Lagi kecewa daripada perasaan putus cinta yang pernah aku alami….
Apabila beregu Malaysia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong gagal mempertahankan pingat emas sukan Asia yang dimenangi mereka 4 tahun lepas.. Mereka kalah kepada pasangan Indonesia, Markis Kido dan Hendra Setiawan 21-16, 24-26 dan 19-21… Aku paling bengang ketika set kedua dimana beregu Malaysia memperolehi banyak peluang untuk menyudahkan permainan…tetapi disia-siakan… rasa nak baling je apa-apa barang di depan aku tadi…nasib baik tiada pasu atau pinggan mangkuk di depan aku tadi heheh….sengit sangat permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua beregu… kebiasaannya, apabila kena berlawan untuk set ketiga, pasukan Malaysia mesti kalah…mereka tak kuat dari segi mental…tapi tadi agak OK corak permainan kecuali pada permulaan game ketiga… apa - apa pun game tadi amat berdebar dan enjoy…aku rasa beregu kita kalah tadi dengan bermaruah kerana memberi tentangan yang sengit sampai aku tersenget-senget tengok TV tadi…tak lah macam Hafiz Hashim main…tensen je aku tengok…
p/s: semoga dato’ Lee chong wei boleh mengalahkan Lin Dan nanti..
2 comments:
adeyh2!!!
frust2!!!
tu la memang agak frust la...
target 9 emas mungkin tak dapat kot
Post a Comment