nak ikut.....

Tuesday, April 7, 2009

Hujung Minggu di rumah keluarga angkat

Malam jumaat yang lepas..kira-kira dalam 7.50 petang..aku telah merempit dengan motor buruk aku tu pergi ke rumah along, adik angkat aku di Pasir Gudang..kesian motor aku tu…aku paksa dia berjalan jauh pada waktu malam…dah la mata dia buta sebelah….suasana perjalanan ke rumahnya sunyi dan gelap gelita…aku ingat diorang tengah sahut kempen Earth Hour…tp rupanya lampu jalan tidak ada…terpaksa aku menggunakan mata yang sebelah lagi motor aku tu untuk menerangi jalan…banyak kali aku masuk lubang…tapi syukur akhirnya aku sampai juga pada jam 8.30 malam..

Aku datang awal, sebab nak tolong penduduk kawasan itu membuat persiapan bagi sambutan Maulidurasul yang akan diadakan pada pagi Ahad. Malam jumaat itu aku menolong penduduk kampung mendirikan khemah..walaupun penat tapi agak seronok…malam itu aku tido keletihan…tapi tidur lewat gak..

Esok paginya…tidak ada apa2 program atau kerja yang perlu aku lakukan…Kerja2 merewang iaitu menyediakan barangan masakan akan dilakukan selepas zohor…aku dan along merancang untuk pergi berjalan-jalan ke pusat Bandar pagi tu…kak long dan kak ngah (mereka pun anak angkat juga)hendak join kami…walaupun perancangan ke pusat Bandar telah difikirkan awal tetapi kami bertolak pada jam 12 tengah hari…biasa lah perempuan mengambil masa untuk bersiap huhu..Akhirnya penuh satu kereta aku angkut g pusat Bandar…aku, along, kak long, kak ngah, ayet, mawi, dan jiha…

Di pusat Bandar…bertebaran lah mereka semua pergi…ada yang g boling, karaoke , dan tempat game… tapi yang pasti aku dah kalahkan along dalam game lumba kereta hahah. kesian dia tak dpt terima kenyataan!! Dalam pukul 1.30pm, emak dah call suruh balik sebab nanti nak merewang…tapi biasa lah kitaorang balik dalam pukul 2.30pm..

kak long dan kak ngah yang excited bergambar dengan kereta mainan ni...

Jam 3.00pm, Kak Long, kak ngah, ayah dan emak telah pergi merewang…tapi aku, along dan ayet masih lagi lepak dirumah..keletihan..ayet dan along main game kereta (along x puas hati sebab dia kalah td)…aku plak tido huhu…aku dah suruh along kejutkan aku sebab nak pergi merewang, tapi dia leka main sampai lah aku terjaga pukul 5 petang. Aku terus bersiap2 dan ajak along n ayet pergi merewang… sampai di tempat merewang aku tgok kaum2 ibu sibuk menyediakan persiapan untuk memasak malam nanti…aku menjadi segan untuk membantu…jadi aku memainkan peranan aku sbg cameraman…

kaum2 ibu bz merewang...

kak long & along yang tidak membantu merewang huhu

Malam itu ada acara memasak dan menghias pentas…disebabkan aku tak reti memasak, aku menolong lah penduduk disitu menghias pentas…Agak penatlah pada malam itu…aku, along, ayet, kak long n kak ngah balik rumah dalam pukul 12 pagi…Emak n ayah masih stay disitu untuk memasak…sampai dirumah terus tertido kepenatan…

aku & ayet yg rajin membuat keje...

Inilah hasilnya....hiasan pentas sentuhan sikit dari tangan aku

Esoknya,pagi2 lagi aku sudah bangun…pagi ni berlangsunglah majlis sambutan maulidurasul itu.. sebelum ceramah..ada acara perarakan sambil berselawat keliling kawasan perumahan…dah lama aku tak buat…last sekali masa form 1 rasanya huhu..Agak ramai juga yang menyertai perarakan ini…selepas berarak, slot ceramah pula mengambil alih…tetapi sebelum itu ada persembahan nasyid dan bertadarus. Penceramahnya sungguh best dan kelakar…memang tak terasa lah masa berlalu dengan pantas.. Agak kebetulan pulak, sebaik sahaja sambutan ini selesai, hujan mula turun…kami lagi sekali keluar ke pusat Bandar dan ke rumah Cik lela…Aku terpaksa balik ke UTM awal, sebab malam nanti aku ada majlis makan malam Kelab Penyayang pula, tetapi cuaca seperti tidak mengizinkan aku balik…akhirnya selepas asar, hujan reda…aku dan along terus merempit pulang ke UTM…

Penceramahnya sungguh best

1 comment:

piNky LuCiA said...

mcm best je kt kg ni.. huhu..

ape yg penceramah tu bgtahu kJ? hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...