“Angah, bangun cepat sahur”, jerit makcik aku
Aku bangun dari tidur dan bergerak lemah ke dapur…. Aku
membasuh muka dan menggosok gigi… Ketika aku hendak duduk di meja makan, pakcik
aku pun bangun dari kerusi…beredar… sudah selesai bersahur agaknya… Hari demi
hari, aku semakin lambat bersahur…kononnya hendak mendapatkan keberkatan
bersahur itu kerana melewat-lewatkan waktu bersahur hahhah… Yang sebenarnya
sudah malas hendak bangun sahur…
Pakcik aku beredar ke ruang tamu dan menonton TV….sedang aku
berusaha untuk menyuapkan nasi ke dalam mulut sambil mata tertutup…aku
terdengar ada orang sedang menjerit…pada waktu pagi-pagi tu… Kedengaran seperti
suara pakcik aku….arghh….ohh….eyahhh…eh….cis… Begitulah yang aku dengar..
Aku perhatikan pakcik aku yang sedang leka menonton TV..aku
perhatikan TV2 sedang menyiarkan perlawanan badminton antara Dato’ Lee Chong
Wei dan pemain Finland, Ville Lang… Memang sangat mendebarkan perlawanan itu…
aku cepat-cepat habiskan makanan aku itu…. Aku seperti telah mendapat satu
tenaga untuk menghabiskan makanan itu… Cepat-cepat aku membasuh tangan dan
duduk di hadapan TV…. Aku pun turut ikut pakcik aku menjerit…aaaahhhh,…. uhhh,…
eyark,… eh,…. memang sangat mendebarkan… Dato’ Lee Chong Wei diseret untuk
bermain 3 set….dan akhirnya Dato’ Lee Chong wei menang dengan mata 21-8, 14-21,
21-11….
Bagi aku lah…ini pandangan aku secara peribadi… Kalau Dato’
Lee Chong Wei masih bermain seperti itu tadi, kemungkinan besar….pingat emas
Olimpik jauh dari genggaman
3 comments:
Jangan cakap macam tue... Kita kene bagi semangat kat Dato Lee Chong Wee... Go!!! Go!!! Go!!!
Malaysia Boleh!!!
Dah2... Jom Jalan2 Blog Saya Plak
tetap sokong Dato Lee Chong Wei...
mungkin game pertama...gugup kot..
harap lagi baik lepas ini =)
ha first untung sebab ada orang gerakkan bangun dari sahur..huhuhuhu..second..majulah sukan untuk negara :))))
Post a Comment