Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yangmerupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di ataskertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi,pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita ke dalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki
nak ikut.....
Friday, January 9, 2009
Surat Rasmi-cara minta kahwin lagi..
Hari ni mata aku susah plak hendak lelap...biasanya pantang nampak katil terus tertido..esok dah lah ada kelas BI pada jam 8 pagi...kang x bangun plak..ish!! Tetiba aku terfikir plak hendak check email..ala dah alang2 aku x tahu apa nak buat.. sebenarnya aku ni jarang membaca email, terutamanya yg foward2 ni..just tgok sepintas lalu je...sedang aku mengemaskini kotak email aku...aku terbaca satu email yang dihantar oleh kawan lama aku...tajuk macam menarik je..."Surat rasmi-cara minta kahwin lagi"..Korang jangan salah anggap pada aku, aku ni jenis yang setia pada satu hahahha...agak kelakar la email ni..jadi aku masukan dalam blog ni...kongsi dengan korang semua...setelah membaca email ini, aku tidur sambil tersenyum...huhuu.
5 comments:
haha...sengal tol la kalo ade mane2 laki yg buat surat ni..
jgn ko try dah nuar... huhuhu
hahahha tunggu aku dah kahwin baru bleh buat surat ni haahhahah
ahahhahaha
surat cmnih xyah review, bace tajuk je dh penin :P
hehe neway, thanks 4 viewing my blog ;)
thanx gak..menarik gak blog dba...
Post a Comment