“Abang, betul ke abang hendak berkahwin dengan kak Siti??” tanya ayu kepada aku.
(Ayu ni merupakan jiran aku yang agak rapat dengan keluarga aku..Dia muda daripada aku 2 tahun..Kami membesar bersama-sama… dari kecil sampai besar…ayu seorang je lah kawan aku….Segala masalah dan rahsia aku kongsi bersama ayu..)
“Yup, abang akan kahwin dengan kak siti bulan depan…hanya kak siti saja yang abang cintai dan bakal menjadi isteri abang” terang aku kepada ayu
“Apa kurangnya ayu berbanding kak siti?? Ayu dah lama mencintai abang…tapi abang saja buat tak tahu” tanya ayu lagi…
“Hurm…ayu tidak ada apa-apa kekurangan pun…tetapi abang hanya anggap ayu sebagai adik angkat abang saja…tak lebih daripada tu…” balas aku.
(Sebenarnya aku tidak pernah sedar sekali pun yang Ayu mencintai aku…dan sumpah aku memang tak ada sedikit pun perasaan cinta pada ayu…perasaan sayang adalah hehe…..mungkin sebab kami membesar bersama kot…)
“Lagipun ramai lelaki diluar sana yang lebih baik, lebih ensem daripada abang yang sesuai untuk ayu… abang tengok, syafiq tu sesuai sangat dengan ayu” tambah aku lagi.
Ayu hanya tersenyum saja apabila aku menyebut nama syafiq. Syafiq ialah kawan ayu yang suka menyakatnya…. Aku selalu perhatikan ada je benda yang Syafiq nak sakat Ayu… Ayu pasti akan marah Syafiq kalau dia kena kacau…tapi bila sehari ayu tidak kena kacau dengan syafiq…pasti dia merinduinya… hurm…Orang tua-tua cakap…kalau kita suka menyakat seseorang itu, sebenarnya kita suka dia… betul ke??
Sebulan kemudian (di majlis akad nikah aku)
Kelihatan tok kadi bermisai tebal duduk bersila di hadapan aku….berdebarnya!!! walaupun aku telah hafal jawapan bagi soalan bocor yang dijangkakan akan ditanya oleh tok kadi seperti rukun nikah dan sebagainya heheh….tapi aku tetap berdebar juga…jantung aku berdegup kencang…inilah kali kedua aku berasa begitu cemas…dengan jantung berdegup pantas seperti hendak terkeluar…Kali kedua??? Bila Kali pertamanya??? Of coz la ketika aku terlihat kak Siti, bakal isteri aku buat pertama kalinya….dia sungguh cantik…itu yang dinamakan cinta pandang pertama..
Apabila semua orang daripada kedua-dua belah keluarga (keluarga aku dan keluarga siti) sudah bersedia… suasana menjadi sepi di dalam Masjid Jamek Kuala Lumpur…semua mata hadirin tertumpu kepada aku dan tok kadi….aku sempat menjeling ke arah siti yang duduk di belakang aku bersebelahan ibunya…sangat cantik!!
“ish malu ni kalau kena repeat akad nikah banyak kali…dah lah ramai orang” getus hati ku..
Tiba-tiba….
“Rahman, kenapa kau tidak mewalikan anak perempuan kau ni”, ayah aku bersuara memecahkan kesunyian di dalam masjid itu.
“Ish, Kau ni pak selamat…kita bagilah pada yang lebih pakar…lebih afdhal jadinya” balas Pak Rahman, ayah kepada siti.
Tok Kadi pun menghulurkan tangannya….bersalam denganku…dan kemudiannya membacakan lafaz nikah,
"Aku nikahkan dikau Siti Zubaidah binti Abdullah dengan mas…..”
“Eh, kenapa binti Abdullah bukan binti Rahman??”, ayah aku sergah tiba-tiba memotong lafaz nikah tok kadi
Suasana dalam masjid menjadi sunyi!!!
“Kalau pakcik nak tahu…sebenarnya Siti itu adalah anak luar nikah”
Semua hadirin tercari-cari arah suara itu…APA!!! Ayu?? Dia tahu pasal perkara itu sebab aku menceritakan kepadanya…aku toleh kepada siti…aku lihat dia menitiskan air mata. Menangis! Sebenarnya aku memang sudah tahu status siti dari awal lagi…dan aku dapat menerimanya…Cuma family aku je yang tidak tahu....Perkara yang ditakuti oleh siti akhirnya berlaku….Statusnya menjadi masalah… dia sudah biasa dihina sejak dari kecil…sehingga dia besar, dia tetap di pandang hina….sedangkan bukan di pinta untuk dilahirkan sebagai anak luar nikah
Suasana di dalam masjid menjadi bising dan riuh…. Emak dan ayah aku berkeras mahu membatalkan majlis ni…
“Eddy!!! Engkau hendak berkahwin dengan anak luar nikah ni??? Emak tidak sanggup hendak ambil dia sebagai menantu…mesti dia sama je dengan perangai ibu bapanya yang liar…emak tak nak cucu emak mewarisi bakanya!!” pekik emak aku…
Aku cuba memujuk emak dan ayah aku….tetapi mereka tetap dengan keputusan mereka….mereka terus keluar dari masjid dengan tergesa-gesa… Aku cuba mengejar… dan tiba-tiba tangan aku di tarik oleh siti.
“Abang, janganlah melawan cakap kedua ibubapa abang…ikut lah kata-kata mereka, sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibu…pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku, anggaplah tiada jodoh antara kita”..Itulah kata-kata terakhir Siti kepada aku….
Kini sudah setahun peristiwa itu berlaku…Aku mengikut kata emak dan ayah aku…aku tidak mengahwini Siti.. dan aku juga tidak akan mengahwini mana-mana gadis lain…tiada siapa pun boleh menggantikan Siti di hati aku…
p/s: anak luar nikah ini tidak berdosa, sebaliknya yang berdosa adalah ibu bapanya. Masyarakat tidak boleh menghukum mereka kerana yang patut menerima hukuman ialah ibu bapanya. Jika sudah terlanjur membuat dosa dan kesilapan, maka sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Tuhanmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat nasuha tidak mengulanginya kembali.

1 comment:
tulis citer mcm tu kisah benar dia..poooraaahh..tergelak2 baca smpai berguling..isk isk
Post a Comment