nak ikut.....

Sunday, March 8, 2009

KPIC 2009: Episod 1 – Kem terakhir aku di UTM

Kelab Penyayang Induction Camp 2009 (KPIC 2009) akhirnya dapat berlangsung dengan jayanya pada 27 Feb 2009 (jumaat) hingga 1 Mac 2009 (ahad) di Dayang’s Camp, Pekan Nenas Johor.. walaupun pada permulaannya aku mendengar khabar angin bahawa kem ini tidak akan diadakan…Kemungkinan besar, ini adalah kem terakhir aku di UTM tercinta ini.. Aku datang ke kem ni sebagai fasilitator bagi membantu melancarkan program tersebut… Kami bertolak dari UTM pada jam 3 petang dengan menaiki bas…pagi jumaat tu aku ada kelas..aku hanya sempat packing selepas solat jumaat.. aku juga perlu menghantar hamster2 aku ke bilik kawan aku… agak kelam kabut juga lah..

Perjalanan dari UTM ke Dayang’s Camp mengambil masa lebih kurang 40 minit saja.. aku agak kecewa lah sebab kurang penyertaan daripada peserta Kelab Penyayang…satu bas tu pun tidak penuh…mungkin ahli kelab lain ada komitmen yang tidak dapat dielakkan…Sampai saja di tempat tu, kami di bawa ke tempat penginapan…terpaksa berjalan kaki...program yang di aturkan sepanjang 3 ari tu seperti jungle trekking, latihan dalam kumpulan (ldk), malam kebudayaan dan lain-lain…rasanya bagus dan sesuai dengan tujuan program itu sendiri bagi merapatkan hubungan sesama ahli dan merencanakan program kelab untuk setahun yang akan datang…semoga Kelab Penyayang UTM terus sukses!!

peserta perlu berjalan kaki untuk ke kawasan kem...bus tidak muat masuk...patut la aku kurus lepas balik dari kem huuhu

Banner KPIC 2009...

beberapa orang fasi & kem komanden..

Saturday, March 7, 2009

Saat Perpisahan…

Entri aku sebelum ni ada mengisahkan mengenai hamster2 aku…seekor jantan, 2 betina (Amey & Comot) dan 4 ekor anaknya..Pagi semalam aku pergi kuliah seperti biasa..dan biasanya sebelum pergi kuliah aku akan pastikan hamster2 aku makan dan minum terlebih dahulu…aku pelik melihat si comot (ibu kepada 4 ekor anak hamster tu).. tidak selincah sebelum ni..dia demam ke??ish pelik aku dibuatnya…xpe r…mungkin kesan berpantang kot huhu…

Comot yang asyik tidur saje...tidak selincah dulu

Selepas aku balik kuliah dalam pukul 12..aku melihat si comot masih lagi tidak aktif..berehat je…aku pun mengusiknya…dia aktif sekejap je…pastu tidur balik..ish mesti ada yang tak kena dengan si comot ni….aku pun mengusiknya lagi.. tapi kali ni responnya lain macam je…si comot seperti mengerang kesakitan…aku cuba membelainya tapi dia masih mengerang kesakitan…aku melihat kaki dan tangan comot seperti kejang…mulutnya ternganga dan matanya tertutup….tetapi mengeluarkan bunyi yang panjang…aku tak tahu apa yang perlu aku buat…hanya menggosok2 badan si comot.. namun si comot terus berbunyi…kesiannya dia…aku dapat rasakan pada ketika itu, si comot akan meninggalkan aku…aku kesian kat comot sebab betapa sukarnya dia melalui saat itu…bagaimana aku yang banyak dosa ini pula melalui saat itu nanti??jam menunjukkan pukul 1, aku terpaksa meninggalkan si comot kerana nak pergi solat jumaat..si comot masih lagi mengerang kesakitan ketika aku hendak keluar dari bilik…dan ini mungkin saat terakhir aku melihat si comot…seperti yang aku jangka, selepas aku balik dari solat…si comot sudah tiada…meninggalkan aku dan anak2nya…

Si Comot yang sudah tiada...

Friday, March 6, 2009

JEMPUTAN MATR 2008

Semalam dalam pkul 3 pagi ketika aku sedang nyenyak tidur di buai mimpi, pintu bilik aku di ketuk… ish sape plak ketuk pagi2 ni…seram je..bukan aku takut nak buka k…tapi biasa lah baru bangun tido..mestilah ambil masa sikit nak buka pintu..g betul2 kan apa yang patut…g bersihkan air liur basi yang meleleh k huhuhu…belum sempat aku buka pintu, ada sampul surat dimasukkan di bawah pintu aku…ish janganlah surat saman dari kolej plak.. aku pun terus membuka sampul surat tersebut…oww rupanya kad jemputan ke Majlis Anugerah Tun Razak 2008 (MATR’08) yang akan diadakan pada sabtu nie (7/3/2009).. bukan kad jemputan UMRAH k huhuh..jemputan VIP lagi…Agak lawa lah kad dia…memang aku tabik spring “toink toink” sape yang designnya..tapi apsal lambat sangat dihantar?? Lagi satu.. ambil la masa sikit, rasanya tak sampai satu minit pun nak tulis nama jemputan pada kad tu..ala itu masalah kecil je…aku dah maafkan awal2 pengarah program dia huhuhu walaupun kad jemputan lambat sampai ke tangan aku… tapi aku telah dimaklumkan awal2 mengenai program MATR tersebut…Terima kasih kerana menjemput aku..

Bahagian luar kad jemputan

Bahagian dalam kad jemputan

p/s: Tengah pening memikirkan baju apa yang hendak dipakai pada malam tu…nak menang la gelaran “King of the night” huhu..ada sape2 nak bg cadangan???

Wednesday, March 4, 2009

Eiii…aku geli la sebab berbulu…

Aku ada bela hamster…kenapa aku membelanya?? Ntah la nak bela anak dara orang..aku tak mampu lagi..jadi bela la hamster dulu…biar jadi gemuk2 n comel2…huhu aku bela seekor jantan n 2 ekor betina..aku biar dia merasakan poligami...huhu...sekarang ni aku dah dapat 4 ekor anak hamster…baru seminggu dilahirkan (besday diorang pada 23 feb 2009)…aku dapat lihat secara live bagaimana anak2 hamster itu dilahirkan..baru aku tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan anak….kawan2 aku teruja untuk melihat hamster2 aku…masih tidak bernama lagi…ada sape2 yang nak bagi nama??..aku bagi lah tengok… ada yang suka..ada yang geli…biasa la..hamster dengan tikus kan lebih kurang….sedang aku dan kawan2 aku beborak kosong pasal hamster…tetiba aku terdengar seorang kawan perempuan aku kata.. aku teringin nak bela hamster..comel..tapi aku geli la sebab berbulu…pastu aku laju je tembak balik dia…habis tu ko nak lelaki yang tak berbulu ke??? Auww….huhu dia terdiam malu…

Thursday, February 26, 2009

Lelaki tinggi lebih menarik??

Ish TENSEN r…bila kena tangkap gambar je mesti aku orang pertama yang kena berdiri barisan paling belakang sekali..bukan aku nak tapi terpaksa sebab aku tinggi…org lain mesti ingat aku nak sorok perut aku yang boroi tu…tak!tak! k…perut aku maintain slim k…Tapi betul ke lelaki yang tinggi ni lebih menarik??(saja post entri ni sebab nak merawat hati yang lara huhuu).Bukan aku kata k…aku x suka lah masuk bakul angkat sendiri huhu..tapi aku terbaca satu artikel di majalah…Dalam satu kajian yang dilakukan di Britain telah menemui teori bahawa lelaki tinggi sememangnya menarik secara SEKSUAL. Postur tubuh yang tinggi dan berbadan tegap dikatakan menjadi dambaan setiap wanita. Sebaliknya, majoriti lelaki yang tinggi, sukakan wanita yang lebih rendah..rasanya betul kot…Aku pernah bertanya kepada kawan gurl aku, suka lelaki yang tinggi atau yang rendah??…dan seperti yang aku telah jangkakan.. jawapannya..dia mahu lelaki yang tinggi…tetapi yang aku hendak sangat tahu adalah jawapan kepada persoalan “kenapa??”..dia kata nanti kalau sudah kawin,bile lelaki tu peluk dia,elok je dia punya kepala terletak pada dada lelaki tu...baru la bermakne pelukan tu...tapi kalau dah tidak dapat sangat yang tinggi, dpt yg rendah pun ok..comey dan org kata murah rezeki kalau suami rendah...tergelak aku mendengar pandangan dia…korang mesti ada pandangan tersendiri kan???
gambar terkini yang aku kena berdiri pada barisan paling belakang sekali

Wednesday, February 25, 2009

Pesta Layang – Layang Antarabangsa 2009

Meriah memang meriah…Besh sangat..Rugi beb x pergi… banyak sangat layang-layang yang diterbangkan..ada dari peserta tempatan mahupun peserta luar negara… ada yang dari jepun, korea, australia, indonesia, singapura dan lain-lain...Untuk makluman sape2 yang x tahu lah…Pesta layang-layang telah bermula pada 16 Februari 2009 hingga 22 Februari 2009 di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang…Aku pergi ke situ dengan keluarga angkat aku…

Yang besh nyer pada malam hari, akan berlangsung pentas kebudayaan dan nyanyian dari artis-artis tempatan…lagipun rakyat tempatan boleh menunjukkan skill masing2 melayangkan layang2 mereka…ini first time aku tngok layang2 keluarkan lampu…x ada pertandingan di malam ari…jadi kitaorang boleh masuk dalam padang yang digunakan untuk pertandingan di pagi ari…manusia punyalah ramai… xtahu nak di gambarkan…. Rasanya gambar je dah cukup untuk menggambarkan beshnya pesta layang2…biar korang semua tgoklah sambil menangis betapa ruginya x pergi huahuahua

aku & keluarga angkat.....

kak long, kak ngah, mak & along....

Ramainya orang...

Ada pelbagai jenis layang - layang...

Layang - layang gergasi terpaksa menggunakan kren untuk melayangkannya..

Monday, February 23, 2009

Aku tidak layak bergelar suami lagi…


Aku nak citer satu kisah yang berlaku ketika aku makan mee kari dan ABC bersama boy di Taman Universiti…Citer ni bermula ketika aku tengah khusyuk makan mee kari tetiba datang la satu pasangan ni (lelaki dan perempuan)..aku rasa dah kahwin kot sebab lelaki tu macam dah tua je hahahah…diorang duduk di meja sebelah aku yang kebetulan pada ketika itu tengah kosong…datang lah pelayan untuk mengambil order mereka…”Nak makan apa?”…aku toleh memerhati gelagat pasangan itu…si perempuan tu menggeleng-geleng kan kepala tanda tak nak makan…dan aku lihat lelaki tu pun turut menggeleng-gelengkan kepala…secara tak langsung aku pun terikut menggeleng-gelengkan kepala…yelah tempat makan ni selalu penuh tau… memang tempat ni kalau tak makan dia punya mee kari, rojak atau ABC memang x sah tau… sedap hingga menjilat jari pasangan kita tau.. tapi aku x menjilat jari boy r... hahahah.... berbalik kepada pasangan tadi..mereka hanya meminta air sahaja…aku masih tekun memerhatikan mereka…

senarai menu yang terdapat di kedai tu...nasib baik pendek..

Apabila pelayan tersebut beredar, aku lihat si suami itu bertanya kepada isterinya…“Nak makan tak nasi lemak?”…si isteri itu menggeleng-gelengkan kepala.. kemudian dia sebut menu seterusnya, mee kari…si isteri masih lagi menggeleng-gelengkan kepalanya…aku fikir dalam hati..buang tabiat ke laki tu..kan isteri dia kata tak nak makan tadi kat pelayan tu..kenapa masih tanya lagi… hish..aku lihat lelaki tu masih tanya menu seterusnya (rujuk gambar diatas) satu persatu kepada isterinya…isterinya masih menggeleng-gelengkan kepala…tetapi apabila sampai ABC, isteri itu mengangguk….aku terkejut gak r…tadi tak nak makan…ish mengadanya…lelaki tu memang amat memahami isterinya…pulang aku dari kedai makan tu, aku merasakan yang aku masih lagi tidak layak bergelar suami…masih perlu mendalami ilmu “kesuamian”…hahah

Ini lah pasangan yang aku maksudkan itu...

p/s: Berhati2 lah kepada anda semua...jika ada ketidakpuasan hati di mata aku ini...maka akan terteralah cerita anda di blog ini haha...anda mungkin mangsa seterusnya..jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri hahah

Friday, February 20, 2009

Apabila dia sudah merajuk….

Ala sorry la..aku janji tak kan buat hal lagi..aku janji takkan kata nak cari yang lain…kau dah terbaik untuk aku…maafkan lah aku yer….” Tu lah kau KJ..mulut tu gatal sangat kata nak gantikan dia dengan yang lain..tak cukup lawa ke dia…dia sanggup setia dengan kau hampir lima tahun tau...ada ke yang lain sanggup setia sepertinya??kan dia dah merajuk tu…Padan muka kau….Ish macam mana aku nak pujuk dia balik ni eh?? Bila aku pujuk dengan ayat-ayat jiwang yang biasa aku gunakan tu, dia dah tak terima malah makin tolak menjauhi aku…macam mana eh??ish tensen la macam ni… Dalam bulan ni je, aku dah menghabiskan beratus-ratus ringgit bagi membelikannya aksesori baru…tapi dia x pernah menghargai aku…dia tahu aku hanyalah seorang pelajar je.. manalah aku ada duit nak beli aksesori yang lain lagi…dah hampir masuk sebulan rajuknya tak sudah-sudah lagi…macam mana yer nak buat??ada siapa-siapa pakar cinta disini?? Tolong lah pujukkan motor lagenda aku tu…dia dah merajuk r…selalu rosak je sejak akhir-akhir ni…ni semua angkara selepas aku kata nak beli motor baru lain….mula-mula tayar pancit pastu rosak..rantai longgar, sprocket haus…brek depan tak makan…lampu depan rosak…dan macam-macam lagi… Maafkan lah aku wahai motor kesayangan aku…

Monday, February 16, 2009

Betul! Betul! Betul!

Akhirnya aku dapat juga tengok filem Geng Pengembaraan Bermula yang dibintangi oleh Upin & Ipin yang comel itu. Selepas, aku mengikuti sirinya sepanjang bulan puasa lalu… sehingga sanggup download di youtube sebagai simpanan peribadi untuk tontonan anak2 aku nanti…hahaha. Aku g tengok pada Ahad lepas (15 Feb) di City Square, JB selepas mengajar di Rumah Barkat bersama2 dengan geng Psiko (azam, afik, roy, Rosli, dan Radzi)..

Sebelum ini aku ada bagi tahu yang aku tidak berminat langsung tengok filem melayu di panggung kerana kualiti filem melayu tu sendiri yang tidak berbaloi dengan harga tiket yang di bayar...tetapi aku tergerak hati untuk menonton filem geng ini selepas member2 aku mengatakan yang ianya sangatlah menarik.

Aku memang tabik spring pada produksi filem ni…dari permulaan cerita sampailah endingnya aku berpuas hati…Filem ini bertambah menarik sebab lebih memaparkan suasana kampung di Malaysia. Filem ini bergerak diatas jalur landasan yang betul dimana ia bermula dengan kes kecurian buah durian di kampung Durian Runtuh...Aku dah tergelak besar, bila pihak stesen tv membuat liputan di kampung tersebut…lantak r apa orang nak kata…aku bayar tiket tu..betul! Betul! Betul!

Citer ni bertambah menarik, apabila perjalanan Badrol dan kawannya Lim pulang ke kampung atuknya diolah dengan berkesan…aku rasa nak cubit2 je beruk yang minum air kelapa tu..haha. Dalam perjalanan pulang ke kampung, tayar bas telah meletup dan mereka terkandas. Maka terpaksalah menumpang lori untuk sampai ke kampung. Disini aku dah dapat agak, mesti kes hantu durian tu ada kaitan diantara singh dan ketuanya itu.

Watak Upin & Ipin muncul bagi menunjukkan jalan ke rumah datuk si Badrol. Watak Upin & Ipin ni yang aku paling tunggu2…walaupun kali ini diorang bukan hero..(Rajoo yg hero)..Pengembaraan bermula apabila mereka pergi ke kebun durian dan menemui tapak kaki yang pelik..Disinilah terbongkar siapa yang menjadi hantu durian selama ini..Opet!! Apa itu Opet?. Kena lah menontonnya sendiri yerk.

Terus terang, aku tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada filem ini ketika hendak melangkah masuk ke dalam panggung..Tapi biar lah sekurang2nya dapat mengubah persepsi aku terhadap filem Malaysia ini..Tetapi, selesai menonton, Aku terasa nak berdiri dalam panggung tu sambil bertepuk tangan dengan orang depan. Memang hebat filem ini..Rugi kalau tak pergi tengok..

Friday, February 13, 2009

Adakah aku kurang peka??

Adakah kaum adam ni kurang peka terhadap kaum wanita terutamanya kekasihnya?? Aku rasa TIDAK sama sekali…Cuma ada SESETENGAH wanita ni yang selalu meminta lebih2 (mungkin sebab nak manja2 kot..uish)… aku tak menafikannya kerana aku pernah alami situasi ini…dimana aku dikatakan kurang peka…

Gurl : Awak tahu besday saya??
Aku : Mestilah tahu…besday awak pada 31 oktober setiap tahun kan…awak kan selalu sebut x kan saya boleh lupa plak…
Gurl : Bagus la awak ni..awak tahu bila kita mula2 berjumpa?
Aku : Kita mula2 berjumpa kat kedai makan…masa tu saya slalu tgok awak..bukan apa, saya tgok nasi dan lauk awak penuh satu pinggan tu…boleh habis ke??
Gurl : ish awak ni nakal la…Awak tahu tak saya suka makan apa??
Aku : Mestilah tahu, awak suka sangat makan aiskrim…bila nampak aiskrim awak mula lah lompat tergedik2..

Selepas aku dapat menjawab beberapa soalan gurl dengan baik dan konsisten…aku terperangkap dengan soalan terakhirnya…

Gurl : Awak tahu tak bila besday mak I??
Aku : Erk?? Soalan jenis apa ni??
Gurl : Awak ni x peka lah!!

Adakah ini merupakan kesilapan aku?? Bingung memikirkannya..

p/s: Situasi diatas benar2 berlaku…tapi telah diolah dengan baik bagi mengelakkan sesiapa saja dari tersinggung huhu.

Thursday, February 12, 2009

Aku dan potongan rambut botak….TIDAK!!!

Botak?? Ish x nak r…Jatuh saham aku…Rambut kan mahkota aku hahha..Botak antara salah satu potongan rambut yang sama sekali tak pernah terlintas dalam fikiran aku…dulu masa kecik pernah la botak..tu pun tanpa kerelaan aku…maybe aku akan botak kan kepala aku ni jika aku menunaikan haji nanti…Insya ALLAH…Tapi ramai yang kata, kalau botak, lelaki itu akan nampak lebih seksi…betul ke?? Bagi aku, kalau dah botak, kita dapat jimat banyak benda…dapat jimat duit (tak perlu beli minyak rambut dan syampu) dan jimat masa (tak perlu menghadap cermin lama2 utk menyikat rambut..)..mungkin ada yang suka, ada yang x suka…apa pendapat korang?? Kalau ramai yang suka lelaki botak…aku tanpa fikir panjang akan terus ke kedai botakkan kepala huhuh

p/s: Yang aku hairan plak, ramai plak kaum hawa nak botak…Rasanya haram kan?? Kalau salah tolong betulkan…

Wednesday, February 11, 2009

Aku dan kain pelikat…

Ish dah lamanya aku x update blog ni…mesti korang rindu kat aku kan…klu x rindu pun, x yah r ckap jujur sangat hahaha..aku bz r skang ni..ari tu aku terlibat dengan program “awek angkat” eh silap r…program adik angkat…nanti la aku citer pasal program ni..dan hari ni baru aku free…tu yang bleh update blog ni…aku nak citer pasal kain pelikat r..bleh tak??Ish apsal tetiba kali ni entri aku berkaitan kain pelikat plak?? Buang tebiat ke??..Ntah r pas aku dengar lagu kain pelikat nyanyian anuar zain kat radio buat aku nak tulis entri nie… Betul ke kain pelikat semakin dilupakan??...terutamanya bagi golongan anak muda zaman ini..Aku rasa mungkin ada kebenarannya.. aku pun ada sehelai je kain pelikat…biasanya aku guna nak buat sembahyang je r…ish rasa rimas la kalau pakai lama2…rasa nak sensing je kain tu..sexy oww…ok gak la aku masih pakai kain pelikat…ada tu sampai x kenal kain pelikat…Alahai kain pelikat..


p/s: aku rasa nasib kain batik pun sama…betul tak??

Lentera timur - Hutang Tag telah aku bayar

Aku kena tag lagi...kali ni oleh azam (tag pertama) n kak diba (tag kedua)... sorry la azam n kak diba..lambat siapkan tag yang di beri...bz skit dengan pelbagai urusan...walaupun lambat tetap disiapkan k..nanti si azam tu tuntut kat akhirat plak hahah..aku xnak jmpa ko nanti heheh

~tag pertama by azam~
A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz. (Those that are tagged cannot refuse.)
C) Continue this game by tagging 8 other people.


1.What have you been doing recently?
berblog, watching KAMI the movie..and ym

2.Do you ever turn your cell phone off?
Sometimes...

3.What happened at 10am today?
I have class...structural analysis, aircond, and management...argh tensen

4.When did you last cry?
Lupa lak plak daa....

5.Believe in fate/destiny?
Of course..Yes

6.What do you want in your life now?
Nak kahwin...Nop r..nak make sure my family happy slalu...Insya Allah. Ameen.

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Ko ingat aku sutun ke nak carry umbrella??..neither..

8.What's your favourite thing to do on the bed?
of course sleep maa...

9.What bottoms are you wearing now?
only jeans...fuyoo sexy beb...six pack lol

10.What's the nicest things in your inbox?
inbox?Sayang awak!!mesej from XXXXXXX...

11.Do you tend to make the relationship complicated?
relationship? hahah bini 4 memang complicated

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
Erm..nope

13.What was the last movie you caught?
KAMI the movie..

14.What are you proud of?
Me,Myself and I

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
Sila datang meeting malam ni k!!

16.What was the last song you sang out loud?
Hilang - diddy (baru lpas g karaoke...cam besh~ je haha)

17.Do you have any nicknames?
KJ n Abang

18.What does the newest text say?
Dah ngantuk ni nak tdo..nite

19.What time did you go to bed last night?
1.00 am.

20.Are you currently happy?
Yes I am

21.Who gives you the best advise?
Myself, my family n fren

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
nope!

23.Who did you talk on the phone last night?
Wan Ganu....my fren

24.Is something bugging you now?
no....blur..

25.Who was the last person to make you laugh?
last Person?? I think...Boboy..~maybe

Aku men-Tag:

x ada nak tag sape2..selamat la korang buat masa ni

~Tag kedua by cik diba~

  1. Put Your I-Tunes, Windows Media Player, Etc. On Shuffle.
  2. For Each Question, Press The Next Button To Get Your Answer.
  3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
  4. Tag 10 Friends.
  5. Everyone Tagged Has To Do The Same Thing.
  6. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
- Ku bAhagiA OST ada apa dengan cinta *sesuai sangat!*

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
- Truly, Madly, deeply hate you OST ada apa dengan cinta

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
- Ingin mencintai dan dicintai OST ada apa dengan cinta~lalalala*

HOW DO YOU FEEL TODAY?
- Bimbang OST ada apa dengan cinta

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
- Tentang seseorang OST ada apa dengan cinta

WHAT’S YOUR MOTTO?
- Ada apa dengan cinta OST ada apa dengan cinta

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
- Dimana malumu OST ada apa dengan cinta

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
- Masih ada rindu - Lestari

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
- Mengenangmu - kerispatih

WHAT IS 2 + 2?
- HAri ini dan semalam - Sixth sense

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
- Gagap - Stacy hahaha

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
- Akhir penantian - kerispatih huhu~*

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
- Tapi bukan aku - kerispatih hehe*

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
- Keluarga Bahagia - saujana *layanzzzz*

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
- Cinta pertama - Far east.. iskk*

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
- Impian kasih - Inteam

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
- Kehidupan - inteam

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
- Damai yang hilang - nowseeheart ~seswai sangat!*

IS YOUR BIGGEST SECRET?
-Belaian Ibu - Hijazz

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
- Pesona Cinta - Hijazz

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
- Kau sahabat kau teman - Hijazz

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
-Lentera timur - Siti Nurhaliza

PERSON TO TAG..
*x nak r tag sape2 lagi....nanti baru aku tag k

p/s: akhirnya siap gak tag yang aku berhutang huhu

Tuesday, February 3, 2009

Aku vs lelaki romantik..

"wei, cuba kau tengok pasangan yang duduk kat meja sebelah nie" kata kawan aku. Ketika tu, aku lepak bersama kawan dekat kafe sambil menunggu kawan yang lain datang.Aku pun toleh..usha...x ada apa2 yg lain pun...biasa r, pasangan bercinta..makan berdua..

"Ish ko ni..tengoklah betul2...diorang makan sepinggan...romantik gler...bestnya kalau aku romantik gak"kata kawan aku tu.."Ish ko ni, muka macam lanun, ada hati nak romantik, mau awek ko tergelak nanti..haha" kata aku selamba...Dalam sika
p aku yg x mengendahkan kata2 kawan aku tu, aku masih memikirkan juga...adakah setiap wanita mengidamkan pasangannya berjiwa romantik??Ish susah la macam ni...tak semua lelaki tergolong dalam kategori romantik nie...termasuklah aku..x menafikan!

Bagi aku romantik2 nie merimaskan lah...bagi aku, sifat romantik nie hanya boleh dilakukan pada waktu tertentu, mengikut keadaan dan tempat sesuai je...xyah lah sampai kat kafe, makan sepinggan...x kenyang r macam tu hahha

Bagaimanakah baru seseorang lelaki itu dilabelkan romantik??Adakah apabila memberi patung beruang (teddy bear), kad yang penuh dengan kata cinta, bunga pada hari teristimewa, berpegangan tangan ketika berjalan bersama dan makan dengan bercahayakan lilin di hotel mewah atau restoran? Ish susahnya nak buat...malu r...aku kan lelaki yang membesar dengan adat2 ketimuran hahaha

romantiknya orang utan ni...makan berkongsi...nak belajar dari orang utan ni lah

Sunday, February 1, 2009

Susahnya nak memahami seorang wanita.....

Entri ini terkeluar bukan sebab aku anti gurl..malah cuba untuk memahami dan mendekati kaum hawa ni...aku ramai kawan gurl dan pernah gak alami situasi dimana aku x faham apa yang sebenarnya diorang nak…aku pening r..susah betul nak fahami gurl ni.., aku x faham apa yang dia suka dan apa yang dia benci.Bukan diorang nak beritahu pun kat aku…diam membisu..Bila aku dah buat silap, tarik muka…muncung panjang kalah cencurut…Padahal aku sendiri pun x tahu apa yang dirajukkan…boleh pening memikirkannya..Aduhh bleh gugur rambut rebonding aku macam ni..BOTAk!!

Ini lah cencurut...utk sape2 yang tak kenal.. comelkan

Betul ke gurl ni sukar di fahami??Kalau tanya kat gurl mesti diaorang kata lelaki yang sebenarnya sukar difahami…ntah lah…hanya gurl yang betul2 memahami gurl.. contohnya seperti situasi ini yang aku pernah alami sendiri…masa tu aku betul2 bz, n kawan perempuan aku ni ajak keluar jumpa.. kata ada hal penting…tetap bertegas nak jumpa.. aku pun jumpa sebab dia kawan lama aku n nanti merajuk pula jika x jumpa… tapi masalahnya, bila dah jumpa ajak makan n borak2 kat warung je…apa sebenarnya yang dia hendak ni??mana hal penting tu??. Ish2 pening kepala aku..

p/s: Masih cuba memahami wanita…sape nak jadi cikgu aku??..kriteria terpenting mestilah seorang wanita..hehe

Friday, January 30, 2009

Mengidam semasa mengandung??Arghh peningnya aku!!

Tahukah anda terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil sebagai MENGIDAM bukan MENGADA k. Apasal tetiba tajuk entri aku ari ni pelik je....haha..sebenarnya semalam aku dinner sambil ditemani 3 orang gadis jelita (ye ke??), antara tajuk perbualan mereka adalah mengenai mengidam ketika mengandung lah...

Ada pakar perubatan mengatakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dan seterusnya meningkatkan kepekaan deria bau dan deria rasa pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Jadi tidak hairan lah berlaku alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon tersebut.

Ada wanita mengandung mengidam coklat atau nasi beriani yang dijual di kedai berhampiran sahaja. Itu tak pe..mudah diperolehi..tapi kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2 @ 3 pagi (kesian kepada para suami…tapi tak pe sebab sayang isteri punya pasal). Cuba lah korang bayangkan macam mana aku nak melayan kerenah2 isteri2 aku yang mengidam nanti??PARAH!!

Mengidam boleh mendatangkan MASALAH apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti benda yang bukan makanan atau "pica" seperti ingin memegang hidung harimau, mengidam pengilat kasut (kiwi), mengidam minum air buih sabun dan sebagainya. Ada juga yang suka cium seluar dalam sewaktu mengandung. Jadi, terpaksalah suami dia menyorok semua seluar dalam termasuk yang bersidai di ampaian...ish2 dahsyatnya...Kalau x silap aku, mak aku mengidam mangga masam ketika mengandungkan aku...sebab tu aku suka air mangga.. (cuba bayangkan, jika ada ibu mengandung mengidam bau ketiak suami...apa jadi dengan anak dia nanti??huhuhu). Tetapi jika seseorang ibu itu mengidam bau ketiak suami yang berpeluh..ia sebenarnya bagus walaupun kelihatan geli...emosi ibu yang mengandung adalah tidak stabil, maka pelukan daripada suami dan bau badan suami itu sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung.

Apa jadi kalau tak penuhi permintaan ibu mengandung yang mengidam?? Kata orang2 tua, nanti air liur anak itu sentiasa meleleh...erm..entahlah,kalau x caya cubalah..huhu

p/s:Boleh buat bisnes ni kalau jual peluh para suami di pasar malam. Sebotol RM 5..ok tak??huhu

Thursday, January 29, 2009

midnight movie - INKHEART

Semalam tngah leka tngok tv..tetiba aku dapat msj dari member aku ajak kuar...aku ni pantang klu orang ajak kuar,lebih2 lagi bila dah x tahu nak buat apa di rumah...aku setuju je..walaupun dah tahu lewat malam...jam menunjukkan pkul 11 malam..aku pun siap2...member ajak g tngok wayang.. xpasti lagi nak tngok citer apa...aku, adam n syuk pun pergilah ke panggung wayang terdekat...sampai saja d panggung wayang, tngok lah senarai filem yang ada...aku ni x ambil pusing langsung filem terkini yang ada...rasa nak tngok wayang g je panggung pastu baru plih filem mana nak tngok hahaha...ingat x nak tngok filem mat saleh sebab nak boikot..tp aku n member plak x suka tngok filem melayu kat panggung...rugi sangat...filem melayu ni x berkualiti r..(bukan aku x patriotik k)..terima realiti k...lagipun tunggu je kat astro..mesti akan disiarkan nanti..betul tak??

Last2 kitaorg pilih filem "Inkheart" untuk tayangan jam 12.30am...alamak ada sejam lagi ni... kitaorang pun lpak kat kedai mamak..borak2 mengenai perkembangan masing2...especially aku yg terlebih 'kembang' ni....biasa r dah lama x jumpa...dekat2 nak jam 12 am..kitaorang masuk panggung...bleh plak tersilap masuk panggung tu..patut r x ada orang...sunyi je...

Secara keseluruhannya filem ni mengambil masa 106 minit...ia mengisahkan mengenai seorg pencinta buku,Mo (lakonan Brendan Fraser) yang mempunyai kuasa untuk membawa watak2 di dalam buku keluar ke dunia sebenar ni dengan hanya membaca dengan kuat...Pada mulanya, Mo membacakan buku "inkheart" untuk anaknya,Meggie (Eliza Bennett)..disebabkan ia dibaca dengan kuat, maka watak2 di dalam buku itu seperti Capricon, Dustfinger dan lain2 keluar ke dunia ini manakala sebagai ganti isterinya termasuk ke dalam dunia buku itu. Apakah yang terjadi pada isterinya?? Bagaimanakah kesudahan cerita ini??Untuk mengetahuinya, pergilah menonton di panggung yang berdekatan.. Secara keseluruhan, aku suka plot ending cerita ni dimana pertarungan berlaku...rasa teruja sangat...n aku nak bg 7.5/10 untuk filem ni...Agak best r..bila la filem Malaysia nak capai tahap macam ni??..apa2 pun Selamat menonton yerk!!

Monday, January 26, 2009

Betul ke syok jadi Lelaki??

Orang kata syok jadi lelaki, sebab semua perkara bagi lelaki mudah dan senang…aku setuju!! Betul ke jadi perempuan ni leceh??aku x tahu plak..sebab aku bukan perempuan..itu kena tanya kaum hawa lah…walaupun orang kata jadi perempuan ini leceh…tapi ramai plak lelaki nak jadi perempuan kan??fening-fening kepala ni memikirkan..

Lelaki: Perbualan telefon biasanya mengambil masa tidak LEBIH 30 saat..
Perempuan: Perbualan telefon biasanya mengambil masa tidak KURANG 30 saat.
Aku: Bergantung kepada sape aku berbual..kalau aku suka, lebih sejam pun aku sanggup.. kalau aku x suka…angkat telefon pun tak hahhaha

________________________

Lelaki:Mengetahui banyak perkara berguna berkenaan automotif dan senjata.
Perempuan: Mengetahui banyak perkara berguna berkenaan masakan dan perhiasan diri (alat solek).
Aku: Kalau ketahui semua perkara kan bagus….

__________________________

Lelaki:Percutian seminggu memerlukan hanya satu beg bimbit..
Perempuan: Percutian seminggu…macam nak pindah rumah je.
Aku: Bawa yang perlu saja lah…

_______________________

Lelaki:Tidak perlu berbaris langsung untuk membuang air kecil
Perempuan:Perlu berbaris panjang untuk memasuki bilik air…
Aku: Tak sanggup membuang air kecil pada mangkuk kecil di tandas tu…zaman sekarang x selamat…kalau terdesak terpaksalah..hahah

____________________

Lelaki:Kawan2 tidak ambil peduli sama ada berat badan bertambah atau berkurang…
Perempuan: Berat badan baru naik 1 kg…terus dah x nak makan nasi seminggu…
Aku: X kisah berat badan naik…tapi x nak r sampai boroi hahaha

_________________

Lelaki: Nama kekal di dalam kad pengenalan anak
Perempuan: Nama x ada di dalam kad pengenalan anak..
Aku: Nama anak kucing aku “comot KJ” bleh tak??

___________________

Lelaki: Mandi (air,sabun & basuh rambut) dan siap berpakaian serta bersikat dalam masa 10 minit..
Perempuan: Mandi saja dah setengah jam…belum masuk lagi MENCARI pakaian dan bersolek..
Aku: Bergantung pada mood dan keadaan…klu mood baik, lama la aku mandi..siap menyanyi lg..

___________________

Lelaki:Jika usia mencecah 34 tahun dan masih solo,tiada siapa akan perasan..
Perempuan: Jika usia mencecah 34 tahun dan masih solo,ramai yang akan perasan..sebab masih guna gelaran cik.
Aku: Target usia 34 tahun dah beristeri-isteri…hahaha (insya ALLAH)

Moral of this n3 adalah..bersyukur lah dengan apa yang kita ada….mesti ada hikmahnya..

Sunday, January 25, 2009

Aku di tag lagi...

Ingat nak jogging petang ni...tp hujan plak...rosak rancangan nak kurus...jadi lepak rumah je lah... Bila dah x tahu nak buat apa...buat lah tag yang diberi...kali ni sekali dua di beri oleh cik diba.... terima kasih yerk....
~tag 1~
(buat tag pun dapat award huhu...tq2)

rules tok yg dpt award :
i> copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
ii> link @ ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
~dapat tag & award ni dari miss diba meletup!!

ii> setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

FAKTA BUKAN AUTA mengenai diriku!!!
1. Seorang anak teruna...belum kahwin lagi
2. Anak kedua daripada 5 orang adik beradik...
3.Masih belajar lagi...
4. Suka gelak...sehari x gelak x sah...klu susah sangat gelak just senyum kambing je...MySpace
5. Mudah berkawan dengan sesiapa saje...(saja naikkan saham sendiri hahaha)
6. Suka main game basketball di shopping complex...7.Suka sangat kepada bebudak kecil....
8.Suka main badminton....ada sesape yg nak cabar??huhu
9.Suka bershopping tp x suka beli barang...macam mana tu???
10.suka makan tapi nak kurus....

iv> anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya..

aku nak tag n bg award pada:
a) en annas
b)cik eni
c)en ehsan
d)cik miza
e)en mynmeisazm

~Tag 2~
1> Anda rasa anda hot?
- hot? memang pun..tngah hot sangat2 tu yang berpeluh habis ni...kipas dah pasang max niencem

2> Upload gambar kegemaran anda.
3> Kenapa anda suka gambar ini?
- kerana.. di kelilingi oleh ramai wanita...berebut plak tu hahahapeluk

4> Bila kali terakhir makan pizza?
- sebulan yang lepas kalau tak silap...bersama BOY...ketika tu x boikot lagi k

5> Lagu terakhir yang anda dengar?
- Puspa-st12....ringtone hp aku hahahah (jiwang seh)peace

6> Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
- main YM...klu nak add...add la khairul_khai86@yahoo.com haha!

7> Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
- panggil ABg KJ dan Sayang je kay peace

8> Tag lagi 5 orang.
- haha org yg same spt list diatas!

a) en annas
b)cik eni
c)en ehsan
d)cik miza
e)en mynmeisazm

(Soalan seterusnya ada kaitan dengan orang-orang yang anda tag.)

9> Sapa No 1 anda?
kawan dunia maya aku...aku kenal kat frenster...teringin gak nak jumpa dia..

10> Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
hahaha mana bleh bagi tahu..tu hanya rahsia aku dengan dia je

11> Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
aku suka berkawan dengan ko...jawapan yg slalu ko beri luar dari kotak fikiran..sebab tu aku suka tag ko hahahha

12> Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
thanx jadi kawan aku...aku kenal minah ni kat u la..skang dia praktikal aku x dapat jumpa dia lagi

13> Siapakah orang nombor 2?
kawan baik aku kat matrix...slalu bergosip dengan aku uhuhu



** penatfuhhh akhirnyaaa siap gak!MySpace
** neway, utk yg kena tag.. tiada paksaan dlm mjawab tag ye celebrate

Saturday, January 24, 2009

~TAG dr Eida Fatiha.....~

Ini Sebenarnya kali ke-2 aku kena Tag...kali pertama aku kena tag oleh cik eni..masa tu baru lagi main blog ni...jadi x faham apa fungsi tag...klu kena tag aku kena buat apa??sorok ke??hahah jadi aku buat x tahu la...sori ye cik eni...tapi kali ni aku kena tag lagi..tapi oleh eida fatiha...terima kasih cinta yerk..kali ni aku kena ambil serius...bukan semua orang kena tag...beruntung aku kena tag..hahah...ambil serius macam nak ambil SPM plak...tag ni xlah susah..x susah pun ambil masa sejam gak nak selesaikannya hahahha....so apa lagi..jom layannnnnn

Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people:

1. i am..lelaki teruna yang gantang..terhangat di pasaran..

(sedih x dapat letak gambar aku..sebab peraturan kena guna google image huhu)

2. i really want to go to..Tanah Suci Mekah


3. my favorite place..my room..


4. my favorite thing is..kamera...aku suka tangkap gambar terutama gambar sendiri..hihihi

5. my favorite drink is..Jus mangga...suka sangat..


6. my favorite food is..Mee kari...bleh terliur....


7. my favorite colour definitely is..Merah(bukan pink k)

8. i live in..Kuala Lumpur


9. i was born in..alor setar,Kedah (aku lahir je...x tahu cakap dialek utara kay..)
10. i attended..Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, KL(1999-2003)


11. my favorite story is..Bawang Merah Bawang Putih

(bleh ke letak gambar ni?? kira halal ye he hahahha)

12. this is my hobby..tidur
13. and i definitely dream for..4 isteri muda..hahaha(Insya'ALLAH)


siap pon akhirnya...pasne aku dengan berbesar hati nak tag;

* cik eni
* cik pinky lucia (nenek moden)
* en.mynmeisazm (so nama dia azm r huhu)
* en.ehsan
* cik miza
* en.pirate kL

Friday, January 23, 2009

Aku Caligynephobia????

Apa ke bendanya Caligynephobia?? nama virus komputer baru ke?? atau nama awek lama aku?? huh... Caligynephobia nie sebenarnya adalah salah satu jenis fobia..yang bermaksud takutkan pada wanita cantik (fear of beautiful women)..kalau nak tahu korang fobia pada apa, sila rujuk phobialist.com....kenapa aku fobia pada wanita cantik?? Adakah aku gay??..tak..jangan buruk sangka pada aku..aku mestilah fobia pada wanita cantik..sebabnya...dari kecil lagi aku telah didedahkan bahawa wanita cantik ni jahat...pisau cukur..dan bermacam2 lagi...lebih2 lagi aku sekarang ni anak teruna idaman..gantang lagi hahaha...kalau dalam tV mesti wanita cantik ni berperangai jahat...klu wanita yang hodoh (ops!!kurang cantik) mesti pegang watak kampung yang sopan, lemah lembut dan idaman lelaki...ish takutnya aku pada wanita cantik....

p/s: tapi aku ada hati nak kahwin dengan wanita cantik...macam mana tu???huhuu

ni wanita cantik (tp dia baik tau) idaman aku dulu2..tp dah berpunya...sedih

aku edit gambar ni masa zaman dato CT n dato KJ single...fanatik gler masa tu..

Wednesday, January 21, 2009

Aku benci makan IKAN....

Sebelum ni aku ada tulis entri mengenai lelaki yang kahwin wanita muda akan panjang usia... itu memang benar berdasarkan kajian..namun begitu...baru2 ni aku terbaca plak satu artikel mengenai..ikan juga dapat panjangkan usia lelaki....bukan lelaki itu kena kahwin dengan ikan...tetapi lelaki yang kerap memakan ikan, berpeluang hidup lebih lama...haha...ini berdasarkan kajian daripada Profesor Madya Yasuyuki Makamura dari Universiti Sains Shiga, Jepun...Kajian yang telah dijalankan selama 19 tahun di Tokyo itu menunjukkan lelaki terhindar dari risiko serangan jantung atau lumpuh sebanyak 30 % sekiranya memakan ikan sekali dalam setiap dua hari....ish...kacau tul la artikel ni...aku baru je berangan2 nak beristeri muda....mesti kaum hawa plak yang simpan artikel ni...nak tahu mana aku dapat artikel ini???x bleh bg tahu...aku nak isteri muda..aku benci ikan....

aku hanya suka ikan nie je...

Tuesday, January 20, 2009

"Pantun Aku Kacak??"

Duduk menyimpuh si ibu Zaki,
Setia menunggu anak terunanya,
Aku seorang anak lelaki,
Dulu,kini dan selamanya.....
___
Basuh baju kena perah,
kalau tidak kena marah...
aku suka sangat warna merah,
terasa kacak lagi ghairah...
___
Hari ini indah terasa,
Ada gembira, ada sedih..
aku ini orang biasa..
tak suka perasan lebih-lebih...
___
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
saya tak pernah kata, saya kacak,
hanya bersyukur,pemberian Tuhan.
___
Anak Pak kadak rajin membaca,
Anak pak Kaduk rajin berlumba,
berapa kali hendak ku kata,
aku tak ensem,kacak sahaja....
___
Pak Mat suka main guli,
Main guli tepi perigi,
Jika aku tak puji diri,
Adakah korang hendak memuji??..(haha)
___
Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
apa lagi korang nak tahu?,
tanyalah pada tuan empunya...
___
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
kalau rasa naik menyampah,
janganlah baca entri ini lagi....huhuhu (dah habis pun)
p/s: Ada sape2 yang nak balas pantun???huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...