nak ikut.....

Wednesday, December 1, 2010

4 musim di bulan Disember…

Apabila masuknya bulan Disember…tidak sah jika tidak berlakunya 4 musim ini di negara kita… aku bukannya maksudkan musim bunga, musim panas, musim sejuk, mahupun musim luruh…tetapi adalah musim orang kahwin, musim orang sunat, musim hujan dan musim jualan penghabisan stok….

Musim orang kahwin
Kebanyakkan pasangan lebih gemar memilih bulan disember untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka…Ini kerana pada masa itu adalah cuti sekolah, dan dijangka para jemputan mudah untuk datang ke majlis mereka…. Disamping itu, mungkin sebab hujung tahun, dan akan dapat bonus….maka majlis boleh dibuat dengan lebih meriah..dan jemputan yang hadir akan membawa hadiah yang lebih besar HEHEH..

(lawa plak baju pengantin warna pink kan....tetiba terasa nak pilih warna pink gak nanti hehhe)

Kredit gambar: Faiz..Jika korang memerlukan khidmat jurugambar untuk sebarang majlis...sila contact my fren tu..."gambar lawa, harga murah"

Musim orang sunat
Pada bulan disember juga, ibubapa lebih gemar untuk menyunatkan (ada ke perkataan ini???) anak-anak mereka…dah alang-alang cuti sekolah, biarkan lah anak-anak mereka terbaring di atas katil daripada berkeliaran tidak tentu arah….HEHEHE

(sumber gambar : google)

(kaum perempuan tidak digalakkan google cari gambar sunat OK!!! Nanti terkejut je tengok resultnya =))

Musim hujan
Pada bulan disember ini juga, selalunya berlaku musim hujan….aku yang duduk di Kuala Lumpur ini, setiap petang pasti akan hujan…. Tapi memang kalau dulu kita belajar geografi, cikgu pasti ada cakap yang bulan oktober hingga disember akan sentiasa hujan….aku lupa sebab apa??? (Janganlah lepas ini diwajibkan lulus geografi pula hehehe)…Hujan tu kan rahmat ALLAH…. Aku suka kumpulan Hujan!! Hehe


Musim jualan penghabisan stok
Musim terakhir yang akan berlaku dalam bulan disember ialah musim jualan penghabisan stok…semua pusat gedung beli-belah giat membuat jualan penghabisan stok….sampai ada yang beri 70% diskaun lagi.. selalunya barang-barang budak sekolah la seperti beg sekolah, uniform sekolah, kasut sekolah dan sebagainya….Mydin pun tak nak ketinggalan bagi diskaun tau!!!

(musim ni la perempuan paling suka kan?? =))

p/s: pejam celik pejam celik….dah tinggal lagi sebulan nak masuk tahun baru (2011)….usia pun semakin meningkat…. Adakah kita sudah bersedia melengkapkan diri kita sebelum pejam selamanya?? (tolong ingat mengingati)

p/s/s: tok mudim dan tok kadi agak busy pada bulan disember ini huhu

3 comments:

IMANSHAH said...

salam

tambah satu lagi..musim cuti sekolah..

musim perhabis duit bonus..hehe

cekgu said...

nice entri!! =))
serious aq ingat kau nk ckp ttg empat musim..
alih2x fokus kat bulan dis aje..=))

KJ-kun said...

imanshah: betul2...cuti sekolah

cekgu: kalau 4 musim....ko lagi pakar cikgu geo heheh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...