nak ikut.....

Friday, December 24, 2010

Anda cuma ada 3 minit…30 minit….dan 3 jam…

Entri ini bukan lah untuk mengulas satu rancangan di Astro itu…tetapi:-

3 minit!!!

Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka atau tidak. Wah cepatnya!!!

Menurut kajian itu, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu.

Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita. Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit dan tidak mempunyai persamaan dengan mereka. Kajian tersebut membuat penemuan bahawa ramai wanita mempercayai rasa hati mereka.

30 minit!!!

Menurut kajian aku pula, wanita selalu bagi tempoh 30 minit kalau hendak bersiap…mungkin untuk ber “make-up” kot…Bila aku mesej kawan perempuan aku untuk ajak keluar, mesti dia akan kata…”bagi I setengah jam eh”…

Kecantikan muka mudah diperolehi dengan make-up, kecantikan hati..???


3 jam!!!

Ini pun menurut kajian dan kebiasaan yang aku alami…Aku paling tidak suka kalau pergi shopping dengan perempuan…Mesti ambil masa yang lama…hampir 3 jam juga…tapi barang yang dibeli tak ada banyak mana pun…tapi dia hendak masuk hampir semua kedai…tak tahu lah apa yang dicari…

p/s: Kadang-kadang sukar untuk memahami perempuan kan…

5 comments:

-me- said...

3 jam dlm kedai buku k..=))

Unknown said...

a'ah aku keluar dengan kau,
mesti nak singgah kedai buku kan =)

sollehahn said...

make-up 30 minit?
shopping 3 jam??
mak aih...membazir masa btol...

-me- said...

hahaha~~
nasib kau laa kan..=)

sudi tak nk tman aq kuar lagi pasnie..=p

saiful said...

assalamualaikum,
khairul kerja di mana sekarang?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...