap..

“Good Morning

Dia memang terkejut dengan ucapan aku tu…bukan sebab aku ucap lebih awal daripadanya tetapi sebab aku ucap Good Morning pada pukul 2 petang hahahah…aku mula tersedar apabila dia buat muka pelik… ini lah akibatnya apabila selalu jumpa dia je mesti nak ucap Good Morning hahhah… Dan minggu ini, adalah minggu terakhir dia belajar di sini…..Dia ada mesej aku minggu lepas untuk berjumpa…tetapi pada waktu itu aku keluar stesen…dia kata nak bagi aku sekeping kertas A4…aku kata letak saja diatas meja aku…nanti aku ambil….tetapi dia taknak….dan hari ini dia datang jumpa aku, dan membawa sekeping kertas….dia kata khas untuk aku…aku pun mengambilnya….aku lihat kertas A4 tu tertera nama PENUH aku…hasil kreativiti tulisannya…. Walaupun hanya sekeping kertas A4…tetapi ia sangat bermakna!!! Terima kasih Abby dan rakan-rakan SPP yang lain….Semoga anda semua terus sukses dalam bidang yang anda ceburi selepas ini
p/s: Budak-budak ini biasanya kalau hendak habis belajar baru menjadi baik dan rapat dengan pensyarahnya hahaha

Iklan raya??

Masa aku pergi Giant Mall baru-baru ni….aku terpandang satu banting yang mempamerkan iklan promosi… mengenai raya…Raya Bonanza anjuran Giant Mall… “Kamu beli, Kami Bayar”…. RM 10, 000 kalau menjadi pemenang utama tu….. Oh, nampaknya promosi raya sudah hendak bermula…Puasa ganti pun belum habis lagi ni hehhehe….
p/s: Dah nak puasa rupanya…cepatnya masa berlalu!!!

Tuesday, June 5, 2012

Aku kenal Sri Wani Choo Abdullah??

Sri Wani Choo Abdullah!!!

Siapa tu?? Anda kenal??

Dia ialah isteri ketiga bekas dekan yang disyaki sebagai lelaki oleh suaminya. Baru-baru ini, dia yang juga seorang pengusaha butik kecantikan menuntut ganti rugi sebanyak Rm 10 JUTA daripada seorang peguam syarie, Muhammad Hafiz Abdul Rashid kerana didakwa memberi kenyataan berbaur fitnah kepada media berhubung kes pengesahan nikah dan faraq yang sedang dibicarakan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah disini.
   
Aku mengamati betul-betul gambarnya dalam surat khabar tadi…aku rasa macam familiar je tengok rupanya….ni betul-betul aku familiar, bukan ayatnak mengorat okay…. Nama dia Sri Wani Choo Abdullah dan dia seorang pengusaha butik kecantikan….

Tiba-tiba aku teringat kepada seseorang yang juga pengusaha butik kecantikan….aku terus keluarkan dompet aku dan buka untuk mencari kad namanya….Aku membelek satu per satu kad nama yang ada dalam dompet aku…akhirnya aku jumpa juga kad nama yang aku cari….kad nama yang aku terima daripada seorang pengusaha butik kecantikan beberapa bulan yang lalu di Kuala Lumpur… Aku perhatikan kad nama itu…Tertera nama owner butik kecantikan itu…Puan Sri….aku perhatikan gambar yang ada pada kad nama itu dengan gambar pada surat khabar….. hampir sama….Sah orang yang sama ni!!! Aku tunjuk kepada kawan-kawan sekerja aku, takut mata aku silap…mereka pun mengesahkannya…. macam mengesahkan minit mesyuarat hahahh… Untuk lebih memastikan, aku mesej kakak aku…

“Along kenal Sri Wani Choo Abdullah??Dia jual kat %&%$#@%$ (nama satu tempat)???”

“Kenal..Yang didakwa lelaki tu kan…Yeke?? Dia jual kat mana??”

“Ala…depan atm…kedai yang kita pergi nak cari pembuang toksid dalam badan tu”

“A’ah la…sama…cantiknya dia….dia memang perempuan kan???”

p/s: Apa yang pasti Puan Sri memang cantik!!!

Sunday, June 3, 2012

Mengidam sate, tapi dapat………

Semalam aku dapat satu mesej daripada kawan aku…Dia kata dia tengah makan malam sate bersama dengan kawan-kawan yang lain….Sebab dia lah, aku mengidam hendak makan sate sejak semalam…. sudah lama rasanya aku tidak makan sate… Kalau kat jasin ni, aku tidak tahu mana tempat yang sedap untuk makan sate..kalau kat KL banyak lah…tapi rasanya yang paling sedap aku makan sate kat Kajang… serius!!!!

Dan tiba-tiba malam ni, makcik aku memanggil aku untuk makan malam….

“Angah….mari makan malam ni”

“Malas lah makteh…masih kenyang lagi”

“Tapi ada sate ni, banyak pula tu…siapa yang nak habiskan ni??”

“Sate?? Okay angah datang….”

Aku pergi ke dapur dan melihat makcik aku tengah menghidangkan sate dalam pinggan…Aku memandang makcik aku dari atas ke bawah.

“Macam mana makcik aku tahu je apa yang aku fikir??”, kata aku dalam hati.

Kalau macam tu, esok aku nak mengidam chicken chop la….harap-harap dapat hehehhe

p/s: Betul lah orang kata, kalau hendak kan sesuatu mesti dimulakan dengan niat dan kemudiannya usaha heheh….

Saturday, June 2, 2012

Banyaknya email kau!!!

Pada suatu petang….Kawan aku datang ke kawasan meja kerja aku

“Eh KJ, aku dah hantar dokumen tu kat email kau tadi”

“Yeke,okay aku check sekarang”

“Cepatlah…Kalau tak ada, aku hantar balik”

“Kejaplah…nak buka ni…nak masuk password jap”

Aku pun memasukkan username dan password untuk membuka email aku

“Wah banyaknya email kau yang tidak di baca lagi…”, terkejut kawan aku apabila melihat email aku..

“Ini semua spam la…mengarut je email yang masuk…diorang main hantar je…tak tahu mana diorang ambil alamat email aku”

“mungkin kau subscribe kot….atau pun diorang ambil kat Facebook atau blog kau”

Aku bengang je…sejak kebelakangan ini, semakin banyak email yang mengarut masuk dalam inbox aku…. Nak tukar email lain, sayang pula sebab aku dah guna email ni secara rasmi dah lama….kira urusan rasmi dan tak rasmi, semua guna alamat email khairul_khai86@yahoo.com ini…

Yang pasti dua bentuk email spam yang aku terima adalah pasal inginkan kulit cerah dan senjata anda kurang efisien untuk bertarung…. Mentang-mentanglah aku ni hitam manis (perkataan manis saja aku letak untuk menyedapkan hati hahah), sentiasa aku dapat email tips mencerahkan kulit….. tapi yang aku pelik, kenapa aku selalu dapat email yang lagi satu tu?? Pasal senjata anda kurang efisien untuk bertarung… aku belum boleh guna lagi la senjata tu…belum kahwin lagi huhuhu….apabila aku block alamat email yang hantar, ada ramai lagi yang hantar guna alamat email lain….tapi tajuk email berbeza, kisah dalam yang sama…. Adoyai!!!!

Jadi kerja aku hari-hari adalah membuang email-email sampah ni!!!!

p/s: Kepada sesiapa yang nak berkenalan dengan aku, bolehlah hantar email ye heheh….dan add Facebook aku juga =)

Aktiviti orang kaya…

Yeahhhh!!!! 

Aku OKB….Orang Kaya Baru…tapi bukan kaya dengan harta…kaya dengan senyuman sahaja hehehe….senyuman kan satu sedekah….jadi perbanyakkan lah sedekah dengan apa cara pun heheh…

Hari ini, United Overseas Bank (M) Bhd (UOB) telah mendedahkan tiga aktiviti yang amat disukai oleh golongan mewah di Malaysia. 3 aktiviti itu ialah melancong, membeli barang-barang mewah dan menjamu selera…Kiranya kalau anda suka ketiga-tiga aktiviti ini, anda ada ciri-ciri untuk menjadi orang kaya hehehhe

Pendedahan itu adalah hasil daripada kajian data penggunaan kad kredit UOB… Kad kredit ini merupakan produk yang paling eksklusif di UOB yang ditawarkan hanya melalui jemputan kepada pelanggan yang mencatat pendapatan melebihi RM 300 000 setahun….What???? Pendapatan melebihi RM 300 000 setahun?? Kiranya siapa yang ada kad kredit UOB ni memang orang kaya la….. Jauhnya dari pendapatan aku setahun….patut lah aku tiada satu pun kad kredit hahahha….. tetapi tak semestinya yang ada kad kredit itu orang kaya, dan semestinya kebanyakkan golongan yang muflis adalah disebabkan oleh kad kredit hehehhhe

p/s: Aku kalau membeli belah masih kena tengok tanda harga lagi…. Kalau mahal tidak beli!!!

p/s(ii): Aku tidak suka ikut kaum hawa pergi membeli belah….belum tentu 3 jam shopping, akan dapat barang yang dicari..sangat penat!!!

Tuesday, May 8, 2012

Siapa artis??

Aku dengar-dengar, satu skim khas untuk artis akan ditubuhkan. Aku bukan nak cerita pasal skim khas itu….tapi aku nak tanya, siapa yang di kira artis??

Sekarang ini, terlalu ramai sangat artis di Malaysia….sudah tidak terbilang dengan jari… ada yang sekejap saja wujud…ada yang popular kerana kontroversi…. Ada yang popular kerana skandal dengan Dato’… ada yang popular kerana bercinta dengan orang muda….artis Youtube….artis rancangan reality dan ramai lagilah….

Dulu masa aku kecik, kalau ternampak artis siap gigih hendak bersalam dan bergambar bagai….sekarang ini sudah tidak heran sangat…walaupun jalan sebelah di Jom Heboh hahahah….Siap artis pula kena senyum-senyum kat kita…suh ambil tanda tangan dia hahah….

Aku masih ingat dulu, masa sekolah rendah….ada satu permainan main teka-teka nama artis…kita hanya perlu letak abjad depan nama artis tu…dan bagi klue sedikit dan kawan yang lain akan teka….contohnya, kawan kita letak Z Z….kluenya..kening terangkat…. yang lain teka la Ziana Zain ke….Tapi rasanya sudah tidak ada game tu heheheh…yelah ramai artis yang tidak popular hahaah

Kenapa artis perlu diberi kelebihan?? Apa bezanya dia dengan orang lain yang bekerja juga?? Kenapa perlu dapat rumah?? kenapa perlu cermin gelap?? Kenapa perlu ada skim khas?? Bagi aku senang saja…. buat je peraturan untuk semua…kalau sesiapa je layak tidak kira dia artis atau pun tidak, dia berhak untuk memilikinya…. Nanti mesti akan orang cakap, artis dah mengharumkan nama Negara… Okay… Kalau macam tu, artis yang memburukkan nama Negara dan yang lebih teruk lagi memburukkan agamanya..apa yang perlu di ambil tindakan???? Tak adil la, kalau yang positif saja di tengok…yang negative dipandang sebelah mata…

p/s(i): Syukur masih ada penglihatan untuk melihat…

p/s(ii): Selalu nyanyi ketika mandi….aku di kira artis ke??? heheh

Friday, May 4, 2012

Buat duit dengan facebook….

Betul ke??

Dulu aku memang tidak percaya langsung….boleh ke buat duit dengan facebook…Sampai aku naik menyampah kalau ada kawan-kawan aku yang tag aku dengan gambar orang pegang duit banyak-banyak di facebook…selalunya aku akan untag dan maklumkan kepada kawan aku itu yang aku tidak suka di tag dengan gambar macam tu….tetapi kalau ada yang masih degil, aku akan blok terus akaun facebooknya hehehe…..Agak lama juga aku tidak kena tag dengan gambar-gambar macam tu…tetapi sejak kebelakangan ini, aku mula di tag kembali….Haishhhhh…Tensen!!!!!

Aku ni bukan jenis kedekut…tetapi aku ni jenis kurang percaya dengan benda-benda macam ini…tak kan lah mudah sangat dapat duit….kalau mudah macam tu, mestilah tiada orang miskin di Malaysia ini….
TETAPI….

Apabila aku baca akhbar tadi, aku sudah percaya….memang facebook ini boleh buat duit dengan mudah… Macam mana caranya??? Disebabkan aku baik, maka aku bagi tahu korang…. Caranya mudah saja…pastikan anda ada satu akaun facebook….kalau ada banyak akaun, lagi cepat anda kaya… Kemudian, pastikan anda upload gambar seseorang atau tulis status berkaitan seseorang itu sehingga menimbulkan perasaan marah dalam dirinya….apabila orang itu sudah marah, pastikan dia menampar anda….apabila anda sudah kena tampar…kemungkinan besar anda akan dapat Rm 500… Kalau tidak percaya, cubalah!!!! Kalau tak dapat Rm 500, anda tetap dapat sesuatu juga…..anda dapat kesakitan heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...