nak ikut.....

Friday, October 9, 2009

Ada Apa Dengan Nama…

Sejak kebelakangan ini, kecoh dalam surat khabar berkaitan nama Port Dickson.. Ada yang minta ditukarkan kepada nama lain yang bersifat Malaysia.. Adoyai..Patriotik tidak bertempat langsung siapa yang mencadangkannya…aku memang tidak setuju dengan idea itu…banyak lagi perkara penting yang boleh dibincangkan selain daripada menukar nama Port Dickson tu.. Aku setuju dengan pendapat, Datuk Seri Mohamad Hasan…"Apa salah dengan nama Port Dickson. Kita jangan ada satu fobia. Kita hidup ini jangan fobia sangat....itu tak boleh, ini tak boleh....macam-macam. Kita boleh buat sesuatu untuk kebaikan, tapi kerana disebabkan marah dengan penjajah, nama Port Dickson nak kita tukarkan," Tetapi ada sesuatu yang agak kelakar, bila aku berbincang mengenai pertukaran nama Port Dickson itu dengan kawan aku..

Kawan: Aku setuju sangat nama Port Dickson itu ditukar…baru bangga jadi anak Malaysia…

Aku: Kalau nama Port Dickson itu akan ditukar…nama apa yang paling sesuai menggantikannya???

Kawan: Ala tak payah la pening2 memikirkannya…Port kan dalam BM bermakna pelabuhan..

Aku
: Habis tu Dickson jadi apa??


Kawan: ermmm (mula berfikir….dan kemudian dia tersenyum)

Aku: Apa dia??

Kawan: Ko tukarkan la “Dick”- “Son” jadi BM…hahha

....Aku pun terus memukulnya..

4 comments:

Anonymous said...

kahkahkah...mengong!! hikhik

nazri said...

haha..sengal..!!!..=p

Fiq said...

lala... LUpa + peCAH=P

~RoY @ AzRuL~ said...

hahahahahahaha.....betol betol betol

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...