nak ikut.....

Sunday, November 28, 2010

Tolong ayah aku!!

Minggu lepas adik aku terima satu mesej kat telefonnya….

Kakak aku terima satu mesej kat telefonnya semalam…

Dan aku juga terima satu mesej kat nombor maxis broadband aku tadi…

Pelik ke kitaorang terima mesej??

Tak pelik pun terima mesej…

Tapi yang peliknya apabila mesej yang kami terima adalah mesej yang sama daripada nombor yang sama iaitu +6285227681531 yang suruh membantu ayah….

Mesej dia berbunyi,

“Tlong bagi Postaid top up rm30 ke number baru ayah 0128640745. Ayah ada masalah kat balai polis. Ta payah call skejap ayah call”


Adoyai zaman sekarang….kalau nak menipu pun…biarlah bijak sikit…

p/s: Aku tersenyum tengok ayah aku yang sedang beristirehat tu….=)

p/s/s: Dulu aku banyak terima mesej-mesej sampah seperti ini. Macam mana eh diorang boleh hantar mesej-mesej sampah seperti spam ini?? Adakah pihak telekomunikasi pun terlibat sama??

1 comment:

sheryn clyde said...

erm....aku pn penah dpt..tp ignored jek..dpt 2 kali plak..em, mcm2 skrg ni ek

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...