Anda tahu hari ini hari apa??
Yup…hari isnin…Tetapi selain itu, apa yang istimewanya hari
ini??
Hari aku kahwin?? Oh tidak!!!! Hari ini adalah hari LELAKI….dan
juga hari TANDAS sedunia!!!!!!
Kalau aku sebut “LELAKI”, apa yang anda bayangkan?? Bayangkan
aku?? Oh tidakkkk!!!! Hahahah
Mesti anda semua terbayangkan lelaki-lelaki kacak dan idaman
kamu kan….terutamanya perempuan la…. mesti terbayangkan Adam (aaron aziz) kan??
Tetapi kalau aku sebut “TANDAS”, apa pula yang anda
bayangkan?? Aku bayangkan, sekarang ini, tandas awam pun sudah kena bayar….30sen
pula tu paling murah….
DAN Jika aku sebut “TANDAS LELAKI”, apa pula yang anda
bayangkan?? Aku ada Tanya kawan perempuan aku tadi…
“Apa yang kau bayangkan mengenai tandas lelaki??”
“BUSUK!!!!”
Krik….krik…krik….bunyi cengkerik! Aku Speechless hahah Betul
ke tandas lelaki busuk?? Sejak aku guna selama ini, ok je aroma yang aku hidu….
Tak ada yang menusuk hidung aku pun heheh Tapi aku pelik la, perempuan je yang selalu kata tandas
lelaki busuk…tetapi lelaki tidak pula berkata begitu… adakah mereka pernah
masuk?? Confius kejap!!!!
Jadi sempena hari lelaki dan tandas sedunia hari ini, aku
hendak meraikannya…..aku nak duduk dalam tandas berjam-jam lamanya hahahha
bagaimana penjaga kaunter tu tahu kita buat urusan apa kat dalam tandas? heheh
p/s: Nak boikot Mc Donald bukan hari ini sahaja….bukan sebab
hari ni Mc Donald bagi burger percuma, tetapi boikot la selama-lamanya kalau
betul-betul hendak boikot.