nak ikut.....

Friday, October 24, 2014

Apabila orang mati berdendam....

Apabila orang mati berdendam……maka akan….

Chop!! Chop!!!

Ini bukan entri seram…tetapi aku nak mengulas mengenai filem “Dendam Orang Mati” dari kaca mata aku sebagai penonton…Jadi jangan marahlah kalau pandangan aku ini berbeza dengan pendapat anda…



Semalam, hari pertama tayangan filem ini, aku telah ‘terjebak’ menontonnya….Pada mulanya aku tak nak pun tengok filem ini…sebab dalam fikiran aku, buang duit, masa dan tenaga tengok cerita melayu kat wayang…lagi bagus dan berkualiti drama cerekarama kat TV tu….

“Jom tengok wayang Dendam Orang Mati”, ajak kawan aku

“Cerita apa tu?? Malas lah”, balas aku pada mulanya

Itu mesej pertama aku sebelum aku mengetahui mengenai filem itu…..dan ketika aku menonton TV ada promosi mengenai filem itu…..Filem Dendam Orang Mati adalah lakonan Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Miera Liyana… dan terbitan KRU STUDIOS…. Aku apa lagi, terus mesej kawan aku tu semula

“Eh, Jom tengok filem Dendam Orang Mati”

“Kenapa tiba-tiba setuju? Mesti sudah tengok iklan kat mana-mana ini”

Aku hanya gelak…Sebab aku nak tengok filem ini hanya ada dua sebab sahaja….Pertama sebab Lisa Surihani dan kedua adalah filem ini terbitan KRU Studios yang selalu mengeluarkan filem yang tidak mengecewakan….

Dan apabila selesai aku menonton filem ini semalam….aku agak kecewa dengan filem ini terutamanya CGI nya yang teruk…..tak perlu nak buat filem yang canggih-canggih tapi nampak macam kartun…. Lakonan lisa surihani terbaik tetapi tidak dapat menutupi kekurangan ini….dan cerita ini tidak ada lah seseram mana yang seperti dicanangkan kononnya terbaik…..bagi aku muzik dia terlalu kuat tu yang menyebabkan asyik terkejut je….


Akhirnya, filem ini telah buat aku berdendam dan boikot filem melayu…tunggu raya atau cetak rompak je kalau nak tengok filem melayu….dah la aku boikot semua filem seorang professor tu…. Daripada 10, aku bagi 5 la…. Itupun kerana lakonan lisa…Apa pendapat anda mengenai filem ini?

Saturday, October 18, 2014

Hari untuk Miss Vivi

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun hari ini…… hari ini aku rancang untuk meluangkan lebih masa dengan Miss Vivi…..sebab esok aku akan tinggalkannya 3 hari…aku ada bengkel di Pulau Pinang…..

Hari ini aku hendak menghantar Miss Vivi buat rawatan dalaman…atau bahasa mudahnya pergi servis hehe….. Miss Vivi paling suka pergi servis tapi tuan dia ni yang sedih….habis juga lah beratus….tidak apa, janji jangan Miss Vivi buat hal tengah jalan sudah….setakat ini…alhamdulilah…tidak pernah Miss Vivi buat ragam di tengah jalan….walaupun hampir satu semenanjung Malaysia, Miss Vivi sudah jejak…..dari Perlis sampai Johor…..



Aku biarkan Miss Vivi bermanja-manja dengan orang Perodua….usha-usha pakwe kelilingnya…aku pula berborak dengan Penasihat Servis…Cik Syazana…saja tanya-tanya pasal adik angkat Miss Vivi….Miss Axia.. Ni kalau Miss Vivi tahu, mesti merajuk hahah.. Aku perhatikan je Miss Vivi dari jauh….


Selepas, doktor perodua kata Miss Vivi sihat…..aku bawa Miss Vivi pergi mandi….. setakat ini, aku puas hati dengan Miss Vivi…dan aku juga puas hati dengan Pusat Servis Perodua ini….layanan tip top!!!

Nota kaki kanan: Esok aku berbengkel di Penang selama 3 hari...tidak dapat sertai program ini....


Friday, October 17, 2014

Setiap semester ada kisahnya…

Semalam, berakhirlah sudah peperiksaan akhir kelas aku, Semester 4…. Selepas ini, mereka semua akan merantau seluruh tanah air untuk praktikal dan bekerja, mungkin juga ada yang akan menyambung pelajaran….akan melihat dunia sebenar yang penuh cabaran dan dugaan…. Adakah akan bekerja dalam bidang yang mereka belajar, atau beralih arah menukar angin…

Isnin depan mereka ada rombongan unit ke Perak selama dua hari satu malam….tetapi aku tidak dapat menyertainya kerana ada bengkel di Penang….Kira semalam hari terakhirla aku berjumpa mereka… dan semalam rezeki mereka, ada yang belanja pizza….tetapi bukan akulah heheh…aku hanya tumpang makan je…terima kasih hamba Allah tersebut (tidak dibenarkan umum nama)…..

Dan semalam juga, sesi bergambar, bersalam dan luah perasaan… ini yang bab aku sangat terharu….

Tiada yang dapat membanggakan seorang pensyarah, melainkan melihat anak didiknya Berjaya… kata-kata terima kasih yang diungkapkan oleh mereka semalam sangat mengharukan aku….. (mesti ada yang potong bawang dalam ofis aku semalam)

Aku hanya mendoakan mereka semua Berjaya di luar sana…Jika lepas ini nak tanya apa-apa, hanya hubungi sahaja….dunia tanpa sempadan sekarang…ada wechat, wassap, facebook, instagram dan lain-lain



Setiap semester ada kisahnya…setiap pelajar ada ragamnya!!!


Nota kaki kanan: Semua orang adalah pendidik….ada juga benda yang aku belajar daripada pelajar aku….

Nota kaki kiri: Adakah anda seorang yang kreatif? Kalau ya jom klik SINI . Jika anda ingin menyambung pelajaran dalam bidang pastri, akauntansi, automotif dan servis penyejukan dan penyamanan udara, jom daftar di Kolej Komuniti Ledang

Nota tangan kanan: Anda rasa artis Malaysia mana yang paling penakut dan jerit macam pontianak? Klik SINI kalau nak tahu..

Wednesday, October 15, 2014

Awak Busuk!!!

Anda pernah kena tegur sebab bau badan yang busuk?

Anda pernah menegur orang sebab bau badannya busuk?

Sebenarnya, bagaimana cara terbaik untuk menegur seseorang yang badannya berbau busuk?? Tak nak lah sampai orang tu tersinggung atau terasa hati dengan kita…. Bagaimana ye??



Alkisahnya, entri ini tercipta sebab kejadian pagi tadilah…..rakan sekerja aku ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan pada seseorang….tetapi akibat kesangsian dan ketidakpercayaan pada hidungnya, dia boleh pulak menyuruh aku pergi ke individu tersebut… dengan menggunakan kuasa hidung aku yang macam serombong kapal…aku pun terbau benda yang sama….kembang kempis hidung aku…. Tapi aku tak sanggup atau bahasa betulnya aku tak pandai nak bagi tahu tanpa menyinggung perasaannya….

Bagi aku senang kalau kita nak menegur kawan baik, sebab kawan baik ini biasanya tak kan tersentuh dengan kata-kata kita….sebab kita biasanya boleh pukul tampar…..makan sepinggan…kongsi rahsia… kiranya sentiasa bersama…jadi teguran kita tu adalah untuk kebaikannya….

Tapi masalahnya sekarang, bagaimana nak menegur kawan biasa…..yang jarang-jarang kita bercakap atau orang yang baru kita kenali?? Tak kan nak terus kata “Awak Busuk!!!”…Silap-silap ada yang makan penampar buaya nanti hehhe…..

Tapi apabila aku tanya dalam group wassap aku….macam-macam idea dicadangkan

“Bagi deodarant”

“Buat macam iklan tak nak merokok tu…tutup hidung sambil libas-libas tangan”

“bawa dia pergi supermarket tempat test minyak wangi…sembur kat dia….jadi dia tak terasa”

“Buat-buat tanya….ada bau pelik tak? Kalau dia sudah tersedar….dia faham-faham sendiri”

Macam-macam cadangan dikeluarkan….tapi kalau dia bestfriend aku…aku cakap je “Awak Busuk!!!”


Nota kaki kanan: Lebih baik badan berbau busuk daripada busuk hati

Nota kaki kiri : Apa perasaan anda apabila sedang tengok cerita seram seperti INI....tetiba bau busuk muncul menusuk hidung anda?

Nota tangan kanan: Jika anda tidak mahu bau busuk tetapi mahu bau asap motor lumba...Jom join GAME ini.

Nota tangan kiri: tiada masalah yang tidak boleh diatasi. Cuba tengok INI

Tuesday, October 14, 2014

Ingin menjadi kaya?

Sejak kebelakangan ini, email aku, wechat, facebook dan lain-lain sering dilimpahi dengan undangan untuk menjadi kaya…

Mudah sangat ke menjadi kaya?? Siap ada yang bagitahu dengan yakin dalam masa 7 hari boleh menjadi OKB….orang kaya baru….

Aku ni memang susah percaya sikit…..sebab aku pernahlah juga membaca buku-buku autobiografi dan motivasi orang-orang kaya Malaysia seperti Irfan Khairi, Tan Sri Mokhtar al-Bukhari dan lain-lain….hampir semua mereka kata, tidak semudah itu untuk menjadi kaya…..

Dan yang aku peliknya, hari-hari post duit masuk dalam akaun bank….siap tebal-tebal ikatan duitnya…sambil membuat simbol bagus (macam kacang Cap Tangan Ngan Yin )…bukan aku irihati….tapi aku bangga rakyat Malaysia ramai yang kaya raya…..tapi aku peliklah dengan beberapa perkara….anda semua pelik juga tak?



Pertama sekali, kalau seseorang itu sudah kaya….adakah dia akan mengajar orang lain untuk kaya?? Kebiasaannya orang akan diam kalau dia tahu cara pantas nak kaya….melainkan hati dia sesuci murni seputih kain kapan….betul tak? Kalau ada, Alhamdulillah!!!!

Keduanya, adakah anda pernah nampak orang-orang kaya Malaysia seperti Robert Kuok, Ananda Krishnan ataupun Tan Sri Mokhtar al-Bukhari bergambar dengan duit tebal-tebal? Siap baring atas duit-duit mereka?? Aku dah cuba Google tapi tak jumpa pula hehe… Tapi kenapa OKB banyak bergambar dengan duit?



Ketiga, Betul ke dalam masa Sehari boleh dapat RM 1000, Seminggu RM7000, dan Sebulan RM30000 ??…Aku hanya pandai matematik je….jadi biar aku kirakan maka setahun lebih kurang  RM 365 000?? Betul tak?? Okay-okay kita tolak hari cuti dan hari MC ketika sakit….katakan ambil lah RM 300 000…. Maka hukum logik akal dan rumus tambah tolak darab dan bahagi tidak termasuk logarithma dan eksponen….tahun ketiga sudah menjadi jutawan?? Wow pakcik kaya!!!! Amin….boleh pergi umrah balik hari ini…..

Jadi aku nak nasihatkan lah kepada sesiapa yang terniat secara sengaja atau tidak untuk add facebook atau wechat aku (guna kaedah shake atau people nearby) dan promosi program Jom Kaya Segera tu…hentikanlah…. Aku akan block….tetapi kalau ada sesiapa yang nak betul-betul bincang pasal dunia usahawan dan bisnes… digalakkan lah add aku…boleh kongsi-kongsi pengalaman…..


Nota kaki kanan: Biar kita miskin di dunia tetapi kaya di akhirat…Jangan nak cepat kaya di dunia, kita menipu dan menganiaya orang lain

Nota kaki kiri: Nak dapat duit cepat? Jom join INI

Nota tangan kanan: Bila la aku boleh dapat lagi satu payung Petronas ni...Kat SINI kata boleh redeem

Wednesday, October 1, 2014

Minyak Oh Minyak

Minyak Naik boleh bikin naik minyak aku ni…. Eh silap ayat aku…bukan minyak naik tetapi subsidi diturunkan…..

Arghhhh!!!!....Aku tak kisah kalau benda lain naik harga selain daripada minyak, elektrik atau air…sebab benda-benda ini kalau naik secara automatic semua barang akan naik harga juga….. tapi gaji tak naik-naik juga….

Kebetulan aku memang nak isi minyak tadi, sekali penuh semua stesen minyak…siap ada yang tuang dalam botol-botol….Memang hanya naik 20 sen sahaja…dan pasti ada yang akan kata apa nak kecoh-kecoh setakat 20 sen saja… tapi seperti aku kata tadi, ia akan beri kesan pada semua…tidak percayalah tengoklah nanti…..aku nak tengok harga pembekal barang-barang koperasi, naik tak harga???

Dan hari ini, aku rasa PM kesayangan kita Dato Seri Najib paling popular dan menjadi trending….gambar beliau penuh dalam handphone aku, apabila ramai orang hantar pada wassap, facebook, wechat dan lain-lain lagi….

Harap ada berita gembira lain di bulan Oktober ini….Jangan menjadi Tragedi Oktober!!!



Nota kaki kanan: Ada hikmahnya rupanya aku menang cabutan bertuah basikal tempoh hari….nasib baik tak jual lagi…


Nota kaki kiri: kalau buat inovasi bahan pengganti minyak ni, mesti dapat gold medal!!!

Friday, September 26, 2014

Gadis Insurans Idaman lelaki….

Pagi tadi, walaupun Johor bercuti hari ini…tetapi aku kena pergi juga ke ofis…..bagi menyiapkan pencalonan pelajar untuk Anugerah Gemilang Pelajar (AGP)….. aku perlu menyelongkar semua fail-fail bagi mencari bukti penglibatan pelajar di dalam sesuatu program….rasa rugi pula jika tidak hantar pencalonan…. Menang kalah itu nombor dua…..janji kita berusaha….

Dan hari ini, aku masuk ofis….ditemani oleh akak-akak cleaner je…yang lain semua tiada….seram juga!! Rakan-rakan yang tahu aku bekerja hari ini mulalah menghantar cerita-cerita hantu….bagus punya kawan hehe….

Semasa aku mencari fail-fail sokongan, telefon aku berbunyi….aku perhatikan pada skrin telefon… nombor dari KL….03 diawalnya…. dalam fikiran aku, mesti orang jual insurans atau yang sewaktu dengannya….. aku pun angkat….. Tepat sangkaan aku… dan dialog mereka seperti diprogramkan….sama saja dengan mana-mana wakil insuran yang pernah call aku… salah satu ayatnya mesti

“Encik adalah orang yang bertuah kerana terima panggilan kami”

Aku yang bertuah ke atau mereka yang bertuah?? hahah

Tetapi kali ini, yang call aku perempuan….dia kata nak ambil masa aku lima minit…. Dah alang-alang tiada sesiapa temankan aku….aku benarkanlah dia ambil masa 5 minit aku hehe… wah ayatnya kemain baik….. siap cakap

“Betul ke encik khairul berumur 28 tahun? Suara sangat muda…macam baru lepasan sekolah”

Ayat punya baik dia susun hahah…tapi aku cakap awal-awal dengan dia

“Awak cakap lama-lama dengan saya nanti, tak semestinya saya akan setuju tau dihujung nanti”

“tak pe encik khairul dengar penerangan saya dahulu”

Aku pun setuju….lama juga la dia terang kat aku pasal insuran tu….aku dengar sahaja lah sambil tangan aku mencari dokumen yang aku perlukan….. kalau dia tidak cerita pasal insuran, mungkin aku cair dengar suara dan kata-kata manisnya tu hehehe…..

Dalam 15 minit juga dia terang kat aku…kemudian dia tanya

“Jadi macam mana encik Khairul? Berminat?”

“Saya tidak berminat”

“Kenapa encik khairul tidak berminat”, ada penegasan pada suaranya seperti cuba memaksa aku

“Tak semua perkara perlu bersebab, lagipun saya dah ada insuran”, balas aku

“Tapi insuran kami ini bagus”

“Camtu bagi masa saya buat perbandingan insuran cik dengan insuran saya dulu”

“Tapi kena buat keputusan sekarang”

“Kalau sekarang, saya tidak berminat….lagipun saya dah pernah kena tipu dengan orang yang jual insuran secara call ini…saya lagi suka berjumpa secara depan”

“kalau macam tu…Assalamualaikum”, terus letak panggilan telefon

Gadis Insuran Idaman aku sudah lenyap!!!


Aku peliklah dengan orang insuran yang telefon ini…..kenapa perlu buat keputusan pada waktu itu juga?? Kalau benda itu bagus, bagilah masa untuk pembeli berfikir….. sesuatu barang yang bagus tetap ada pembelinya… lagi satu, ada ke penjual akan cerita yang buruk-buruk mengenai produknya?? Mesti semua best-best je… pastu cerita banyak-banyak pada masa itu….ingat boleh masuk ke semua??

Sunday, September 21, 2014

Bukan sekadar teramai

Alhamdulillah pada 18 september 2014 yang lepas aku Berjaya mencatat Malaysia Book of Record hehe tapi bukan aku seorang sahaja lah…ia melibatkan juga pelajar aku seramai 10 orang dan juga 1019 orang yang lain juga….. Apa rekod yang aku Berjaya catatkan? Kami Berjaya catat “Most Number of Stompers in a Performance” iaitu 1030 orang stompers dalam masa 39 minit 20 saat.

Tapi biasalah, pasti kita akan dengar suara-suara negative….begitu juga aku…. Aku dengar

“Malaysia ini tiada rekod lain ke nak buat? Mesti nak terpanjanglah, paling ramailah, paling besarlah… cuba tengok rekod dunia…mana ada macam tu”

Aku hanya tersenyum sahaja…kerana aku pun tidak kisah rekod itu…kerana bagi aku yang lebih penting adalah usaha yang ditunjukkan bagi mencipta rekod itu… Aku sendiri bangga dengan komitmen pelajar aku dan pelajar-pelajar kolej komuniti lain…. Syarat untuk Berjaya mencipta rekod itu adalah perlu bermain sekurang-kurangnya 30 minit tanpa berhenti…..kalau hari kejadian terberhenti pun dan gagal mencatat Malaysia book of records pun aku tetap berbangga dengan pelajar aku…

Ini kerana dalam usaha mencipta rekod itu, mereka semua perlu berkampung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selama 5 hari dari 14 september hingga 18 september….berlatih dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari…. Aku sendiri menjadi saksi perjalanan ke arah mencipta rekod itu…agak sukar untuk mengharmonikan stompers seramai itu….dan perlu mainkan 5 buah lagu…. Kalau tak caya cubalah mengajar di hadapan 30 orang sahaja….pasti anda sudah pening…. Ditambah pula dengan keadaan letih dan panas…. Setiap hari perlu bangun awal pagi kerana bagi mengelakkan kesesakan di Kuala Lumpur….dan pada hari rekod tercipta, kami bangun dan bergerak ke Maeps Serdang pada jam 4 pagi…. Mudah pula pelajar aku bangun awal pagi sepanjang latihan stompers ni hehehe….

Bagi yang sama-sama membentuk dan melihat perjalanan rekod ini tercipta….pasti akan merasa kepuasannya….ia bukan sekadar teramai!!!!


Gambar-gambar lain klik [SINI]

Nota kaki kanan: Aku boleh masuk rekod, orang yang paling kerap berniat nak kurus…tetapi hancus heheh

Friday, August 8, 2014

Melampau boikot Mc Donalds

Hari ini hari jumaat….

Anda sudah mula memboikot Mc Donalds? Kalau ye, baguslah harap ia berkekalan….jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja….

Sebenarnya, aku setuju usaha memboikot barangan Israel itu….tetapi aku rasa geram apabila ada orang memboikot tidak menggunakan otak….

Ramai yang cuba menunjuk hero….seperti, pergi meludah pekerja-pekerja restoran itu, kenakan pekerja dengan mempermainkan pesanan melalui “lalu pandu”(drive-thru), menghimpit mereka di jalanan, memecahkan cermin kereta yang ada pelekat restoran itu, merosakkan premis perniagaan dan macam-macam lagi boleh lihat di facebook dan akhbar…

Apa nak jadi? Bukankah ia memalukan Negara kita dan agama islam itu sendiri?? Kenapa perlu menghina mereka sebegitu rupa?? Kita memboikot secara berhemah lah…. Betul ada yang kata,

“macam tiada kerja lain, siapa suruh kerja kat situ, kan dah kena”

Mereka bekerja tiada niat pun untuk menyumbang kepada Israel…yup betul, niat tidak akan menghalalkan cara….tetapi cuba bayangkan jika mereka mempunyai tanggungan? Mungkin mereka mengambil masa untuk mencari dan menukar kerja lain…. Bagi la masa…. Ini tidak, mereka pula di caci dan di hina….Aku memang geram je apabila baca di facebook, semua nak menjadi pejuang…tetapi hanya “keyboard warrior”… Tengoklah nanti, kalau kena batang hidung sendiri….beringatlah, hanya Allah yang dapat menentukan orang itu masuk syurga atau neraka….

Tetapi yang aku sangat hairan, kenapa hanya Mc Donalds sahaja di boikot?? Itulah yang menjadi kes, dimana mereka berhimpun memboikot Mc Donalds tetapi menghisap rokok buatan Israel dan meminum air yang juga mempunyai kaitan dengan Israel… Itu dinamakan boikot pilihan!!!! Seperti kes coklat yang ada DNA khinzir….sibuk melaungkan ke sana sini, Babi itu haram tetapi, berpegang tangan bukan muhrim “HALAL”, membuka aurat “HALAL”….dan lain-lain…. Adoyai apa nak jadi dengan dunia ini…..




Nota kaki kanan: Pening memikirkannya!!!

Jom Scan Baby….

Siapa ada Baby dalam perut??

Angkat tangan!!!

Kalau aku tak ada lah….tapi boleh je nak scan perut aku ni hehe….Bila lah baby nak keluar dari perut aku ni? Baru la kurus nanti heheh

Ada berita baik untuk anda!!!

Ni aku nak promosi sikit page facebook kawan aku ni…ni pun atas permintaan dia… jadi aku tolong kawan-kawan lah…

Facebooknya ialah Ultrasound 3D 4D  Malaysia – DR Siti Scan…. Dia adalah seorang doctor yang buat scan bayi untuk ibu yang mengandung…..anda boleh tengok anak anda, boleh tentukan jantinanya dan macam-macam lagi…


Untuk maklumat lanjut anda boleh like facebooknya, di situ ada banyak maklumat mengenai bayi dan juga ada nombor telefonnya…anda boleh membuat temujanji untuk pemeriksaan…. Dan aku dah kawtim dengannya, kalau anda membuat pemeriksaan dengan menyebut nama aku…insyaALLAH akan dapat diskaun heheh


Friday, August 1, 2014

Hantu Selfie

Selfie? Satu perkataan baru yang menjadi kegilaan orang ramai terutamanya golongan remaja…

Apa itu selfie??Mengikut kefahaman aku lah…selfie itu mengambil gambar sendiri dengan menggunakan tangan atau peralatan seperti monopod….Kalau salah, harap diperbetulkanlah

Jadi tidak hairanlah apabila aku pergi kedai nak cari monopod, jurujual tu kata

“abang ni, mesti suka selfie ”

Aku tak adalah gila selfie atau hantu selfie…tetapi bohonglah kalau aku kata aku tidak pernah selfie…. Bagi aku, tiada salah berselfie, tapi biarlah berpada-pada….jangan la sampai kat kubur pun nak selfie dan rumah tengah terbakar pun nak selfie…dan dulu siap buat projek kat tandas petronas pun berselfie...Ini memang penyakit!!!

Aku takut nanti, ada yang tengah nazak pun nak ber”selfie”..Adoyai…itu sudah teruklah.. Patutlah dulu pernah keluar satu artikel, orang yang suka selfie mempunyai masalah mental....

Selfie memang tengah menjadi kegilaan sekarang…masakanlah astro hendak siarkan drama “Hantu Selfie” lakonan Zizan Razak dan Emma Maembong pada hari raya kalau tajuknya tak komersial….Jika anda hendak berselfie pastikan keadaan sekeliling sesuai dan selamat terlebih dahulu…Jangan menyesal kalau gambar-gambar anda menjadi viral dan kecaman di facebook nanti heeh dan kini aku selalu pesan kat kawan-kawan aku yang selesai beraya di rumah aku…

“Berhati-hati memandu…jangan selfie semasa memandu”

Ucapan aku semakin panjang..heheh

mai aku belanja satu gambar selfie heheh

 Nota kaki kanan: Selfie biarlah berpada-pada…tetapi kalau selfish memang undang padahlah jawabnya


Nota kaki kiri: Jika anda Hantu Selfie, dapatkan smartphone HTC Desire hanya RM 38 di SINI

Thursday, July 31, 2014

Bingkisan Kasih

Selamat Hari Raya…..

Masih mood raya ke? Raya kan sebulan…. Jadi jom merayakan sepuas-puasnya….tetapi kita kena beringat juga….ada yang tidak dapat beraya dengan orang tersayang seperti keluarga mangsa MH 17… hanya Al-fatihah sahaja dapat dikirimkan….

Aku pun sama, raya kali ini adalah raya kedua aku tanpa abah…..sedih juga sebab tidak dapat bersalam di pagi raya macam kawan-kawan yang lain…. Hanya doa sahaja yang dapat aku kirimkan… betul lah orang kata, apabila orang tersayang sudah tiada, baru kita merasa kehadirannya….dan menghargai… tapi masa sudah tidak dapat diputar kembali….

Baru-baru ini pelajar aku mencadangkan satu program kepada aku…

“Encik, jom kita buat program sambutan raya di rumah orang tua”

“Jom”

Aku terus setuju tanpa berfikir dua tiga kali…. Bagi aku ini peluang keemasan, mungkin aku tidak sempat membalas jasa ibubapa aku….jadi ini peluang aku…lagipun ia dapat mendidik pelajar-pelajar aku untuk menghargai ibubapa mereka bagi yang masih ada dan menghargai golongan warga emas….

Kalau kita tengok dalam surat khabar masa kini, banyak berita yang memaparkan sikap anak muda yang sudah luntur sifat menghormati dan menghargai warga emas ini….warga emas di marah, di caci dan diherdik…

Mungkin program Bingkisan Kasih ini tidak memberi impak yang besar tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menggembirakan mereka di hari raya ini….aku mungkin sedih tidak dapat beraya dengan abah sebab abah sudah tiada, meninggal dunia….tetapi warga emas ini lagi sedih sebab tidak dapat beraya dengan anak-anak mereka, yang mereka tahu masih ada….mereka ditinggalkan di rumah warga emas bagi menghabiskan sisa-sisa hidup mereka….betullah orang kata, ibu dan ayah mampu menjaga anak yang ramai…tetapi anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ibubapa mereka…

“Tetapi encik, kita tidak cukup kewangan untuk jalankan program ini,kita hanya jalankan apabila cukup wang eh encik”, balas pelajar aku

“Kita jalan juga program ini, insyaALLAH ALLAH akan permudahkan program baik kita ini”, balas aku

Jika ada sesiapa yang ingin menderma untuk program ini….boleh PM aku di facebook aku atau di facebook PRiSS…..Maklumat lanjut program ini di facebook PRiSS



Nota kaki kanan: Ketika pertama kali pelajar aku menghubungi rumah warga emas ini, mereka terlalu seronok apabila mengetahui kami ingin mengadakan program raya di situ….jadi tak kan kami nak hampakan perasaan mereka kerana halangan yang kecil.


Nota kaki kiri: Lisa Surihani terkenang saat kosong-kosong terakhir bersama ayahnya. Saksikan di SINI

Wednesday, July 30, 2014

Jom Ubah!!

“Saya cuba tinggalkan tabiat merokok lepas raya ni”

Itu ‘janji’ pelajar aku kepada aku…..Selama sebulan dalam bulan ramadhan, dia telah melatih dirinya untuk mengurangkan bilangan rokok yang dihisap satu hari…mudah-mudahan dia sudah Berjaya meninggalkan terus ketagihan terhadap rokok selepas puasa…. Biasanya bagi pelajar, rokok-rokok yang murah menjadi pilihan seperti John…itu yang aku tahu dan biasa tengok pelajar aku hisap la….

Kita sama-sama doakan sebab ia berubah ke arah kebaikan…..Dan aku tengok dan aku rasa sendiri…..Kalau sepanjang bulan ramadhan kita mudah je membuat amalan kebaikan seperti bertadarus, kurangkan umpatan dan bergosip, perbanyakkan amal ibadah seperti solat berjemaah… tetapi kenapa apabila Raya je….kita kembali kepada keadaan asal…seperti sebelum bulan puasa..yup, syaitan sudah kembali bebas!!!

Dan iman kita senipis kulit bawang….ada pasang dan surutnya….tetapi kita cuba berazam untuk sentiasa istiqamah….benda yang baik cuba diteruskan, benda yang kurang baik ditinggal-tinggalkan….

syaitan akan cuba menggoda kita 24/7

Nota kaki kanan: Jom puasa enam, sesungguhnya dengan puasa enam  selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, ia umpama puasa sepanjang tahun.

Nota kaki kiri: Aku kena berkursus selama dua minggu di Utara (UUM), ada sesiapa di sana yang nak ajak aku beraya di rumahnya?? PM aku di Facebook hehee


Nota tangan kanan: Menikmati cuti dengan sebaiknya!!

Nota tangan kiri: Pelajar aku confirm terperanjat baca pasal rokok 'favourite' mereka di SINI

Tuesday, July 29, 2014

Salih Yaacob menggoda??

Apabila sebut SY apa yang terbayang di dalam kepala anda??

Kalau aku….aku terbayang Salih Yaacob yang fames dengan panggilan SY di radio Sinar.fm

Tapi kalau SYM pula?? Apa yang anda terbayang??

Kalau aku….aku akan teringat papan tanda besar di highway PLUS itu….Safie Yang Menunggang…. Tetapi baru-baru ni ketika aku melalui highway dan aku ternampak papan tanda iklan itu….ia sudah tukar, kali ini Syamsul Yusof Mencelah heheh….Syamsul Yusof sudah menjadi duta motor tu pula….

Dan aku harap lepas ini, Salih Yaacob Menggoda pula…..aku yakin ramai yang akan membeli motor jenama SYM ini nanti heheh…terutamanya lelaki J




Nota kaki kanan: aku hanya SYMP sahaja iaitu Saya Yang Menurut Perintah!!!

Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86

Thursday, July 24, 2014

KJ Kun Versus Khairy Jamaluddin

Kalau aku sebut KJ Kun, ada sesiapa kenal tak??

Ermmmm, mungkin TIADA!!!

Tetapi kalau aku sebut Khairy Jamaluddin (KJ), ada yang kenal tak??

Sudah tentu ramai yang kenal….gadis-gadis akan jerit dan pengsan kerana kekacakkannya…. Yang lelaki akan kata beliau sempoi…menteri berjiwa anak muda….. (aku tengah berusaha kipas menteri ni hahah)

Jadi, boleh ke aku letak tajuk entri ni KJ Kun Versus Khairy Jamaluddin atau KJ juga??? Heheh

Bagai langit dan bumi lah……Aku bukan nak bandingkan antara diri aku dengan YB KJ @Menteri Belia & Sukan kita ni….tetapi aku nak bagi tahu, aku dapat kad raya daripada YB KJ heheh…..walaupun aku tahu bukan beliau sendiri yang hantar, mesti PA atau orangnya heheh…… Janji yang penting, aku dapat Kad Rayanya, dan aku tak hantar kad Raya pun kat YB KJ heheh…..



Terima kasih YB KJ….jadi setakat hari ini, aku baru dapat 2 keping kad raya…setiap tahun makin merosot hehhe… dan tadi rakan sekerja aku ada bertanya kepada aku

“Eh, kenapa orang panggil kau KJ Kun ye???”

“KJ tu mewakili Khairul Johari”

“Ok yang KUN tu apa??”

“Kun tu kononnya, terasa diri ni macam jepun la….”

Nota kaki kanan: Aku bangga tengok gambar di Facebook YB Khairy Jamaluddin di mana kontinjen negara berarak masuk dengan barisan pertama atlet memakai uniform MAS sebagai tribute kepada MH17 & MH370.

Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86

Sunday, July 20, 2014

Tiada syaitan di bulan Ramadan?

Betul ke sepanjang bulan Ramadan, syaitan dan kawan-kawannya kena ikat??

Aku rasa sedikit pelik petang tadi…..ini kerana ketika jam 5 petang, aku naik ke tempat aku di bilik pensyarah tingkat atas sekali……Biasanya aku akan cuba menyiapkan kerja aku sedikit sebelum balik….dan kawan-kawan aku selalu tegur

“Kau ni kerja syif petang ke? Pukul 5 baru nak naik atas…orang lain dah nak balik”

Aku selalu naik waktu petang, selepas aku siapkan kerja-kerja aku di bengkel atau koperasi terlebih dahulu… dan tadi ketika aku naik, aku lihat semua lampu dan penyaman udara telah ditutup sepanjang aras bilik pensyarah tu…..Jadi aku malas nak buka lampu dan penyaman udara kerana aku merasakan aku hendak membuat kerja sekejap je…

Aku menyemak email dalam keadaan gelap dan agak panas…..aku semak satu per satu email dan tiba-tiba….

Ada bunyi di belakang aku…..bunyi seperti penyaman udara di belakang aku dihidupkan…..dan aku merasa sejuk….aku tidak menoleh ke belakang…. Aku berkata dengan diri aku

“Inikan bulan ramadhan, mana ada syaitan dan hantu”…aku cuba menenangkan diri aku…

Dalam cubaan aku untuk menenangkan diri, tangan aku dengan pantas mengemas buku-buku dan barang di atas meja yang aku hendak bawa balik….Kelam kabut aku keluar dari bilik pensyarah itu tanpa menoleh ke belakang….

Tiba-tiba, satu persatu cerita hantu yang diceritakan oleh akak cleaner kepada aku muncul…. Betul ke tiada syaitan dan hantu di bulan Ramadan?

Kalau betul tiada, kenapa ramai manusia yang macam hantu di bulan Ramadan?? Mengaku islam tetapi tidak berpuasa?? Tiada perubahan sebelum bulan puasa dan semasa bulan puasa…..

Oh kuatnya pengaruh nafsu!!!



Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86

Friday, July 18, 2014

Kisah Singgah Sahur Dan MH17

Kisah ini berlaku semalam…..

Selepas solat terawih, aku perlu ke kolej semula sebab malam itu ada Program Jom Singgah Sahur…. Sebenarnya tugas aku adalah sebagai AJK Promosi dan tugas aku sudah selesai….kerana aku bergerak sebelum program berlangsung….. Jadi kalau malam itu tak pergi pun takpe….tapi rugilah kerana tahun lepas sangat meriah…..ini adalah tahun kedua Program Jom Singgah Sahur…

Selepas balik terawih, aku balik ke rumah dahulu….kerana hendak menukar baju…Program Jom Singgah Sahur bertemakan warna putih tahun ini…..Kemudian aku menonton TV, seronok pula cerita malam itu…. Dan pada masa yang sama, di Kolej sedang berlangsung majlis Rewang memasak makanan untuk bersahur dari pukul 10 malam hingga 2 pagi dan akan di agihkan nanti secara berkonvoi ramai-ramai ke Hospital Tangkak, Balai Bomba Tangkak, Balai Polis Tangkak, Plus Berhad (Tol Tangkak) dan akhir sekali bersahur di Rumah Anak Yatim Ledang….dari pukul 2 pagi hingga waktu sahur….

Sambil aku tengok TV, ada pelajar wechat aku…

“Salam, encik mana??”

“Salam, ada je kat rumah ni…Kenapa??”

“Encik kata nak datang malam ni”

“Sudah ramai ke yang datang masak??”

“Boleh tahanlah”

“Camtu saya datang masa konvoi nanti je lah”

Aku terus menonton TV sampailah berita MH17 di tembak jatuh keluar….aku terus kusyuk mendengar perkembangan terkini sehingga aku tidak sedar jam hampir pukul 2.00 pagi…Aku terus rasa macam malas je nak sertai Program Jom Singgah Sahur tu… Jadi aku wechat rakan sekerja aku dan seorang pelajar lain…

“Kamu rasa saya perlu datang tak kolej??”tanya aku

“Perlu la….Encik kan AJK”

Terus rasa macam kena hentak dengan steering lock hehe…Aku terus bersiap….tapi sebenarnya tarikan utama aku adalah nak bersahur di rumah anak-anak yatim tu….dah banyak program aku buat kat situ… rasanya ni kali kelima sepanjang aku kerja di Kolej itu…aku nak jumpa adik syed, adik amirul dan lain-lain…

Tepat pada masanya, sebaik sahaja aku sampai Kolej…mereka semua baru hendak bergerak konvoi…. Kami bergerak ke Hospital Tangkak terlebih dahulu,kemudian Balai Bomba, Balai Polis, Plus Berhad dan akhir sekali kat rumah anak-anak yatim……



Kebetulan dalam perjalanan ke destinasi terakhir, hujan mulai turun…. Sampai je ke rumah anak-anak yatim, aku carilah adik-adik tu…..mereka masih ingat aku lagi…..sudah darjah 6 rupanya mereka…. Disitu kami duduk lama sikit sebab kami bersahur sekali di situ, berborak-borak dan memberi mereka hamper…

Selepas itu aku balik rumah semula, buka siaran TV dan sambung mengikuti perkembangan MH17….dan aku masih belum tidur lagi ni….



Nota kaki kanan: Janganlah nanti aku asyik terangguk-angguk (tidur) ketika mendengar khutbah Jumaat nanti heheh

Nota kaki kiri: Petang ni pasukan JDT turun ledang….macam nak pergi tengok je hehe

Nota tangan kanan: Isnin depan, ada lagi satu program yang aku terlibat iaitu Program Kesedaran Bahaya Denggi….aku jadi tukang bawa Pegawai Kesihatan ke tempat pembiakan nyamuk kalau ada heheh


Nota tangan kiri: Doa Ku untuk MH17

Yang Menulis,
KJ Kun
Email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86


Wednesday, July 16, 2014

Pasukan JDT turun Ledang?

Betul ke pasukan JDT akan turun Ledang?

Yup…mereka akan turun Ledang Jumaat ini…18 Julai 2014…. Jam 5.00 hingga 6.30 petang di dataran Ledang… itu maklumat yang aku perolehi daripada Pegawai Sukan tempat aku ini….

Jadi aku pun menyampaikan maklumat ini kepada pelajar aku, maklumlah kebanyakan daripada mereka penyokong kuat pasukan JDT

“Ok, hari Jumaat ini pasukan JDT akan turun dataran Ledang jam 5 hingga 6.30 petang…jadi sesiapa yang nak tengok, bolehlah datang dataran”, beritahu aku

Dan aku mendapat banyak soalan secara bertubi-tubi…..yang menunjukkan keterujaan mereka…

“Betul ke encik? Encik tipukan?”, Tanya seorang pelajar

“Muka saya yang baik ini, takkan nak menipu kamu semua pula”, balas aku

“Pasukan JDT datang sini kenapa encik, ada majlis berbuka ke??”, Tanya pelajar lain pula

“Mereka datang untuk berkongsi piala kemenangan Liga Super”, balas aku

“Kiranya macam Jerman bawa Piala Dunia ronda satu Negara la eh encik…..”, Tanya mereka untuk kepastian

“Yup, tapi ini satu negeri jelah…Johor je….kalau satu Negara, sakit hati pula pasukan negeri lain” balas aku

Dan ada lagi macam-macam soalan yang ditanya tapi satu jawapan je aku bagi…Soalan mereka….

“Bas bumbung terbuka ada mereka bawa sekali ke encik??”

“Safee Sali ada tak encik??”

“Pergi sana dapat duit raya tak encik”

Dan aku jawab….

“Nanti saya call TMJ”



Nota kaki kanan: Sudah biasa menjadi “Kaunter Pertanyaan” heheh

Nota kaki kiri: Esok masuk kelas nak bawa steering Lock la….Mesti tiada pelajar nakal heheh

Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...